peringatan

Kandungan Blog ini lebih kepada sejarah perjuangan orang Melayu dan isu-isu semasa........segala pandangan warisan ksl adalah pandangan peribadi sahaja......







Sunday, July 4, 2010

Adakah strategi PAS dengan bekerjasama dengan DAP akan memakan diri mereka sendiri

Mengapa PAS sanggup bersongkol dengan DAP yang berfahaman sosialis!

Berdasarkan perlembagaan Pas, tidak ada peruntukan bagi memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa Melayu. Ini bermakna bahawa tidak ada hak istimewa bangsa Melayu dan Bumiputera. Justeru, tidak ada lagi apa yang disebutkan pada hari ini sebagai Ketuanan Melayu.

Malahan dilaporkan sebuah akhbar (15 September 1985), Pas berjanji dengan masyarakat Tionghua Terengganu pada 14 September 1985 bahawa Pas akan menghapuskan Hak Istimewa orang Melayu jika mereka berkuasa.

Kalau dalam perlembagaan sebelum pindaan 1987 ada peruntukan untuk bangsa Melayu, misalnya dalam hal kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu dan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan Islam, dalam pindaan 1987 tidak ada lagi yang berhubung dengan Melayu.

Fasal 6 Perkara (11) melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan Pas ke dalam dan ke luar. Jelas dalam perkara tersebut tercatat bahawa Pas juga tunduk dan akur kepada Perlembagaan Malaysia.

Pas melalui Presidennya,Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan yang Pas bersedia memimpin negara dengan berpegang kukuh kepada prinsip “kontrak sosial” sekiranya mereka dapat mengambil alih tempat BN untuk memerintah negara. Beliau menegaskan pendirian itu berasaskan kepada “kontrak sosial” yang telah dipersetujui semasa negara ini merdeka bahawa kepimpinan kerajaan perlu diketuai oleh orang Melayu Islam.

Tambahnya, kepimpinan kerajaan juga perlu meneruskan prinsip-prinsip yang digunapakai sekarang iaitu bahasa Melayu dan Islam sebagai agama Rasmi. Tetapi tidak berani pula menyebut untuk menubuhkan Negara Islam Pas. Katanya, Pas akan terus mempertahankan kontrak sosial yang diasaskan semasa negara merdeka, Islam serta bahasa Melayu di samping masalah perpaduan rakyat pelbagai kaum mesti diselesaikan dengan adil dan bukan secara perkauman.

Pelik tapi benar. Sejak bila pula Presiden Pas itu pandai berbicara tentang kontrak sosial? Asas pembentukan negara ini berpaksikan kepada kontrak sosial seperti bahasa kebangsaan sebagai penyatu kaum-kaum di negara ini, hak-hak istimewa Melayu dan juga hak-hak politik, ekonomi dan sosial kaum bukan bumi dijamin oleh perlembagaan, serta kerjasama parti-parti politik antara kaum-kaum terbesar melalui gagasan BN serta adanya pengiktirafan terhadap DPK dan DEB oleh pelbagai kaum semasa pembentukannya dahulu. Tidakkah semuanya ini bercanggah dengan perlembagaan parti Pas yang dipinda oleh mereka sendiri?

Adakah kita telah lupa semasa kempen pilihanraya tahun 2004 yang lalu. Apakah yang dijanjikan oleh Pas yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada masa itu. Pas sedia memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan jika mereka berjaya memerintah dan membentuk sebuah negara Islam ala parti pembangkang jika menang di dalam pilihanraya umum 2004.

Menurutnya, ia bagi memastikan keadilan kepada semua pihak tanpa mengira keturunan, kaum dan jantina, sebaliknya mengutamakan amalan meritokrasi. Ia ( hak istimewa orang Melayu ) masih boleh dipakai tetapi apabila tiba masanya apabila orang Melayu boleh berdikari, maka pada masa itu tidak perlu lagi. Ianya merupakan usaha berterusan parti Pas untuk mendapatkan sokongan rakyat terutama bukan Islam pada pilihan raya umum pada masa itu. Ia memberi tumpuan khusus kepada kedudukan bukan Islam dalam konteks pelaksanaan negara Islam.

Mengapa pada kali ini nadanya berbeza. Kalau hendak berpegang kukuh pada kontrak sosial, mengapa hendak memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu. Mursyidul Am Pas,Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat pula ada mengatakan yang di dalam Islam tidak ada "hak istimewa sesuatu kaum".

Inilah sebenarnya perjuangan kabur Pas yang hanya pandai berkata-kata. Mereka begitu bijak menutupi segala kelemahan yang ada di samping sering menuding jari mencari kesalahan orang lain. Rakyat tidak seharusnya terus membiarkan diri terperangkap dengan helah politik Pas ini. Jika rakyat dari sekarang terus leka dan tidak berhati-hati ketuanan Melayu akan hancur dan agama Islam sukar dipertahankan.
Muktahir ini banyak isu yang membabitkan mengenai mengenai agama Islam PAS sanggup menjadi tunggangan DAP dengan tujuan mendapat sokongan daripada bukan Melayu untuk memenangi Pilihanraya.Kita tahu tujuannya PAS berbuat bergini adalah untuk strategi politik mereka dan kita juga tahu tujuan mereka adalah pada PRU 13 kelak mereka akan meletak seberapa ramai calon PAS dibanyak kawasan Melayu dan bukan Melayu.Tujuannya apabila PRU13 kelak di andaikan PR menang dan membentuk kerajaan.Manakala  PAS akan mendapat kerusi parlimen yang dimenangi lebih banyak dari  DAP dan PKR.Apabila ini berlaku PAS akan boleh membuat keputusan yang lebih besar dalam membuat Dasar kerajaan yang baru dibentuk kelak.PAS beranggapan bahawa DAP dan PKR adalah bodah dan boleh diperkotak katik kan...

Persoalannya adakah DAP dan PKR tidak tahu atau tidak sedar akan strategi yang di bawa oleh PAS ini?Sebenarnya mereka sedar akan perancangan dan strategi yang digunakan PAS tetapi mereka BUAT-BUAT TAK TAHU dan akan terus berpura-pura kerana mahukan kekuatan yang ada pada PAS dalam menarik pengundi Melayu.Percayalah jika ini berlaku pada PRU13 kelak...yang akan mendapat keuntungan besar adalah DAP.Sekarangpun kita sudah lihat dan ianya terbukti di Selangor di mana PAS dan PKR tidak mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan Dasar di Negeri Selangor.Semuanya di kawal oleh DAP....Ini baru kerajaan negeri Selangor.Bayangkanlah apabila PR dapat merampas Malaysia daripada Kerajaan Barisan Nasional pada PRU 13 kelak.Di manakah nasib orang Melayu kelak..
Kita takut strategi PAS ini akhirnya akan memakan diri sendiri dan khususnya kepada orang Melayu..Ketika itu tiada guna menangis air mata darah sekalipun..kalau negara kita akhirnya dipimpin oleh golongan cauvius-cauvius ini...
Berhati-hatilah tindakan kita pada hari ini akan memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju nasib bangsa kita pada masa hadapan.

No comments: