peringatan

Kandungan Blog ini lebih kepada sejarah perjuangan orang Melayu dan isu-isu semasa........segala pandangan warisan ksl adalah pandangan peribadi sahaja......







Saturday, December 26, 2009

Hishamudin!hoi Hishamudin.........


KUALA LUMPUR 24 Dis. - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mungkin diambil tindakan mengikut Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan kononnya Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock mati dibunuh.

Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan tersebut pada persidangan Konvensyen Pakatan Rakyat, baru- baru ini.
Sehubungan itu, satu laporan telah dibuat oleh polis sendiri di sebuah balai polis di Selangor.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar (gambar) berkata, sesiapa pun termasuk Guan Eng tidak mempunyai hak untuk membincangkan mana-mana perkara yang masih dalam inkues.
"Saya nasihatkan Yang Berhormat supaya tidak bercakap sesedap mulut. Bila bercakap pasal bunuh, ia boleh menghasut orang mempercayai yang mangsa dibunuh walhal inkues masih dijalankan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) yang ke-54 di Pangkalan PSP di sini hari ini.
Pada masa yang sama, Khalid meminta Setiausaha Agung DAP itu supaya tidak mengganggu perkara yang belum diputuskan.
Kata beliau, tindakan Guan Eng itu boleh diambil tindakan mengikut Akta Hasutan.

Banyak kali pemimpin pakatan pembangkang bersama dengan barua-barua dan pencacai-pencacai membuat kenyataan berunsur perkauman dan hasutan yang mana boleh menjejaskan kestabilan politik dan kententeraman kaum.

Wahai Dato Seri Hishamudin Menteri Kementerian Dalam Negeri kalau tidak berani membuat tindakan ke atas mereka warisan ksl berpendapat elok letak jawatan sebagai menteri atau menjaga kemeterian yang lebih ringan seperti kementerian wanita atau kementerian industri asas tani ke....

Dato Seri tak berani membuat tindakan ke? atau pun masih dibuai mimpi indah kerana memenangi jawatan Naib Presiden UMNO.......

Bangun Dato Seri!Bangun Dato Seri........Jangan jadi orang lembik.....!tunjukkan kewibawaan Dato Seri......

Campak pengkhianat ni semua di bawah Akta ISA.......CLIK SINI http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/ 

Friday, December 25, 2009

Beranikah kita........



Benar atau tidak UMNO parti racis terpulang kepada bagaimana orang yang menilai mencorakkannya. Orang yang benci kpd. UMNO akan kata ianya racis, dan sebaliknya. Walaubagaimanapun takrif racis sebagaimana 'wikipedia' ialah:


1. a belief or doctrine that inherent differences among the various human races determine cultural or individual achievement, usually involving the idea that one's own race is superior and has the right to rule others.

2. hatred or intolerance of another race or other races.

Adakah UMNO sebagaimana takrif 1 atau 2 atau 1&2 ATAU TIDAK SEBAGAIMANA TERSEBUT.
Pada pandangan warisan ksl, orang menuduh UMNO sedemikian ialah untuk mewujudkan polemik supaya UMNO ditolak oleh bangsa-bangsa lain di Malaysia, UMNO akan lemah dan tidak berdaya. Justeru itu mereka-mereka berkenaan berharap mereka akan berjaya menguasai politik, yang sebelumnya didominasi oleh UMNO.
Bersediakah orang Melayu menolak UMNO ? Dapatkah digambarkan apa akan berlaku jika UMNO sudah hilang penguasaan politiknya di Malaysia ?

Adakah Masanya masih jauh dan masih lambat ataupun tidak berapa lama lagi untuk perkara sedemikian berlaku. Mungkin kita tidak sempat melihatnya ataupun kita masih sempat melihatnya.....

"PERKARA INI MUNGKIN BERLAKU"

Keputusan yang kita buat pada hari ini akan memberi kesan pada masa hadapan.Saya ingin bertanya kepada orang melayu sangupkah dan bersediakah kita menerima orang india atau cina atau bangsa lain menjadi Perdana Menteri Malaysia.Masalah orang Melayu akibat kesan penjajahan yang kita terima selama 500 tahun yang mana sikap buruk terbawa dari keturunan sehingga ke satu keturunan mengakibatkan kita ketinggalan dari semua segi baik dari segi ekonomi,sosial,pendidikan dan sebagainya.Adakah keputusan yang kita buat hari ini tidak memberi kesan terhadap hak kita sebagai orang melayu kelak.Beranikah kita keputusan yang dibuat pada hari ini maka kita dapat mempertahankan institusi raja-raja melayu.Sanggupkah kita keputusan yang kita buat hari ini akan dapat mempertahan tamadun melayu pada masa hadapan?Jika majoriti orang melayu bersetuju dengan konsep ketuanan rakyat yang dibawa oleh Anwar Ibrahim maka saya yang berada tergolong didalam golongan minoriti yang ingin mempertahankan konsep ketuanan melayu seperti yang termaktub di dalam perlembagaan berani mengatakan bahawa:
 "anda seorang melayu yang bodoh dan tidak tahu berterima kasih dan bersyukur".

Ini kerana jika hendak dibandingkan dengan orang melayu sebelum merdeka dan selepas merdeka dari tahun 1957 hingga sekarang sebenarnya kita lebih beruntung.Masalah yang berlaku kenapa orang melayu yang ketinggalan dalam semua segi adalah kerana segi sikap tak pa,sabar,malas dan mengharap keuntungan secara mudah dan malas berusaha.Sentiasa membandingkan diri dengan orang di atas maka sentiasa tidak berpuas hati.Tetapi kalu kita membandingkan dengan orang dibawah kita maka boleh dikatakan kita patut bersyukur atas nikmat yang dikurniakan.


Kalau nak kaya kena rajin berusaha dan buang jauh-jauh sikap suka makan gaji.makan gaji sampai bila pun tak senang.Kalau nak pandai atau cerdik kita kena belajar;kalau boleh sampai peringkat tertinggi.Tetapi jangan sampai seperti pepatah:

"Bodoh tak boleh diajar,pandai tak boleh dikut"

Jangan mudah menunding jari ke atas orang lainKita kena tengok dan munasabah diri sendiri dan berkata bersediakah kita untuk membuat perubahan politik seperti yang dilaungkan oleh pembangkang.Jangan kelak.."Orang Melayu menang sorak tapi akhirnya negara tergadai"click sini http://senjaliza.blogspot.com/

Kalau anda sebagai orang melayu berkata "sudah bersedia"

maka saya mengucapkan :

"Selamat datang ke penjajahan cara baru..."






INI MUNGKIN WAJAH-WAJAH BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA JIKA KITA BERSETUJU.......clik sini:http://garamanis.blogspot.com/


Ingat!

"Kita akan dijajah kembali!kita akan dijajah kembali!kita akan dijajah kembali!"

Bersediakah kita untuk dijajah.........

Bak kata Nabil "Lu Pikir LAH sendiri....."

Monday, December 21, 2009

Benarkah UMNO Parti yang memperjuangkan bangsa

UMNO parti Nasiolis bukan parti Islam?
UMNO parti yang memperjuangkan bangsa dan bukan Islam?
UMNO kafir?
UMNO adalah kerajaan Sekular kerana tidak menjalankan undang-undang Islam?

"INI ANTARA TUDUHAN YANG DIBUAT OLEH PAS DAN PKR"

Jawapan warisan ksl adalah:
Benar!UMNO parti Nasiolis
Benar!UMNO parti memperjuangkan bangsa
Benar!UMNO tidak menjalankan hukum Hudud?

TETAPI :

Siapa yang membebaskan negara dari penjajahan selama 500 tahun?AdakahWali-wali,komunis,Tok Janggut,Tok Naning dan ulama-ulama?Sejarah membuktikan mereka semua ini tidak berjaya.Siapa yang berjaya menuntut kemerdekaaan daripada penjajah British?Siapa yang berlutut di Hotel KTM untuk merayu kepada sultan dan Raja-raja Melayu supaya jangan menandatangani surat persetujuan perjanjian PENUBUHAN MALAYAN UNION?Siapa yang menubuhkan regimen Askar Wataniah menentang pendudukan Jepun?Mana bagsa-bangsa lain?Adakah mereka sama-sama menankat senjata menentang pendudukan Jepun?

JAWAPANNYA:
Tunku Abdul Rahmanlah lah bersama dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain berjaya mendapatkan kemerdekaaan tanah Melayu daripada Kerajaan British
Dato onn Jaafarlah bersama 14 orang pemuda yang berlutut dan merayu perkenan sultan dan raja-raja melayu supaya tidak menandatangani perjanjian tersebut yang mana akhirnya Beliau diamanahkan oleh sultan untuk mengumpulkan sokongan bangsa Melayu seluruh Tanah Melayu menentang "Malayan Union" dan akhirnya Tertubuhnya UMNO pada tahun 1946.Untuk pengetahuan tapak masjid negara sekarang itulah tempatnya darah Dato Onn jatuh mengalir kerana dibaling batu.......
Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Husin la salah seorang yang menubuhkan Askar Watahniah menentang Jepun.MPAJ ditubuhkan untuk menentang Jepun? sejarah membuktikan mereka tidak pernah berperang pun semasa Tanah Melayu dijajah Jepun.Dalam tempoh tersebut mereka hanya bersembunyi didalam hutan.Mana perginya Lim Kuan Yew,Tan Cheng Lock,Chen Ping dan lain-lain?Jawapannya mereka lari dan meminta perlindungan di GOA India.Yang tinggal Di Tanah Melayu adalah orang Melayu kerana Tanah Melayu adalah tempat tumpah darah bangsa Melayu.

"KERANA ORANG MELAYU LAH TANAH MELAYU MERDEKA"

Benarkah UMNO memperjuangkan bangsa dan mengamalkan perkauman?

Benar Umno memperjuangkan Bangsa.Tetapi sudah 52 tahun kita merdeka siapa yang lebih mendapat nikmat?adakah orang Melayu.Sebenarnya orang Melayu lebih bertoleransi dalam hal ini.Siapa punya bangunan pencakar langit?Kedai-kedai dan gendung-gedung siapa yang punya?Bukan ke bangsa lain?
Tidak cukupkah bangsa lain mendapat nikmat atas apa yang UMNO buat selama ini?Kita Orang Melayu masih sabar......walaupun dalam keadaan kita ketinggalan dalam semua segi walaupun hak keistimewaan kita orang Melayu mula dipertikai oleh kaum lain..kita tetap bersabar....

"ADAKAH ORANG MELAYU YANG BERSIFAT PERKAUMAN SELAMA INI?JAWAPANNYA TIDAK!YANG SENTIASA MEMPERTIKAI ORANG MELAYU RASA-RASANYA ADALAH BANGSA LAIN"click sini http://garamanis.blogspot.com/

Benar umno tidak menjalankan hukum hudud tetapi:
DI dalam Al-Quran ayat 44-47 surah Al-Maidah di dalam keterangan ayat-ayat tersebut bahawa siapa yang tiada menghukum menurut yang diturunkan Allah(dalam Al-Quran) ia adalah orang kafir,orang aniaya,orang fasik.

Tetapi untuk pengetahuan pembaca;hukum-hukum yang diturunkan Allah itu ada empat macam:
  1. Hukum-hukum yang berhubungan dengan amal ibadat seperti sembahyang,puasa,haji dan sebagainya
Rasa-rasanya UMNO telah melaksanakan kesemua hukum tersebut mengadakan masjid untuk memudahkan orang islam beribadah,Tabung Haji untuk memudahkan orang islam pergi memudahkan haji,menubuhkan pusat pungutan zakat dan baitumal bagi memudahkan memungut zakat dan sebagainya.

    2.HUKUM MUAMAALAT iaitu seperti jual beli,sewa menyewa,harta pusaka dan sebagainya.

UMNO telah melaksanakan perkara ini dengan menubuhkan Bank Islam,Bak Muamalat yang menjalankan perniagaan sistem perbankan tanpa faedah,Takaful,Pajak Gadai Islam yang mana sistem yang digunaka pakai di Malaysia menjadi model ikutan negara-negara Islam yang lain.

  3.Hukun yang bersangkut dengan Munakahat seperti nikah kahwin,penceraian dan sebagainya.

Ini juga telah dilaksanakan di Malaysia.Urusan Nikah kahwin adakah berbeza?Tentulah tidak bukan.....Pergi tengok satu Malaysia semua urusan pernikahan dan penceraian tidak jauh lari yang lari adalah jumlah mas kahwinnya sahaja.Hal remeh tu pun PAS boleh pertikai.Punya la bangang...

  4.Hukum Jinayat iaitu hukum untuk menjaga keamanan negeri seperti hukum pencuri,membunuh orang,merompak,zina dan sebagainya.

Perkara ini lah yang sentiasa menjadi modal PAS dalam slogankata mereka.Tetapi untuk pengetahuan pembaca semua.Malaysia masih menjalankan hukum Islam tetapi secara "hukum takzir"Sebenarnya para ulama banyak berselisis pendapat dalam menentukan hukum terutamanya yang banyak hukum yang tidak tercatat di dalam Al-Quran dan Hadis.Maka Ulama bersepakat mana-mana hukum dan permasalahan yang tidak tercatat hendaklah diserahkan kepada majlis ulil--amri(ahlul halli wal'aqdi)iaitu jalan dengan kias atau mashlahat mursalat.Di Malaysia Majlis Mufti mempunyai kuasa penuh dalam menentukan segala kekhilafan tetapi malangnya Ulama PAS konon-kononnya lebih tahu dari mufti.....

Tetapi yang nyata di Malaysia membunuh hukumnya tetap hukum mati sama dengan hukum Qisas.Cuma dari segi pelaksanaannya adalah berbeza....

Melalui kenyataan di atas boleh disimpulkan bahawa tuduhan terhadap UMNO adalah tidak benar dan segala tuduhan tersebut adalah retorik politik semata-mata.Ini KITA SUDAH DAPAT MELIHAT KEBENARAN PAS SUDAH TIDAK LAGI MENGATAKAN MENGENAI KERAJAAN ISLAM TETAPI MENJADI ALAT PERMAINAN PKR DAN DAP....
Ulasan yang dibuat oleh RAM atas artikel saya sebelum ini ada kebenarannya,,,,,

Tuesday, December 15, 2009

Kontrak sosial apa relevannya

Isu Ketuanan Melayu telah mejadi polemik yang sewenang-wenagnya dibicarakan tidak kira tempat dan masa.DAP dan PKRmempertikaikan konsep ketuanan melayu dengan mengatakan konsep tersebut sudah tidak sesuai dipakai .DAP dan PKR lebih mengatakan konsep kesamarataan atau Malaysia Malaysian atau konsep Ketuanan Rakyat dan PAS pula lebih kepada konsep Ketuanan Islam.Persoalannya mana yang lebih relevan?
Beberapa rakan warisan ksl banyak kali bertanya beberapa soalan yang lebih kurang sama seperti apa relevennya 'Ketuanan Melayu', kenapa tidak mahu 'Ketuanan Islam'?


Apa dia 'Ketuanan Melayu'? Secara mudah maksudnya ialah pemerintahan negara mesti diketuai oleh orang Melayu kerana mereka adalah penduduk asal dan majoriti negara ini. Mengikut sejarah, warganegara dari kaum Cina dan India di negara ini asalnya merupakan imigran yang datang ke Tanah Melayu sebelum kemerdekaan.



Orang Melayu sanggup dan sedia menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) walaupun pada waktu itu kesetiaan kaum imigran itu lebih kepada negara asal mereka. Sebagai timbal balas di atas pengorbanan orang Melayu, maka Perlembagaan telah memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa seperti termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia). Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini dikenali sebagai 'Kontrak Sosial'.
Perkara ini sudah pun dipersetujui oleh semua rakyat sewaktu "penyata atau Suruhanjaya  Reid"di bentuk demi mendapat kemerdekaan daripada British ketika itu.

Sesungguhnya 'Ketuanan Melayu' masih releven di negara kita. Ia perlu untuk menjaga kelangsungan bangsa Melayu dan kedudukan agama Islam di negara ini. Jika pemerintahan negara terlepas ke tanah bukan Melayu, apakah jaminan kedua-dua elemen penting yang kita ingin pertahankan ini terus selamat? Mahukah kita menjadi seperti Singapura, di mana bangsa Melayu dipinggirkan, agama Islam ditundukkan?
Ada rakan saya membantah dengan mengatakan bahawa konsep 'Ketuanan Melayu' adalah perkauman sempit, Islam tidak pandang pun dari apa keturunan, bangsa atau warna kulit seseorang tapi takwanya kepada Allah.
Kita jangan lupa bahawa untuk melayakkan sesaorang itu dipanggil Melayu, sesaorang Melayu itu perlulah beragama Islam. Sudah tentu menjaga kesucian Islam itu juga bererti menjaga kepentingan orang-orang Melayu. Oleh sebab itu perjuangan menjaga kepentingan bangsa Melayu dan kecusian Islam seperti mana yang diperjuangkan oleh parti PAS dan UMNO hari ini sangat berkait-rapat dengan kepentinagn orang-orang Melayu keseluruhannya.


Sebenarnya perjuangan PAS dan UMNO hari ini masih lagi relevant dan akan terus relevant kerana hak keistimewaan orang-orang Melayu dan kesucian agama Islam sememangnya dibawah perlindungan raja-raja Melayu seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan hari ini.

Kerajaan Inggeris terpaksa mengikat satu kontrak so:) dengan raja-raja Melayu dengan memberi papasan kepada raja-raja Melayu dalam bentuk pengiktirafan terhadap hak keistimewaan orang-orang Melayu dan kedudukan raja-raja Melayu diatas pemberian kerakyatan Jus Soli kepada kaum pendatang di Tanah Melayu seperti mana yang kini tersirat di dalam Perlembagaan sekarang.

Walaupun hak keistimewaan orang-orang Melayu dan kedudukan raja-raja Melayu ini diletak dibawah perlindungan raia-raja Melayu namun sebagai raja berpelembangan baginda semua tidak mempunyai kuasa politik untuk memastikan peruntukan ini akan terus kekal. Oleh sebab itu parti-parti politik Melayu seperti UMNO dan PAS perlu diwujudkan malah perlu dikekalkan supaya kuasa politik negara ini akan terus berada ditangan orang-orang Melayu untuk terus mempertahankan kepentingan orang-orang Melayu dan kesucian Islam di negara ini.

Hari ini kedua-dua parti terbesar orang-orang Melayu ini seolah-olah sudah terperangkap dengan mainan politik Anwar Ibrahim yang kononnya mahu memperjuangkan hak sama-rata untuk semua rakyat Malaysia. PAS dan UMNO nampaknya masing-masing sudah bersedia untuk menerima orang-orang bukan Islam dan bukan Melayu menjadi ahli parti mereka kerana mereka juga tidak mahu ketinggalan dengan caturan politik Anwar yang dianggap kini lebih relevant dengan masyarakat majmuk seperti Malaysia sekarang.Bertambah buruk DAP mula memainkan sentimen-sentimen perkauman dan sering dan acapkali mempertikaikanHak Istimewa Orang Melayu.Bagi pendapat warisan ksl:tidak cukup lagikah apa yang kaum lain perolehi setelah 52 tahun merdeka?Kaum-kaum lain lebih kehadapan berbanding dengan orang Melayu.Cukuplah orang Melayu bertoleransi selama ini.kaum lain kena "menerima"kontrak sosial yang diamalkan selama ini.Pemimpin-pemimpin Melayu tidak kira berada UMNO atau didalam pembangkang.Berhati-hatilah dalam membuat keputusan.Kerana hendak menjaga hati dan terlalu sangat bertoleransi dengan kaun lain demi menjaga kerharmonian secara tidak sedar kita sebagai orang melayu terperangkap dengan tipu helah dan dakyah pihak yang memang tidak mahu kontrak sosial yang dipertahankan selama ini diteruskan.Keputusan kita hari ini akan memberi kesan kepada anak-cucu cicit kita pada masa hadapan.  

PAS harus sedar bahawa kedudukan agama Islam sebagai "agama persekutuan "seperti yang termaktub didalam perlembagaan tidak boleh disama-ratakan dengan agama-agama lain. Begitu juga UMNO perlu sedar bahawa kedudukan Melayu sebagai kaum peribumi di negara ini tidak boleh disama-ratakan dengan kaum-kaum lain kerana hak itu sudah pun termaktub dalam Perlembagaan negara dan dilindungi oleh raja-raja Melayu.

Hari ini majoriti orang-orang Melayu masih merasa selesa jika kedua-dua parti ini masih berpegang teguh kepada prinsip perjuangan parti masing-masing kerana perjuangan mereka sekarang masih dianggap relevant dalam menjaga kepentingan Melayu dan Islam. Sudah tentu orang-orang Melayu akan merasa amat kecewa dan gusar apabila kedua-dua parti ini sanggup mengabaikan perjuangan mereka jika mereka membenarkan diri mereka terdorong dengan mainan politik Anwar Ibrahim dan Lim kit Siang dan rakan-rakan sewaktu dengannya.

Akhirnya yang untung sudah pasti PKR, parti yang diterajui Anwar Ibrahim yang akan menjadi ketua kepada PAS walaupun jumlah keahlian PAS lebih besar dari mereka dan UMNO pula akan terus dipelagakan dengan PAS walaupun kedua-dua parti ini mempunyai tanggung-jawab bersama dalam menjaga kepentingan Melayu dan Islam di negara ini.

Nampak gayanya Anwarlah seperti pihak yang berjaya mencaturkan perjuangan parti PAS dan UMNO  dengan dibantu sekutu rapat PKR iaitu DAP yang mana akhirnya kedudukan mereka akan diketepikan dan akan diambil-alih oleh beliau setelah mereka puas dipergunakan.Sebelum ini berlaku semua pemimpin Melayu yang cintakan Negara bukalah mata,minda dan hati akan dakyah dan tipu daya yang tidak berguna ini.

Warisan ksl ingin menyatakan bahawa memang benar Islam tidak memandang kepada perkara-perkara tersebut, tetapi dalam soal kepimpinan ia melibatkan skop pemahaman yang lebih luas. Di sana terdapat banyak hadis-hadis sahih berkenaan prasyarat pemerintah mestilah dari keturunan Quraisy. Salah satunya ialah sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi:





Maksudnya: "Para Imam (mesti) dari golongan Quraisy." [HR Ahmad dan al Baihaqi]

Apakah Nabi s.a.w. bersifat perkauman sempit dengan bersabda demikian? Nauzubillahi min zaalik. Semoga Allah menjauhkan kita dari persangkaan buruk sedemikian.

Sebenarnya ada sebab, illat atau maslahah umum Nabi memerintahkan supaya kepimpinan umat ini mesti dari kaum Quraisy. Menurut Ibn Khaldun di dalam kitab al Muqaddimah, illat yang melatarbelakangi kepimpinan di tangan Quraisy ialah kerana mereka merupakan golongan yang kuat dan berwibawa. Tidak ada satu bangsa yang dapat menandingi mereka dalam hal kewibawaan politik. Dengan demikian hanya merekalah yang berhak memegang kekuasaan politik.

Penyerahan kekuasaan kepada golongan lain akan menimbulkan kekacauan dan tidak menolak kemungkinan akan terjadi peperangan sesama umat Islam tanpa ada yang dapat menyelesaikannya. Menurut beliau, illat yang terkandung dalam penyebutan “golongan Quraisy” akan terus berlaku dengan syarat ‘asabiyyah (kekitaan), kewibawaan dan kekuatan politik dapat dipenuhi.

Ibnu Khaldun menyebutkan:

"Kerana itu, kita pun menganggapnya sebagai satu prasyarat yang mendesak bagi seseorang yang bertugas menguruskan persoalan kaum Muslimin supaya dia termasuk golongan orang-orang yang kuat perpaduannya, dan mengatasi perpaduan bangsa-bangsa lain yang semasa dengan mereka, sehingga mereka dapat memaksa bangsa-bangsa itu bersatu demi kepentingan bersama. Kenyataan demikian tidak akan pernah ditemukan di seluruh pelusuk dunia sebagaimana terjadi pada masa kekuasaan keturunan Quraisy; sebab dakwah Islamiyah yang ada pada mereka sifatnya adalah universal, sehinggakan mereka dapat mengalahkan bangsa yang lainnya. Namun dewasa ini setiap daerah mempunyai orangnya sendiri yang mewakili perasaan 'asabiyyah (kekitaan) terbesar di sana." [Mukadimah Ibn Khaldun (2006), Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 207-208]

Dari kupasan oleh sarjana Islam terkenal itu,maka dapatlah kita memahami illat daripada hadis tersebut ialah para pemerintah umat Islam mesti terdiri daripada kaum atau bangsa yang mempunyai kekuatan ‘asabiyyah (kekitaan) dan kekuasaan yang diakui pada zamannya supaya dapat memimpin orang lain dan kesatuan umat dapat dicapai dengan pembelaan yang baik.

“Manusia itu (hendaklah) mengikut orang-orang Quraisy dalam urusan pemerintahan. Setiap orang Islam hendaklah mengikut (pemimpin) yang Islam di kalangan mereka dan orang-orang kafirnya mengikut (pemimpin) yang kafir juga di kalangan mereka.” [HR al Bukhari]

“Sesungguhnya urusan (pemerintahan/khilafah) ini ada di tangan Quraisy. Tidak seorang pun yang memusuhi mereka melainkan Allah akan membuatnya terjungkal/tersungkur ke tanah, selama mereka menegakkan agama (Islam).” [HR al Bukhari]

“Urusan (pemerintahan khilafah) ini sentiasa berada di tangan Quraisy selama masih tersisa dari mereka dua orang.” [HR al Bukhari]

“Urusan (pemerintahan khilafah) ini sentiasa berada di tangan Quraisy selama masih tersisa dua orang di antara manusia.” [HR Muslim]

“Manusia mengikuti Quraisy dalam perkara (pemerintahan) ini. Yang muslim mengikuti kaum muslimin dari kalangan mereka. Yang kafir mengikuti kaum kafir dari kalangan mereka.” [HR Muslim]

“Orang-orang Quraisy adalah pemimpin manusia, dalam hal kebaikan mahupun dalam hal keburukan sampailah ke hari kiamat.” [HR at Tirmidzi]

"Agama ini akan terus berkuasa sehingga naik memerintah kamu seramai dua belas orang amir (khalifah), dan setiap manusia amat mencintai setiap mereka itu.” Kemudian aku mendengar Nabi s.a.w. menyebutkan sesuatu yang aku tidak berapa jelas lalu aku bertanya kepada bapaku, “Apa yang baginda sebutkan?” Jawabnya, “Mereka semua adalah dari kaum Quraisy.” [HR Abu Daud]

“Kalian adalah manusia yang paling layak memegang urusan (pemerintahan) ini selama kalian berada dalam kebenaran. Apabila kalian menyimpang dari kebenaran maka kalian akan dikupas habis sebagaimana kulit kayu ini dikupas! —Beliau menunjuk sebuah kayu yang ada ditangannya.” [HR al Baihaqi]

“Tetaplah bersama Quraisy selama mereka tetap bersama kalian. Kalau mereka tidak melakukan hal itu, maka angkatlah pedang kalian di atas pundak kalian, lalu musnahkahlah pemimpin-pemimpin (quraisy) itu. Jika kalian tidak melakukannya, maka jadilah sebagai kaum petani yang payang hidupnya dimana kalian akan makan hanya dari hasil jeritan kalian.” [HR ath Thabrani]

Begitu juga Sejarah Tamadun Islam menyatakan selepas zaman Khulafa Ar-Rasyidin pemerintahan Kerajaan Islam adalah dari keturunan Umaiyah kemudian Keluarga Abbasiyah,Kerajaan Monggul(kemudian memeluk Islam),Fatimiyah dan AKHIRNYA pemerintahan Islam jatuh kepada kerajaan Uhtmaniah.Bukankah pemerintahan negara Islam tersebut daripada puak dan bangsa yang kuat.BANGSA YANG KUAT akan dapat memerintah.......
Di negara kita, orang Melayu merupakan kaum atau bangsa yang mempunyai kekuatan 'asabiyyah dan kekuasaan terbesar ketika ini. Orang Melayu seperti ditafkrifkan menurut Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan adalah mereka yang beragama Islam, lazim berbahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu serta Ibu atau bapa hendaklah salah satu atau ke dua-duanya berbangsa Melayu..

Oleh itu daripada hadis sahih diatas, disamping penegasan takrifan orang Melayu yang dimestikan beragama Islam, maka saya berpendapat 'Ketuanan Melayu' releven dan tidak bercanggah dengan prinsip Islam. Malah ia merupakan anjuran yang bersifat Islamik untuk menjaga maslahah ammah atau kepentingan umum.

Ia bukanlah bermakna kepentingan bangsa atau kaum lebih diutamakan dari Islam. Keadaan ini sama seperti 'Ketuanan Quraisy' dalam pemerintahan khalifah yang masih meletakkan Islam sebagai prioriti teratas dalam pemerintahan mereka.

Saya harap mereka yang keliru dengan konsep 'Ketuanan Melayu' dapat menyelami tulisan warisan ksl ini. Bagi saya 'Ketuanan Melayu' tidak harus dipertikaikan dan kontrak sosial yharuslah dipertahankan dan yang paling penting harus diubah sebenarnya adalah sikap negatiforang Melayu akibat kesan 500 tahun dijajah dimana akibat sekelian lama dijajah dan cara berfikir orang Melayu terbawa-bawa dari satu keturunan ke satu keturunan sehingga sekarang

Sunday, December 13, 2009

RASUAH DAN KEAZAMAN POLITIK

Nota: dari chedet.com"


"1. Saya bersetuju dengan pendapat Dato Seri Najib Tun Razak bahawa usaha membanteras politik wang perlu keazaman politik.

2. Soalnya - keazaman politik siapa?
3. Apakah keazaman politik mereka yang ingin dicalonkan dan sudah hulur wang sogokan?
4. Apakah keazaman pemimpin UMNO untuk lihat UMNO bersih daripada politik kotor?
5. Jika pemimpin yang perlu banteras, yang mana satukah pemimpin yang perlu berazam; pemimpin cawangankah, bahagian, Majlis Kerja Tertinggi atau Presiden parti?
6. Saya akui di masa saya jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri pun sudah ada politik wang.
7. Ia amat ketara semasa saya dan Tun Ghafar Baba dicabar pada tahun 1986.
8. Walaupun saya dapat pencalonan yang terbanyak (70 peratus) tetapi saya menang dengan kelebihan undi hanya 43 sahaja. Jelas perwakilan tidak undi ikut pencalonan oleh Bahagian.
9. Untuk mengelak perwakilan dipengaruhi semasa bersidang maka perlembagaan dipinda supaya 10 undi bonus diberi apabila dicalon oleh Bahagian.
10. Malangnya ada calon yang berjaya mendapat begitu banyak pencalonan sehingga lawannya terpaksa tarik diri.
11. Lepas itu dibatalkan undi bonus dan diganti dengan kuota 30 peratus bagi jawatan Presiden dan peratusan tertentu bagi jawatan-jawatan lain.
12. Dalam pencalonan untuk pemilihan kali ini ternampak jelas yang kuota tidak berjaya membanteras politik wang.
13. Ya, memang pun semasa saya dahulu sudah ada politik wang.
14. Tetapi peristiwa sogokan secara terbuka dan besar-besaran sehingga ramai dalam masyarakat pandang jijik akan politik UMNO tidak berlaku dahulu.
15. Tidak pernah terjadi yang Presiden parti didakwa terlibat dengan politik wang melalui laporan kepada polis dan Badan Pencegah Rasuah.
16. Tidak pernah Lembaga Disiplin parti menerima sehingga 900 laporan berkenaan politik wang.
17. Tidak pernah BPR terima banyak laporan rasuah untuk pencalonan bagi jawatan dalam UMNO.
18. Membuat alasan bahawa dulu pun ada rasuah tidak menghalalkan rasuah sekarang, terutamanya rasuah terbuka dan besar-besaran.
19. Sesungguhnya hari ini di mana-mana juga rakyat bercakap berkenaan rasuah dalam pencalonan kepimpinan UMNO. Ini tidak berlaku dahulu.
20. Juga dahulu rakyat tidak pernah tolak sebahagian besar calon UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999 seperti yang berlaku pada pilihanraya umum 2008. Jika rasuah dahulu tidak berbeza dengan sekarang kenapakah BN menang majoriti 2/3 tiap pilihanraya umum dari tahun 1982-1999?
21. Dahulu rakyat/pengundi tidak anggap UMNO sebagai parti pimpinan perasuah seperti hari ini.
22. Kerana tidak suka pada kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, BN sudah ditolak di lima buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan. Hari ini bukan Presiden sahaja yang dianggap tidak layak, tetapi seluruh kepimpinan UMNO tidak disukai dan tidak dianggap layak memimpin negara kerana pencalonan mereka adalah hasil sogokan oleh mereka. Memilih mereka bermakna memilih perasuah untuk mendirikan Kerajaan. Masyarakat yang mana yang mahu terima Kerajaan perasuah?
23. Ramalan saya ialah UMNO akan kalah teruk pada pilihanraya umum ke-13. Mendapat sokongan daripada parti (melalui rasuah) tidak akan menjamin kemenangan dalam pilihanraya umum.
24. Yang memberi kemenangan kepada calon-calon UMNO dahulu ialah undi ahli bersama dengan penyokong luar, penyokong bukan UMNO. Jangan fikir hanya dengan undi ahli UMNO sahaja kemenangan akan diperolehi.
25. Dalam pilihanraya umum ke-12 ramai ahli UMNO-pun tidak undi calon BN. Dan amat ramai daripada penyokong-penyokong (bukan ahli) UMNO yang undi parti lawan. Itulah yang memberi keputusan yang buruk bagi BN dalam pilihanraya umum ke-12.
26. Ingatlah kelebihan undi bagi calon UMNO yang menang tidak sebesar dahulu. Jika hanya separuh lebih sedikit daripada kelebihan kecil ini berpaling tadah dan mengundi parti lawan UMNO akan kalah dimana dahulu ia menang.
27. Mereka yang ghairah menggunakan wang untuk dicalon oleh bahagian harus ingat jika parti UMNO kalah, kemenangan jadi pemimpin UMNO tidak bermakna. Lihat ketua-ketua perhubungan Kedah, Perak, Kelantan dan Selangor dan mereka yang dicalon bertanding pilihanraya umum ke-12. Di mana mereka?
28. Jika BN kalah, Presiden UMNO tidak akan jadi Perdana Menteri, Timbalan Presiden tidak akan jadi Timbalan Perdana Menteri dan lain-lain pemimpin UMNO jika menang pun tidak akan jadi Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen atau pengerusi-pengerusi syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan lain-lain dan ketua-ketua bahagian tidak akan dapat kontrak dan lain-lain.
29. Lebih buruk lagi UMNO akan hancur. Pengasas-pengasas UMNO akan kutuk mereka yang kerana tamak telah musnahkan UMNO.
30. Orang yang terkenal menyogok wang untuk jadi pemimpin UMNO, jika mereka dipilih akan menyebabkan UMNO ditolak dalam pilihanraya umum.
31. Rakyat tahu siapa mereka walaupun sukar bagi mendapat bukti yang mereka ini adalah perasuah.
32. Perwakilan UMNO yang menerima sogokan dan memilih orang yang dikenali sebagai perasuah, harus ingat apabila mereka memilih orang ini, mereka sebenarnya mengkhianati bangsa, agama dan negara hanya kerana sedikit wang yang akan habis dibelanjakan dalam sekelip mata. Kamu dan zuriat kamu akan dikutuk oleh bangsa kamu tiap kali mereka menderita kerana kamu telah jual bangsa dan negara kamu untuk sedikit wang.

KESIMPULANNYA

Demi memperkasakan parti UMNO marilah ahli UMNO "menolak" pemimpin-pemimpin yang mengamalkan politik wang tidak kira pemimpin dicawangan,bahagian mahupun peringkat lebih tinggi.
Marilah rakyat dan orang Melayu memilih pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat dan berjuang ikhlas deni agama,bangsa dan tanahair
Marilah kita membuang sifat dan sikap mahukan habuan atas setiap satu perkara yang hendak dibuat.
Buanglah sikap ujub,tamak dan haloba serta sikap pentingkan diri dalam apa-apa jua perkara
 dan juga hentikan budaya suka mengfitnah pemimpin dan orang lain
Buanglah sifat suka menyalahkan orang lain dalam setiap perkara
Buang sikap suka berdendam dan buang sikap potong memotong dan budaya menjatuhkan orang dengan cara keji bertandinglah dengan cara yang adil dan baik

Yang paling penting kena tahu

"apa itu dimaksudkan dengan UMNO dan kenapa pemimpin terdahulu menyebutnya sebagai sebuah Parti Keramat"

Saturday, December 12, 2009

Tercapaikah matlamat Pembaharuan yang hendak dibuat oleh Dato Seri Najib Tun Razak

Baru-baru ni Warisan ksl sempat minum petang bersama-sama dengan puak-puak UMNO salah satu Bahagian di dalam Selangor.Warisan ksl tak mahu bercerita bahagian UMNO yang mana satu.Di kalangan mereka ada yang menjawat jawatan exco pemuda bahagian dan ada yang menjadi ketua pemuda UMNO di cawangan.Macam-macam topik yang kami bincangkan pada masa tersebut.Dari topik UMNO Hinggalah ke topik Pembangkang.Memang menarik pada mulanya topik yang dibincangkan.

Sehinggalah satu tahap warisan ksl melihat rupa sebenar  mereka.Rupa-rupanya mereka ni hanya bercakap berdegar-degar tapi dari segi pelaksanaan hancur.Perbuatan mereka langsung tidak mencerminkan apa yang Presiden Parti mahu buat.Ada ke patut mereka ini menjawat jawatan yang tinggi dibahagian dan cawangan tapi bab bila mereka mendengar orang mengutuk kerajaan dan pemimpin UMNO ; mereka tak mahu membalas kembali dengan memberi tahu kebenaran sebenar.Alasan tak berani.Takut kena kutuk.Beginikah sikap mereka?Dimanakah semangat mereka?Bayangkan kononnya ahli UMNO ; ada jawatan pula ; tapi apabila ditanya sejarah penubuhan UMNO,tarikh ditubuhkan,nombor pendaftaran UMNO,tempat ditubuhkan dan sebagainya mereka tidak tahu.Kalau beginilah sikap mereka;buta sejarah bagaimana UMNO hendak bangkit...... 

Selain dari itu,yang warisan ksl dengar mereka dok bersembang mengenai pemilihan akan datang siapa calon pengganti dan dah tu pula siap mereka dah mula menyusun strategi mengumpulkan kumpulan untuk bertanding pada pemilihan pemuda UMNO akan datang.Yang kelakarnya yang warisan ksl dok dengar mereka dah mula mengutuk kumpulan lain dan macam-macam lagi.
Selain dari itu juga mereka juga membincangkan projek-projek yang boleh dimohon menggunakan cable-cable tertentu.Yang kelakarnya diorang ni bukannya ada syarikat hanya cuma nak percen kalau membantu sipolan bin sipolan dapat projek.Warisan ksl diam aje dan mengapi-ngapikan mereka kerana nak tengok teletah dan sikap mereka.
Kesimpulannya warisan ksl sedih kerana masih ada ahli dan pemimpin akar umbi yang masih tidak sedar dan masih dibuai mimpi indah.Ini baru di satu bahagian kalau semua bahagian di Malaysia macam ini.Macam mana?Jikalau Majoriti Ahli Umno bersikap sedemikian dan hanya segelintir yang hanya faham akan apa yang Dato Seri Najib Tun Razak hendak laksanakan.Rasa-rasnya tak tercapai matlamat pembaharuan yang hendakdibuat oleh Presiden Parti.Tidak guna ahli bercakaran sesama sendiri untuk berebut jawatan jika Pilihan Raya Umum ke 13 kelak BN kalah kelak.
Bagi pendapat warisan ksl ahli UMNO PERLU:
  1. FAHAM MENGENAI SEJARAH ORANG MELAYU DAN SEJARAH PENUBUHAN PARTI UMNO
  2. KENA BUANG SIKAP BUDAYA MEMINTA HABUAN.KENA BUANG SIKAP ISTILAH "ADA GARAM",PERKATAAN "MASYUK.." 
  3. BERANI MENYUARAKAN YANG HAK SELARAS DENGAN DASAR UMNO ITU SENDIRI
  4. MENJADI DUTA ATAU PENYAMBUNG MENYAMPAIKAN DASAR-DASAR KERAJAAN  DENGAN MENYAMPAIKANNYA KEPADA ORANG RAMAI.AHLI UMNO KENA MEMBANTU PEMIMPIN DENGAN MENJADI JURUCAKAP TIDAK KIRA DIMANA SAHAJA KEDAI KOPI,TEPI JALAN DAN DIMANA-MANA SAHAJA YANG RASA BERSESUAIAN.JANGAN MELETAKKAN SEMUA TUGAS INI DIBAHU PEMIMPIN.
  5. KENA TAHU MAKSUD PARTI YANG MEMERINTAH DENGAN KERAJAAN YANG MEMERINTAH
  6. FAHAM KONSEP GAGASAN 1MALAYSIA YANG DIBAWA OLEH DATO SERI NAJIB TUN RAZAK
  7. BUANG SIKAP BUDAYA POTONG MEMOTONG DAN BUDAYA JATUH MENJATUHKAN ORANG. SIAPA YANG KAYA DAN BANYAK DUIT DIA BOLEH JADI PEMIMPIN DI BAHAGIAN ATAU PERINGKAT LEBIH TINGGI
  8. KENA BUANG SIKAP SUKA DENGAR KHABAR ANGIN DAN MEMPERCAYAI PERSEPSI DARI FAKTA YANG SAHIH
  9. KENA SETIA DENGAN PARTI TIDAK KIRA SIAPA YANG MEMIMPIN....
Jadi kepada semua ahli UMNO semua peringkat bak kata Nabil "Lu fikir la sendiri......."

Wednesday, December 9, 2009

BIRO TATA NEGARA(BTN) DIKATAKAN "RACIS"

APAKAH YANG DIKATAKAN KURSUS BIRO TATA NEGARA(BTN)


Akhir-akhir ini Isu berkaitan KURSUS BIRO TATA NEGARA(BTN) menjadi panas akibat tindakan Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang dikuasai oleh Pakatan Pembangkang yang mana melarang kakitangan kerajaan negeri masing-masing menghadiri kursus anjuran BTN dengan alasan kursus ini bermotifkan politik dan menanamkan semangat perkauman.Tapi apakah sebenarnya modul kursus BTN ini memang benar-benar menanam semangat perkauman dan mencerminkan ketidakselarasan Konsep Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Dato Seri Najib Tun Razak?

Kenapa isu ini timbul selepas 30 tahun BTN ditubuhkan?Isu ini mula timbul apabila PM mengarahkan kepada semua ahli tidak kira semua peringkat dari ahli bawahan dan seterusnya sampai peringkat tertinggi tidak kira ahli UMNO tersebut mempunyai jawatan tertinggi parti mahupun berjawatsn Ketua tidak kiraketua pemuda,Ketua Wanita ataupun Ketua Puteri mahupun jawatan-jawatan lain diBahagian mahupun cawangan hendaklah wajib menghadiri kursus Biro Tata Negara.Kenapa pembangkang perlu takut akan BTN?

Jawapannya mudah sahaja iaitu di dalam modul Kurus BTN adalah lebih menekan kepada isu relevan dengan keadaan dan dasar semasa Negara seperti Wawasan 2020,modal Insan dan terbaru konsep 1Malaysia.Modul kursus 1Malaysia misalnya memberi tumpuan lebih kepada perpaduan serta lapan nilai asas-budaya selaras dengan perlembagaan Malaysia seperti :
kecermelangan,pemuliharaan,kemanusiaanpenerimaan,kesetiaan,meritokrasi,pendidikan dan intergriti.

Selain daripada itu juga ,modul ini juga menekankan dari segi politik,dimana ianya memberitahu kepentingan konsep perkongsian kuasa yang diamalkan oleh Negara selama ini dimana tidak mungkin mana-mana kaum dapat membentuk kerajaan tanpa bekerjasama dengan kaum lain.

Selain daripada itu Modul ini memberi kefahaman kepada peserta mengenai aspek Perlembagaan Persekutuan,Kontrak Sosial yang diamalkan,Pemberitahuan dan Kenyataan yang tepat mengenai definasi agama Islam bukan agama rasmi tetapi sebenarnya adalah Agama Persekutuan dan menyebut Hak-hak Istimewa orang Melayu seperti yang ada termaktub didalam perlembagaan.Memang tidak dinafikan memang menyebut didalam kursus tersebut mengenai apa yang sebenarnya terjadi seperti jikalau keadaan Negara huru hara,,kenapa terjadinya banyak tanah-tanah jatuh ketangan bangsa asing.Ini kerana tuan tanah itu sendiri jual kepada pemaju,kenapa projek-projek yang bumiputra yang diberikan kepada Syarikat Melayu oleh Kerajaan tapi akhirnya di “ALI BABA” kepada orang asing.Ini semua berlaku kerana persolan sikap orang melayu itu sendiri yang mahukan keuntungan dengan mudah tanpa bersusah payah.Perkara ini banyak terjadi kepada SEGELINTIR AHLI UMNO SEBELUM INI.Maka tujuan arahan kursus wajib kepada semua Ahli UMNO adalah untuk menangani dan mengubah sikap dikalangan ahli mengenai persoalan sikap tersebut.

Warisan KSL sendiri menghadiri kurus tersebut samada ianya perkauman atau tidak kursus ini adalah bergantung kepada persepsi masing-masing.Yang benar adalah hak istimewa orang Melayu memang ada didalam perlembagaan dalam Artikel 152 dan 153.” TIADA SIAPA PUN BOLEH MEMPERTIKAIKANNYA.”

Jika selama ini pembangkang menuduh kerajaan mengamalkan rasuah,pemimpin UMNO mencari projek kerajaan dan sebagainya maka Tindakan Dato Seri Najib Tun Razak yang mengakui akan kelemahan yang berlaku di dalam UMNO dan kerajaan BN dan seterusnya melakukan tindakan drastic dengan membuat penambah baikan didalam aspek pentadbiran kerajaan dan juga mengarahkan semua ahli menghadiri kursus wajib BTN bagi meningkat jati diri dan sayangkan Negara haruslah dipuji.Bagi pendapat Warisan KSL sebagai rakyat,,Warisan KSL bangga dengan Dato Seri Najib Tun Razak kerana berani mengakui kesalahan dan seterusnya membuat tindakanpembetulan ke atas kelemahan yang berlaku terhadap kerajaan selama ini.

Kesimpulannnya,pembangkang sepatutnya rasa berbangga kerana banyak isu yang dikeluarkan oleh mereka akhirnya kerajaan berani mengakui dan berani melakukan perubahan seperti yang diminta oleh mereka .ATAUPUN sebenarnya pembangkang tidak ikhlas dan mahukan kerajaan BN terus hanyut dan lalai dan dengan ini mempunyai peluang memenangi PU13 nanti dengan strategi mahukan rakyat terus mempercayai  bahawasanya kerajaan BN terus-menerus berada dalam kelemahan dan rosak.

 BAGI MANA-MANA YANG MENENTANG; PERGI DAHULU KURSUS BTN BARU TAHU ”Sesungguhnya ianya sangat menarik dan mencabar minda dan fizikal diri.Kurus ini tiada ditempat lain hanya ada di Biro Tata Negara.

LAGI PETIKAN SURAT BALAS DARIPADA CHEN PIN PADA TANGGAL 9DISEMBER 1957

Pada kali ini,Chen Ping telah menunjukkan sikap yang keras dan sombong iaitu:

Tanggal 9 Disember 1957
Yang Berhormat Perdana Menteri
Persekutuan Tanah Melayu

Dengan hormatnya saya maklumkan bahawa saya bersedia mengutus saudara Rashid Maidin dan saudara ChenTian sebagai wakil pihak kami untuk mengadakan rundingan pendahuluan dengan wakil pihak Tunku.

Seperti yang saya sebutkan dalam surat saya tanggal 12 October,1957 bahawa rundingan pendahuluan ini adalah bermaksud melicinkan tercapainya persetujuan yang adil dan menasabah dalam perundingan kita bagi menamatkan peperangan dan melaksanakan keamanan di dalam tanahair kita ini maka jelaslah ini lansung tidak kena mengena dengan apa yang disebut penyerahan diri itu.

Umum mengetahui bahawa tujuan perjuangan bersenjata yang dilancarkan oleh Parti kami itu adalah untuk mengusir kaum colonial dan untuk memperjuangkan kemerdekaan Malaya maka tidaklah bermaksud menganggap kerajan Persekutuan yang dipilih dengan pihak kami lansung tidak terdapat persoalan menyerah diri.

Kerajaan Perikatan pun telah berjanji kepada rakyat hendak menamatkan darurat,maka Kerajaan Perikatan patutlah ikhlas menamatkan peperangan sebagaimana Parti kami patut mencapai persetujuan yang adil dan menasabah dengan pihak kami bersendikan prinsip penghentian perang dengan tidak bersyarat malah bukanlah mengeluarkan omongan-omongan menyerah diri yang tidak berpatutan.

Mengeluarkan omongan-omongan menyerah diri yang lansung tidak berpatutan itu sama sekali tidak beralasan.Ini semata-mata menunjukkan ketidak keikhlasan bagi menamatkan peperangan dan bagi mencapai persetujuan yang adil dan menasabah dengan pihak kami maka silalah aturkan haribulan dan tempatnya supaya wakil pihak kami dapat menghadiri rundingan pendahuluan itu.

Sekian wassalam.

Yang Benar



Chen Ping
Setiausaha Agung
Parti Komunis Malaya



Jawapan Tunku mudah iaitu beliau tidak akan berunding lagi dan memberi tempoh sehingga 30April 1958 untuk menyerah diri.Jika tidak perang akan dilancarkan terhadap mereka kerana tujuan PKM MINTA DIIKTIRAF ADALAH UNTUK MENYEBARKAN FAHAMAN KOMUNIS DIKALANGAN RAKYAT PADA MASA TERSEBUT.

KESIMPULAN

Wahai orang melayu sedarlah jangan biarkan segelintir golongan Melayu yang tidak mengenag sejarah untuk membawa Chen Ping ke Negara kita.Ini kerana sudah terlalu besar pergorbanan pemimpin-pemimpin terdahulu,nenek moyang kita untuk mencapai kemerdekaan.Mereka membawa perkara SENSITIF INI ibaratnya menyuruh(luka lama berdarah kembali)  kembali bukan untuk kemakmuran dan keamanan Negara tetapi tidak lain hanya retorik politik,pangkat dan kepentingan diri sendiri.

Maka renung-renunglah…

”janganlah kaduk naik junjung.Ayam Menang sorak tapi malangnya kampong tergadai “

PETIKAN SURAT DARIPADA CHEN PING PADA TANGGAL 12 OCTOBER 1957 IAITU SELEPAS RUNDINGAN YANG PERTAMA (RUNDINGAN BALING)

Surat Chen Ping yang bertaip di dalam bahasa Melayu yang di hantar kepada Tunku Abdul Rahman itu adalah demikian:






JAWAPAN TUNKU ABDUL RAHMAN KEPADA CHEN PING

Tunku Abdul Rahman telah menjawab surat tersebut dengan menyuruh Parti Komunis Melaya(PKM) menyerah diri tanpa syarat.Syraat yang ditetapkan oleh Chen Ping yang di tolak oleh Tunku ketika iaitu SUPAYA KERAJAAN PERSEKUTUAN MENGIKTIRAF PARTI KOMUNIS.

Bagaimana pun komunis tetap komunis juga.Chen Ping masih berdegil di atas kehendaknya yang asal iaitu mereka tidak akan meletak senjata selagi mereka tidak diiktiraf atas alasan Tunku telah menjalankan hubungan luar Negara dengan Negara-negara luar termasuk Negara-negara komunis. KEHENDAK Chen Ping itu ini seolah-olah dia yang menetukan dasar luar kerajaan negeri.Tetapi Tunku tetap bertegas dan tidak bertolak ansur iaitu serah diri atau menerima “pukulan”.

MENANGANI CABARAN SISTEM PENDIDIKAN NASIONAL

Dalam sistem pendidikan Negara,anak-anak telah mula mempunyai hubungan dengan institusi pendidikan seawal usia empat tahun.Lazimnya mereka dihantar ke taman asuhan seterusnya ke sekolah.Mereka dilengkapi dengan buku dan alat tulis serta pakaian seragam serta mengikuti sesi persekolahan selama enam atau tujuh jam sehari.Itu belum termasuk jadual pendidikan sampingan anak-anak seperti tuisyen,kelas agama dan fardu ain(KAFA) atau kegiatan kokurikulum.Kehidupan seharian anak-anak yang diprogramkan sebegini rupa menunjukkan kepentingan budaya menimba ilmu.Hal ini penting dalam membentuk manusia yang seimbang nilai rohani,jasmani,emosi dan intelektualnya.

Syabas saya ucapkan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran yang mengembalikan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains kembali dalam Bahasa Melayu.Saya menaruh harapan beliau dapat memperjuangkan dan mempertabatkan Bahasa Melayu ditempat yang sepatutnya.

Isu Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) telah membuka mata semua pihak dalam semua golongan daripada cerdik pandai melayu kononnya serta semua golongan rakyat dan juga tidak dinafikan golongan ahli politik yang mengekplotasikan isu ini sampai berdemontrasi ditepi jalan.Konon-kononnya memperjuangkan bahasa melayu.Tidak salah untuk menentang PPSMI tetapi ingat;

“Kita bukan kroni.Kita merupakan komuniti Melayu Besar,kroni komuniti Melayu Kecil yang mempunyai adap dan tatasusila yang tinggi.”

Kenapa perlu berdemontrasi ditepi jalan bukankah kita ada saluran yang lebih baik dalam membincangkan isu tersebut.Akhirnya kita melihat tokoh-tokoh sasterawan dan cendikiawan melayu dan segelintir golongan bangsa melayu secara tidak sedar telah dipergunakan untuk mencapai cita-cita politik sesetengah pihak.

“Banyak perkara ingin disentuh ,tetapi dasarnya adalah tahap pemikiran orang Melayu atau mentaliti orang Melayu.Sekali lagi Melayu mudah lupa.Dalam banyak hal kita sebenarnya tidak tahu punca ilmu dan perkatakan.”

Sekarang PPSMI telah dimansuhkan.Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains akan diajar kembali dalam bahasa Melayu.Kini tiba masanya golongan-golongan yang mengaku cerdik pandai melayu,Sasterawan melayu membantu pihak kerajaan bagaimana hendak mempertabatkan bahasa Melayu dalam semua subjek pembelajaran Matematik dan Sains.Jangan hanya tahu berkarya dalam penulisan cerpen,sajak,bermadah dan berpuisi sahaja.Tetapi yang paling penting adalah memertabatkan bahasa melayu dalam bentuk “metodologi.”Mereka haruslah membantu kerajaan dalam menyediakan semua modul subjek pelajaran dari sekolah rendah,menengah dan dan seterusnya sampai ke universiti dalam bahasa Melayu.Itupun Kalau benar-benarlah hendak memperjuangkan bahasa Melayu.Saya teringat ketika saya melangkah keuniversiti.Saya berasal dari Sekolah aliran Melayu pada mula-mulanya sukar untuk menyesuaikan diri kerana buku pembelajaran semuanya dalam bahasa Inggeris.Amat sukar untuk mendapatkan buku-buku rujukan dalam bahasa melayu.Jika benar-benar la kita hendak membina satu Tamadun Melayu hendaklah diwajibkan semua pembelajaran dalam semua subjek tidak kira subjek akaun,arkitek,kejuruteraan,kedoktoran,pengajian perniagaan dan sebagai hendaklah diwajibkan dalam bahasa melayu.Para cendikiawan yang bergelar profesor atapun sasterawan inilah masanya bersama-sama mengembleng tenaga bersama-sama kerajaan dalam merangka pelan pembelajaran bahasa melayu dalam semua aspek pendidikan dari sekolah rendah ke universiti termasuk dalam menyediakan buku-buku rujukan subjek dalam bahasa melayu.Jikalau tidak pelajar melayu akan ketinggalan dalam semua aspek.Kepada badan-badan seperti Dewan Bahasa dan Institut Bahasa yang ditubuhkan kerajaan; mereka seharusnya berkerja keras dalam memperjuangkan Bahasa Melayu.Sudah lama ditubuhkan tetapi tidak nampak keberkesanannya.Harap-harap Kerajaan memandang serius perkara ini.Kalau boleh buat pengstrukturan semula terhadap dua badan tersebut.Berikan kuasa yang lebih luas dalam menguatkuasakan undang-undang mengenai penggunaan bahasa melayu.Kerajaan juga haruslah memberi ruang yang luas kepada mereka dalam membantu mempertabatkan bahasa Melayu di dalam kementerian pelajaran dan di universiti awam.

“Dinamika umat Melayu hanya menyerlah semula dengan kita membuka pintalan ikatan kejumudan fikiran,taksub,cepat membuat tafsiran.Umat yang terpanggil dengan iqra mendahului zaman.”

Kini kita perlu mengembeling tenaga dan kepakaranpelbagai bidang ilmu dan pendidikan untuk bangun menjadi umat yang dinamik.Kita mesti melepaskan diri dari ikatan ilmu-ilmu yang di bawa oleh sistem kapitalis.Kalau boleh kita melayukan semua bidang ilmu dan pendidikan tersebut.Melayukan semua sistem ekonomi.Segala urusan koporat dan perniagaan dibuat dalam bahasa melayu.Semua surat rasmi kerajaan dan swasta juga diwajibkan dalam bahasa melayu.Kita hendaklah mengubah persepsii dan cara berfikir jika mahu menjadi satu bangsa yang terbilang.Sejarah telah menyebut bahawasanya Bangsa Melayu pernah mempunyai satu Tamadun Melayu yang terbilang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.Kita berharap mempertabatkan kembali Bahasa Melayu dari semua aspek pentadbiran,ekonomi dan kehidupan dapat menjadikan Malaysia sebuah Negara yang dihormati oleh Negara-negara lain.

“Membina sesuatu Tamadun adalah sukar tetapi hendak meruntuhkannya adalah mudah dan sekelip mata sahaja”

Ketinggalan dalam ilmu,tertinggal juga dalam ekonomi.Bangsa Melayu dilabelkan sebagai bangsa yang mundur dan miskin.Adakah kita terus mahu dilabel demikian?

Tepuk dada Tanya hati…..

Saya berharap selepas ini tiada lagi pertukaran dasar pendidikan kerana Yang dapat kita lihat setiap kali berlaku pertukaran kuasa di dalam Kementerian Pelajaran maka dasar juga turut berubah.Ini kerana;

“pelajar bukannya satu subjek ujikaji.”

Ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah adalah untuk menuntut kecermelangan dalam akademik dan korikulum.

Dalam kemelut politik,banyak retorik.Jika kita gagal balik ke pangkal jalan ,akhirnya kita sesat.Melayu sesat akan dikata.Sinonimnya,Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu.Tidak ada perkataan mualaf dalam kamus Melayu,yang ada ‘ masuk Melayu’,begitu juga bumiputera,yang ada pribumi.Negara Malaysia tidak akan wujud jika Rakyat berpecah belah.Seharusnya kita sebagai rakyat haruslah menyokong Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Dato Seri Najib Tun Razak .

Bagi pendapat warisan ksl sistem meritokrasi hendaklah dimansuhkan.Ianya tidak banyak membantu pelajar Melayu.Kita jangan lupa sejarah.Pemimpin-pemimpin kita terdahulu mewujudkan biasiswa bukannya pinjaman kepada pelajar melayu.Kita berharap Kerajaan tidak tunduk dengan desakan golongan yang menuntut persamaan hak dalam pemberian biasiswa kepada pelajar cemerlang.Akibat kita tunduk dengan desakan mereka akhirnya kita dapat melihat yang nisbah peratusan pelajar melayu layak menerima biasiswa menurun.

Kita sedia maklum kedudukan orang Melayu dalam ekonomi adalah lebih berkurang jika hendak dibandingkan dengan bangsa Cina dan India.Adakah patut dengan kedudukan orang Melayu sebegini, sistem meritokrasi terus diwujudkan.Kita sebagai Orang Melayu tidak berani menyuarakan hak kita.Sedangkan hak istimewa orang Melayu tercatat di dalam perlembagaan.

“Bila kita sebagai Orang Melayu menyuarakan hak kita?Kita dilabel “Racis”.Tetapi Siapa sebenarnya “Racis”.

Sesungguhnya jika kita renung berdasarkan fakta maka kita akan dapat membuat penilaian terhadap sesuatu pekara.Janganlah kita menilai berdasarkan persepsi semata-mata.Maka kita tidak akan dapat membuat penilaian yang tepat ke atas sesuatu isu.

Marilah kita membentuk semula perpaduan dikalangan orang melayu dan meletakan kedaulatan Raja-raja Melayu pada tempatnya.Marilah kita kembalikan indentiti Bahasa Melayu ketahap yang tertinggi.Mari Kita kembalikan hak biasiswa kepada pelajar melayu dengan sewajarnya.kita jangan tunduk dengan desakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mempertikaikan hak istimewa orang melayu kerana hak istimewa orang melayu ada tercatat  dalam Artikel 152 dan 153 pelembagaan Malaysia.Kepada kita sebagai orang melayu sahajalah yang mengolahnya.Samada hendak baik maka baiklah ia atau kalau buruk maka buruk jugalah ia.

Marilah kita menolak politik kebencian kerana ianya memecah belah dan melemahkan orang melayu.Marilah kita merenung di dalam hadis Rasulullah:

Rasulullah bersabda;

Perbandingan orang mukmin yang dalam cinta menyintai,sayang menyayangi dan saling mengerti ibaratnya satu jasad.Jika salah satu jasad berasa sakit maka berinjak-injaklah ianya keanggota badan yang lain yang mana sama-sama berasa sakit dan berjaga malam.Demikianlah perpaduan dan persaudaraan dikalangan umat Islam.

Oleh itu kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan marilah kita merapatkan barisan dan bersatu padu dalam apa juga keadaan demi anak cucu cicit kita pada masa hadapan.

“Bulat Air Kerana Pembentung,Bulat Manusia kerana Muafakat”

Sekian,Wassalam .

DOA UMNO 1971

Persidangan Perhimpunan Agung Khas Umno pada 8 dan 9 Mei 1971, yang diadakan dengan mengambil sempena dengan Jubli Perak UMNO yang mana Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Husin dilantik menjadi Presiden UMNO menggantikan Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.Doa Khas Selamat UMNO 25 Tahun oleh Ustaz Haji Othman Abdullah amat patut kita sebagai generasi sekarang patut untuk merenung doa tersebut.


Bismillah Hirrahman Nirrahim


Ya Allah Ya Tuhan Kami
Kami mohon limpah Kurnia dan Keredaan darimu,
Dalam masa kami menjalankan perundingan dan musywarah ini,
Untuk kami perkukuh Persatuan Kami ini dalam menempuh zaman yang akan datang.
Ya Allah Kami mohon Inayah dan Pertolongan darimu,
Agar kiranya persatuan kami ini benar-benar merupakan Persatuan yang kukuh dan kuat,
Laksana pohon rendang dalam negeri-
Daunnya tempat berteduh,
Uratnya tempat bersandar,
Melahirkan buah dan hasil yang baik
Untuk bangsa dan keturunan kami di kemudian hari
Ya Allah,25 tahun dahulu,
Telah kami letakkan asas dan tapak untuk membela bangsa,agama dan tanahair kami,
Melalui pertubuhan ini
Dalam merebut kembali ,maruah kami,
Sebagai bangsa,
Kemerdekaan kami yang telah dirampas
Kami telah menjadi hamba abdi beratus tahun lamanya Ya Allah,
Kekayaan Negara kami diangkut keluar
Kami telah ditinggalkan papa dan miskin,
Melarat dan sengsara diatas bumi yang kaya ini
Kami telah menjadi laksana ayam yang bertelur
Di dalam kepuk mati kelaparan,
Itek yang berenang di air mati kehausan
Dengan izinmu Ya Allah,
Telah kami perkukuh barisan kami,
Telah kami tempuh segala rintangan
Telah kami putus-putuskan rantai-rantai yang mengikat kami,
Sebelas tahun lamanya kami meronta-ronta
Akhirnya kami bebas kami merdeka,
Negara kami terselamat dari perjajahan yang terkutuk itu.
Telah banyak pemimpin-pemimpin kami besar dan kecil
Telah pergi dahulu dari kami,
Ada yang telah bersara kerana umurnya telah lewat
Tenaganya telah habis tetapi mereka telah berkorban dengan tenaga dan harta benda untuk
Memimpin kami melepaskan kami dari penjajahan
Engkau tahu mereka itu Ya Allah
Engkau tahu pengorbanan yang telah mereka lakukan Ya Tuhan,
Engkau redailah mereka
25 tahun dahulu Ya Allah,
Masih terdengar ditelinga kami sampai sekarang,
Kami yang telah berumurlebih empat puluhan ini
Ratap tangis dari anak-anak kami yang pada waktu itu
Berusia tidak lebih 12 tahun membacakan ucapan di hadapan kami
Di Padang Sultan Sulaiman Kelab Kampung Bharu,
Merayu dan menghara,agar bumi pusaka ini dipertahankan
Mereka bermohon Ya Allah,katanya
Ayuhai bapa-bapa kami sekelian,
Sementara kami besar,
Sementara kami remaja,
Sementara kami menjadi umat yang bertanggungjawab di atas negeri kami sendiri
Maka dengan hati yang suci murni,
Dengan menyusun jari yang sepuluh
Kami pohonkan,
Belalah hak kami sementara kami besar,
Pertahankanlah pusaka datuk nenek kami
Sementara kami menjadi umat yang bertanggungjawab atas negeri kami,
Carilah langkah yang baik,
Belalah nasib kami,
Pertahankanlah hak-hak kami,
Insya Allah waktu kami besar kelak,
Kani akan memperingati jasa-jasa bapa-bapa sekelian
Dalam lembaran tawarikh Melayu
Yang gilang gemilang
Ya Allah Engkau tahu semua ini,
Dan kami tidak akan lupa sejarah ini, 25 tahun dahulu,
Sewaktu barisan kami mula disusun.
Dengan izin mu Ya Allah
UMNO pertubuhan yang kami
Lahirkan ditengah harapan dan ratapan itu
Kini telah berusia suku abad lamanya
Mencorak mewarnakan perjuangan ini,
Melahirkan kemerdekaan,
Dan memenuhi amanah anak-anak kami,
Hari ini kami rayakan suku abad perjuangan kami itu.
Ya Allah,
Kami sedang memasuki peringkat baharu dalam perjuangan
Dengan pimpinan yang baharu
YAB.Tun Haji Abdul Razak dan Timbalannnya
YAB Tun Dr Ismail Al Haj,
Setelah pemimpin besar kami,Yang Teramat Mulia
Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj,
Menyerahkan amanah dan tanggungjawabnya kepada pemimpin baharu kami ini.
Ya Allah,
Engkau tahu perjuangan kami belum selesai,
Engkau tahu masih banyak,tugas yang harus kami penuhi
Dengan mata yang bersinar-sinar
Kami sanggup menghadapi zaman yang akan dating
Disamping kami tidak melupakan jasa orang-orang yang telah terdahulu.
Entah berapa nyawa yang telah terkorban,
Mempertahankan Negara dari ancaman musuh,
Entah berapa ribu mereka yang tidak diketahui
Namanya sedang berbaring dipusara untuk selama-lamanya
Entah berapa pemuda-pemuda kami yang telah gugur dalam peristiwa 13 Mei,
Mereka telah kembali kehadratmu
Ya Allah,
Tetapi…..
Harapan mereka,
Amanah mereka,
Perjuangan mereka,
Tidak akan kami sia-siakan
Akan kami sambung perjuangan ini,
Generasi demi generasi
Akan kami pikul tanggunjawab ini
Sehingga kami dipanggil pulang
Yang dahulu telah pergi
Kami yang hidup masih ada
Dan kami akan pergi pula,
Pemuda-pemuda kami,
Anak-anak kami
Akan menyambung perjuangan ini,
Rantai berantai,
Sepanjang zaman
Selagi matahari masih memancar,
Selagi bulan masih bersinar,
Untuk itu Ya Allah,
Kami bermusyawarah hari ini
Kami perkemas langkah kami,
Akan kami perkukuh mana yang gagah,
Akan kami ganti mana yang lapuk,
Akan kami sisip mana yang bocor
Agar Umno bertambah kuat
Agar semangatnya bertambah tinggi
Ya Allah Ya Rahman,
Darimu kami pohon hidayah dan pertunjuk
Kepada mu kami pohon dilahirkan pemimpin-pemimpin
Yang ikhlas dan jujur
Darimu kami pohon keredaan
Perkukuhkanlah persatuan kami,
Tinggikanlah semangat kami,
Berilah pimpinan dan bimbingan darimu
Untuk kami berjuang terus,memerangi kemiskinan dan kemelaratan kami,
Sehingga kami menjadi umat yang kuat dan disegani orang


Amin-Amin Ya Rabbal Alamin