peringatan

Kandungan Blog ini lebih kepada sejarah perjuangan orang Melayu dan isu-isu semasa........segala pandangan warisan ksl adalah pandangan peribadi sahaja......







Saturday, August 7, 2010

Mari kita beramai-ramai ke sana...

SAHABAT-SAHABAT DAN  SEKELIAN RAKYAT SELANGOR!!! MARI KITA BERAMAI-RAMAI  MENYERTAI ROAD SHOW GELOMBANG SELAMATKAN SELANGOR DARUL EHSAN..IANYA SEMAKIN MENUJU PUNCAK!!!

AYUH!!! KITA HADIR BERSAMA-SAMA UNTUK MENZAHIRKAN PERJUANGAN KERAMAT MENENTANG PAKATAN HARAM..YANG CUBA MENJUAL NEGERI SELANGOR INI...

PAKATAN HARAM INI HARUS DISINGKIR DARI NEGERI SELANGOR...
BANGUNLAH WAHAI RAKYAT SELANGOR..CUKUPLAH KITA SUDAH DITIPU BANYAK KALI...

KITA HARUS MENENTANG USAHA-USAHA JAHAT YANG CUBA DILAKSANAKAN OLEH PAKATAN HARAM DI SELANGOR SEPERTI GAMBAR DI BAWAH:sila klik  http://gerakantimur.blogspot.com/


MARI KITA SERANG MEREKA YANG MEMPERGUNAKAN AGAMA UNTUK KEPENTINGAN POLITIK SEMPIT MEREKA INI...

Wednesday, July 14, 2010

Siapakah Malcom Hoenlien

Antara orang pertama yang Anwar mengadap jumpa di New York pada Jun 21hb 3:00 pm adalah Malcolm Hoenlein.

Siapakah Malcolm Hoenlein? Warisan ksl memetik dan mengolah satu kompilasi yang telah dibuat oleh blog Emang Da Galileo mengenai Hoenlein.

Peranan dan tugas Hoenlein di Amerika adalah berikut:
1. Timbalan Ketua Eksekutif Persidangan Presiden Pertubuhan Utama Yahudi-Amerika.
2. Pengarah Eksekutif The Greater New York Persidangan Soviet Yahudi dan Dewan Hubungan Komuniti Yahudi di New York.
3. Pengkoordinator peranan Yahudi Zionis di Amerika
4. Pakar Timur Tengah di Foreign Policy Research Institute (FPRI)
5. Pengatur Nasional Rally besar bagi Israel di Washington.
6. Ketua Suara Amerika di Israel
7. Pengerusi bersama Sharing for Life untuk orang Yahudi di New York
8. Naib Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Persidangan Presiden Pertubuhan Utama Yahudi-Amerika.
9. Bertanggungjawab mengkoordinasi badan-badan NGO Yahudi sejak tahun 1968.
10. Pakar strategi Timur tengah. Antara peranannya, berjaya menjadikan Turki, Bahrain, Mesir, Jordan, Rusia, dan Uzbekistan sebagai rakan Israel.

Conference of Presidents of Major American Jewish Organizations yang diselia dan dipegang oleh Hoenlein dianggotai oleh badan-badan Yahudi seperti berikut:
1. American Jewish Committee
2. American Jewish Congress
3. Religious Zionists of America
4. Zionist Organization of America
5. B'nai B'rith International
6. Bnai Zion
Binai B'rith International adalah persatuan Yahudi sedunia yang bersuara dan menentang label Anti-Semetik. Pertemuan dengan Malcolm Hoenlien, mentor Binai B'rith International mempunyai kaitan kuat dengan kecaman Anwar terhadap APCO Worldwide dan Zionisme.

Secara kesimpulan, Hoenlien adalah power broker dan perangka pergerakan Yahudi Zionis utama di Amerika Syarikat dan seluruh dunia amnya.

Hoenlein menuntut BA dari Temple University dan Ph.D dari University of Pennsylvania. Temple University merupakan University yang pernah menimbulkan dan mencanangkan idea Pluralisme.

Falsafah ini adalah alat untuk menghancurkan agama Islam dan Kristian. Ia mengatakan semua agama adalah sama dan demikian satu-satu ugama tidak boleh mengata agama lain salah ataupun benar, semuanya sama kerana semuanya dari Tuhan.

Inilah jarum halus falsafah Pluralisme yang terkandung di dalam penyebaran kempen demokrasi antarabangsa ala-Amerika ke seluruh dunia. Pluralisme berkait rapat dengan Demokrasi yang diwar-warkan Amerika dalam agenda globalisasi mereka.

Itu yang semasa "Apology Tour", Anwar berforum di Woodrow Wilson Centre di Pennsylvania, Washington dalam tajuk "Islam & Democracy In South East Asia" sebagai salah satu cara mengembalikan peranannya sebagai Tool CIA.
Persoalanya kini adalah :
1. Kenapa Anwar boleh bermesyuarat dengan tokoh Yahudi yang paling penting iaitu Malcolm Hoenlein ini?
2. Apakah topik perbincangan mereka? Apakah tentang Islam?
3. Kenapa Anwar sanggup berlutut meminta maaf kepada mereka?
4. Kenapa Anwar sanggup berlutut dan menemui tokoh Yahudi yang paling kental menentang polisi kerajaan Iran terhadap bumi Israel?
5. Kenapa jadual pertama Anwar adalah bertemu dengan Malcoim Hoenlien?
6. Malcolm Hoenlein adalah orang yang paling benci dengan President Iran Mahmoud Ahmadinejad kerana tindakannya yang selalu mempromosikan anti-Semitik. Apakah ini bukan proses meminta maaf dan meminta peluang sekali lagi daripada Malcolm Hoenlein? Bukankah Anwar ada mengaitkan nama Ahmadinejd dalam proses memohon maaf ini?
7. Apakah dengan adanya Anwar ini, Malaysia akan jadi seperti Turki, Bahrain, Mesir, Jordan, Rusia, dan Uzbekistan sebagai rakan kepada Israel?
8. Inikah yang dikatakan oleh Anwar untuk membela Islam? Apa tenaga dan pengaruh mahupun suara Anwar yang boleh dan mampu menggugat pemikiran Malcolm Hoenlein ini? Pemikiran yang telah menjadikan negara arab membisu dalam peningkatan senjata dan jihad Islam?
9. Anwar sekali lagi mengakui bahawa beliau pergi untuk membela rakyat Palestine. Bela rakyat Palestine? Malcolm Heinlein adalah tokoh yang paling kuat menentang perjuangan Palestin. Tokoh inilah yang paling kuat menyokong tertubuhnya negara Israel dan pembentukan Israel raya suatu masa nanti!
10. Bukankah ayat Al-Quran terang-terang menyatakan bahawa agenda Yahudi adalah selama-lamanya akan merosakkan Islam. Jadi, Kenapa bermesyuarat dengan tokoh penting ini?
Yang ini Anwar kena jawab....

Wednesday, July 7, 2010

Memenangi hati rakyat

Dalam membicarakan Pilihanraya Umno yang ke 13 nanti berbagai manifesto mula kita kedengaran yang di buat oleh UMNO khususnya UMNO Selangor.Manifesto"Misi Tawan Selangor" mula menjadi agenda rasmi dalam memastikan Selangor kembali ke tangan Kerajaan Barisan Nasional.Di sini warisan ksal terpanggil dalam memberikan pendapat dan UMNO Selangor mesti memberikan tumpuan khusus terhadap beberapa perkara pokok yang mesti dapat dilihat dilaksanakan jika BN mahu kembali memerintah termasuk memenangi Pilihanraya Umum yang ke 13 kelak.

Pertama, pemimpin mesti dapat dilihat latar belakang dan akhlaknya baik. Kebaikannya itu bermula dengan dia berjaya menjaga diri sendiri dengan imej bersih serta keluarganya, bertunjangkan keikhlasan. Warisan ksl memetik kata-kata ahli falsafah Cina, Konfucius yang berbunyi :


"if you want to rule the state, first put your house in order, to put your house in order, first cultivate yourself morally, to cultivate yourself morally, first put your heart right, to put your heart right, you must be sincere. "

Pemimpin mesti dapat dilihat berakhlak sedemikian, tidak kira sama ada mereka Islam atau tidak. Mereka mesti menjadi contoh yang terbaik kepada rakyat bagi membolehkan mereka dipilih oleh rakyat. Sesungguhnya, tanggungjawab memimpin teramat berat, bukan sekadar main-main atau ingin mencuba nasib. Ada perhitungan dunia dan akhirat. Menjadi pemimpin bukanlah tiket untuk membuncitkan perut atau mengumpul harta. Kekayaan negara mesti digunakan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

Pemimpin mesti ada rasa malu untuk memimpin jika mereka mempunyai masalah peribadi dan masalah keluarga, kerana kehadiran mereka tidak perlukan, malah merosakkan agama, bangsa dan negara. Sikap menerima keburukan dan berusaha untuk menutupnya, hanya akan mengundang kehancuran. Ingatlah kita boleh menutup kemarahan manusia, tetapi kita tidak dapat menutup kemurkaan Allah SWT. Kadangkalawarisan ksl bimbang jika bala turun disebabkan oleh perbuatan kita, adakah orang baik yang tidak bersalah akan terselamat! Apa yang warisan ksl tahu, bila bala turun, semuanya akan terpalit, walaupun orang tidak bersalah itu tidak melakukan kejahatan tersebut. Justeru, fikirkanlah secara mendalam sebelum berjahat dan menjadi penjahat.

Kata-kata dahulu kala seperti ‘jika BN letak songkok sekalipun akan menang pilihan raya’ tidak dapat diterima pakai lagi. Songkok hari ini bukan hanya akan tidak di pakai, malah dicampak rakyat entah ke mana. Justeru, pemimpin mesti mempunyai integriti yang amat tinggi. Menjadi role model kepada rakyat, terutama golongan muda yang sentiasa melihat pemimpin sebagai contoh teladan.Ibarat kata-kata Saudara Khairi Jamaludin pengundi muda mengundi bukan berdasarkan parti tetapi mereka melihat faktor calon dalam memberi pengundian Jika pemimpin terlibat dalam masalah moral bagaimanakah kita hendak mengatakan kepada rakyat supaya menjauhi perkara terkutuk itu kerana cakap sudah tidak serupa bikin.
Pendek kata, sebagai pemimpin mereka mesti dapat mengalir manfaatnya kepada manusia. Seperti kata Pendeta Za’ba, "hidup ini mesti melakukan kebajikan dengan berjasa kepada orang."Setiap pembangunan yang dilaksanakan atau dasar baru yang dilaksanakan haruslah semua rakyat tidak kira agama,bangsa atau etnik sama-sama dapat menikmatinya.

Kedua, pemimpin-pemimpin parti-parti komponen BN janganlah bertindak mendesak dan menggugut UMNO ketika parti Melayu ini berada dalam keadaan lemah akibat perpecahan orang Melayu. Secara umumnya, semua rakyat Malaysia sudah dapat apa yang sepatutnya mereka dapat (basic need). Cuma apa yang berlaku hari ini, kita mahu menambah apa yang telah kita dapat. Pada hemat saya, buat sementara ini, lupakanlah tindakan mendesak buat sementara waktu. Sebaik-baiknya berikanlah sokongan kepada UMNO untuk bangkit kembali menjadi sebuah parti Melayu yang kuat dengan penuh integriti. Sokonglah UMNO selagi mana ia berada di landasan yang betul. Perbetulkannya, jika ia mula melencong daripada landasan.Yang warisan ksl dapat lihat akibat perpecahan sokongan Orang Melayu terhadap UMNO pada PRU 12 dahulu terlalu ramai orang kadang-kadang yang sinisnya  sesetengah ahli umno dan juga segelintir pemimpin-pemimpin dari parti komponen mula banyak mengkritik antara satu sama lain.Haruslah diingat mengkritik,menasihat dan menegur adalah setiap satu patah perkataan tersebut memberi maksud yang berbeza sama sekali.Teguran dan menasihati adalah baik jika ianya bertujuan untuk penambahbaikan dan mengkritik pula dengan tujuan untuk menjatuhkan seseorang adalah satu tindakan yang tidak baik sama sekali.

Parti-parti komponen BN hendaklah mengumpulkan kekuatan dan mengatur strategi untuk menghadapi pilihan raya akan datang dan bukannya mengambil kesempatan ketika orang lain ditimpa musibah atau tidak berupaya. Memang tidak dapat dinafikan inilah peluang keemasan dan kesempatan yang perlu dipergunakan dengan menuntut itu dan ini, tetapi saya ingatkan belajarlah memahami psiki orang Melayu. Melayu jarang meluahkan kemarahannya di khalayak, tetapi mereka mudah memendam rasa. Menyimpan sesuatu yang terbuku di hati, kemudian diterjemahkan dalam bentuk sukar dikawal. Inilah yang paling saya bimbang sekian lama memahami bangsa ini.

Ketiga, mengikhtiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu atau Malay Polity. Kemajmukan masyarakat di negara ini tidak berlaku secara semulajadi. Negara ini bermula dengan satu bangsa iaitu bangsa Melayu, dengan tidak menafikan orang asli. Hakikat ini mesti diterima oleh semua manusia di dunia ini. Tidak ada negara dalam dunia ini bermula dengan berbilang kaum. Ia bermula dengan satu kaum yang menduduki sesuatu kawasan atau negara. Nama kaum itu akan menjadi nama sesebuah negara negara.

Lanjutan daripada itu, slogan Ketuanan Melayu jangan pula dilihat sebagai melambangkan Melayu itu tuan, manakala bukan Melayu itu hamba. Laungan ketuanan Melayu hanya sekadar untuk mengingatkan sahaja bahawa negara ini berakarkan kepada sistem kenegaraan Melayu. Jika orang bukan Melayu itu hamba, sudah tentu kita akan merempat di bumi ini. Tetapi adakah ianya berlaku sedemikian rupa? Siapakah tuan, siapakah hamba sebenarnya? Jika orang Melayu tuan, warisan ksl tidak fikir hanya 8 orang sahaja yang tersenarai daripada 40 orang terkaya di negara kita.Wal hal kita dapat lihat di Malaysia Gedung-gedung,bangunan-bangunan,rumah kedai dan banyak jenis perniagaan di miliki oleh kaum bukan Melayu.Justeru, tidak perlulah lagi isu sebegini dimanipulasikan. 

Fahamilah konsep keadilan dalam Islam. Keadilan itu bukannya sama rata dan sama rasa, tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya. Islam boleh memberikan keadilan, tetapi Islam tidak dapat memberikan sama rata dan sama rasa, sebab agama Islam itu sendiri tidak boleh disamakan dengan agama lain. Tetapi Islam memberikan jaminan keadilan. Dengan sebab itu, kita lihat orang bukan Islam boleh membina empayar kekayaan dan hidup aman damai di bumi Islam, tetapi belum tentu orang Islam boleh merasai perkara yang sama di bumi bukan Islam. Lagi pula orang Islam jarang cemburu dengan kekayaan yang dimiliki oleh bukan Melayu.

Justeru, tindakan mengungkit-ngungkit hak-hak istimewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam perkara 153 hanya kemarahan orang Melayu. Sedangkan kita tahu bahawa hak-hak tersebut tidak langsung menyekat orang bukan Melayu untuk terus berjaya. Malah apa yang kita lihat, bukan Melayu semakin berjaya, manakala kejayaan Melayu dan bumiputera masih menjadi tanda tanya. Adakah sebenarnya mereka benar-benar berjaya?Rasa-rasanya sudah 53 tahun kita merdeka orang Melayu dikira dari segi penguasaan bidang ekonomi adalah kebelakang berbanding dengan orang Melayu.

Keempat  imej seorang pemimpin BN mesti bersih dan bebas daripada rasuah. Memberi dan menerima rasuah, kedua-dua masuk neraka. Rasuah adalah perbuatan yang dapat dilihat dan masyarakat kita mula jijik dengannya. Rasuah adalah amat bahaya kepada agama, bangsa dan negara, tidak ada kompromi dalam isu ini. Pemimpin yang hendak mewakili rakyat mesti menjauhkan diri daripada perbuatan ini. Sama ada mereka mahu menjadi pemimpin cawangan atau bahagian sehinggalah ke peringkat negeri dan pusat, pemimpin yang jelas terlibat dalam rasuah dan politik hendaklah ditolak untuk cuba diketengahkan atau bertanding.

Kelima, mencari persamaan dalam kehidupan beragama, bersatu atas kebaikan dan menolak kemungkaran. Tidak ada agama yang menerima keburukan. Semuanya menganjurkan kebaikan. Maka nilai kebersamaan itu mesti dicari. Misalnya, seks bebas, pergaulan bebas, berzina, hiburan melampau, minum arak, judi dan sebagainya. Tidak ada satupun agama yang membenarkan perbuatan terkutuk ini. Justeru, tidak timbul soal untuk berhujah mempertahankan bahawa ianya adalah hak asasi manusia. Bila mana hak asasi manusia tertembung dengan hak Pencipta, maka hak Pencipta mesti diutamakan untuk mengelakkan mudarat yang lebih besar.

Keenam, menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan seperti yang termaktub dalam perlembagaan yang menjadi anutan orang Melayu. Perlu diingatkan bahawa orang Islam tidak pernah campurtangan dalam hal ehwal atau urusan bukan Islam. Justeru, sudah sampai masanya orang bukan Islam tidak mengeluarkan kenyataan yang menyinggung hati dan perasaan orang Islam.

Warisan ksl dapat melihat kerajaan hari ini sudah mula cenderung kearah penambah baikan sistem ekonomi islan dan perundangan Islam.Semakin cenderung UMNO kepada Islam, semakin ia mendapat sokongan, kerana agama tidak pernah menipu manusia. Tuhan tidak pernah menipu manusia, melainkan manusia yang selalu menipu Tuhan. Yakinlah.
Secara peribadi warisan ksl memuji sejak PRU 12 dahulu kerajaan BN yang di pimpin Dato Seri Najib Tun Razak banyak memperbaiki kelemahan yang berlaku.Dalam tempoh 2 tahun banyak penambahbaikan yang di buat.Inilah peranan wakil-wakil rakyat BN,UMNO Pusat,UMNO  Negeri dan bersama Semua Kepimpinan Parti Komponen   berganding bahu dengan pemimpin akar umbi dalam menjayakan hasrat Gagasan 1 Malaysia.Setiap program yang di jalankan hendalah ada impact atau kesan yang mendalam terhadap jiwa rakyat.Yang paling penting setiap pemimpin dan ahli mempunyai "personel touch" dalam menghampiri pengundi-pengundi supaya mereka sentiasa merasakan mereka dihargai dan diambil berat oleh Kerajaan.
Kalu semua ini di titik beratkan Insya Allah Selangor berada dalam genggaman Kerajaan Barisan Nasional.Percayalah.....

Tuesday, July 6, 2010

lupakan sengketa demi perpaduan UMNO


Petikan blog brother jinggo:
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin menyarankan agar Pemuda perlu berada di barisan depan untuk menjelaskan kepada rakyat isu-isu semasa dengan terperinci agar mereka mendapat maklumat dengan tepat dan betul.

Melihat serangan berbentuk fitnah yang tidak berasas daripada pihak lawan terutama di peringkat bawah perlu diberi tumpuan penting supaya rakyat tidak terkeliru dengan pelbagai fitnah berkenaan yang hebat menular sejak akhir-akhir ini.

Sebagai contoh kita dapat lihat bagaimana Felda difitnah dengan begitu dahsyat. Kenyataan yang dilontarkan kepada agensi berkenaan langsung tidak berasas.

Begitu juga dengan isu-isu lain yang berlegar di kedai-kedai kopi dan sebagainya.

Justeru adalah menjadi tugas pemuda di peringkat cawangan untuk menyatakan perkara yang hakiki kerana pembangkang hari ini dilihat mula agresif menyerang Umno/BN dalam usaha menghadapi pilihan raya umum nanti.

Pemuda Barisan Nasional (BN) harus menyerang parti-parti pembangkang terutama di negeri yang dikuasai mereka hari ini.

Dalam bola sepak pun, kalau kita nak gol, kita perlu melakukan serangan dan inilah yang perlu kita buat.

Disamping kita bertahan dengan memberi penjelasan sebaik mungkin, kita juga perlu menyerang pihak lawan.

Kalau kita asyik bertahan, sampai bila… Waktu sekarang adalah waktu terbaik menyerang pihak lawan kerana waktu pilihan raya semakin hampir dan kita tidak tahu bila akan diadakan pilihan raya umum ke-13.

Khairy juga menyeru agar ahli pergerakan itu mengutamakan kualiti dan bukannya kuantiti.

Pemimimpin silih berganti, namun apa yang penting adalah untuk mencari seseorang pemimpin yang benar-benar berbakat serta berwibawa dalam usaha meneruskan kesinambungan kecemerlangan pergerakan itu sebagai sayap parti.

Begitu juga dalam soal penambahan bilangan daftar pemilih muda. Kita bukan sahaja perlu kenalpasti ahli-ahli kita, malah golongan muda yang lain.

Cari seberapa ramai mungkin mereka yang layak untuk pastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menebus balik tsunami politik pilihan raya umum lalu.

Melihat, “trend” pengundi muda hari ini melihat kepada calon dan bukannya kepada parti.

Beliau sendiri telah membuat “survey” yang mana apabila kita tanya kepada mereka yang berumur apa parti yang mereka akan undi, mereka cakap akan pangkah dacing… Namun jika soalan yang sama ditanya kepada pengundi muda, mereka akan jawab tengok dulu… Kita tengok calon.

Sebab itulah pentingnya pemimpin muda hari ini untuk mendekati dengan lebih dekat golongan belia selain mereka perlu diberikan ruang yang sewajarnya agar golongan muda merasakan mereka diiktiraf.

Bagi pendapat warisan ksl memang betul dan ada kebenaran artikel yang di siarkan oleh Bro jinngo ini keranakita lihat pemuda UMNO sekarang ni semakin longlai dan macam tidak bersemangat dan tiada satu isu pun sejak akhir-akhir ini pemuda UMNO dapat menjadi juara yang dapat dilihat sekarang ini perselisihan dan pertikaian diantara satu sama lain baik di peringkat cawangan,bahagian,negeri mahupun pusat.Nampak dilihat Saudara KJ berseorangan dalam menangani sesuatu Isu.Isu pertikaman lidah diantara saudara KJ dengan Ibrahim Ali.Dapat dilihat tiada satu exco pun yang mempertahankan KJ.Sedangkan sepatutnya semua ahli exco semua peringkat mempertahankan kenyataan yang di buat oleh KJ dengan memberikan fakta-fakta yang tepat kenapa saudara KJ berkata demikian.Tapi malangnya perkara tersebut tidak berlaku.
Bagi pendapat warisan ksl selesaikan dahulu perselisihan dalam antara kalangan pemuda di semua peringkat,satukan mereka semua dan selalu turun padang ke seluruh kawasan pemuda bahagian.Beri penerangaan yang tepat seru mereka bersatu ibarat kata-kata Dato Seri Najib Tun Razak "Selesaikan perselisihan melalui permuafakatan".

Kepada semua ahli pemuda semua peringkat jawatan sudah-sudahlah berselisih faham.Buat kerja demi Parti.Yang penting kembalikan sokongan pengundi Muda.Tak guna pengundi muda mendaftar dengan ramai sebagai pemilih tetapi akhirnya mereka mengundi pembangkang.Wahai Pemuda UMNO jangan terperangkap dengan dakyah dan strategi yang di buat oleh pembangkang yang sentiasa memburukkan Saudara KJ KERANA ITU YANG PEMBANGKANG MAHUKAN supaya pemuda umno berpecah belah dan memberi pandangan negatif daripada ahli pemuda akar umbi dan juga orang-orang muda.

Pemilihan UMNO telah pun lama berlalu lupakan perselisihan.buat kerja dan yang paling penting kembalikan semangat ruh pemuda UMNO seperti yang di bawa oleh pemimpin-peminmpin pemuda dahulu seperti Datuk Harun dan ramai lagi.

Pemilihan UMNO akan datang barulah buat keputusan sama ada hendak kekalkan KJ atau tidak..Kurangkan bermain politik sesama sendiri.
"Sekarang tiba masa pemuda UMNO menyokong Saudara KJ dalam mempertababtkan kemabali Pemuda UMNO di mata masyarakat"



Monday, July 5, 2010

Di sebalik kemelut pembinaan projek Istana Negara



Sekarang ini projek pembinaan Istana Negara Di Jalan Duta telah mula dijadikan isu politik baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang.Isu yang kedengaran adalah kontraktor tidak membayar gaji dan tidak menjaga kebajikan pekerja kontrak yang bekerja di tapak Projek Istana Negara.Persoalannya adakah tuduhan ini benar atau tidak.

Melalui sumber-sumber yang warisan dapati bahawasanya Kontraktor utama Maya Maju Sdn Bhd telah melantik ramai sub-kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan di sana.Maklumat yang diterima bahawasanya Maya Maju sememangnya membayar mengikut masa yang ditetapkan kepada sub-kontraktor.Persoalannya di sni adalah isu tidak membayar gaji pekerja bukan kepada Maya Maju tetapi di atas segelintir sub-kontraktor.Cerita ini bukan baru sebenarnya dari tahun lepas lagi.kerana itulah Maya Maju telah menyingkirkan sub kontraktor yang telah melanggar syarat.

Sub kontraktor yang membuat kenyataan akhbar baru-baru ini M Con yang menafikan gaji mereka tidak di bayar..Maklumat yang diperolehi juga M Con sememangnya membayar gaji pekerja dan sentiasa menjaga kebajikan pekerjanya.Tetapi masalahnya adalah pada Sub-kontraktor lain yang dilantik untuk melaksanakan kerja tersebut.

Sub Kontraktor yang bermasalah daripada maklumat yang diperolehi adalah Sparkath Technologi Sdn Bhd.Sparkath Technology tidak seperti M Con Sdn Bhd sebenarnya mereka tidak mempunyai ramai pekerja di bawah syarikat mereka.Di sebabkan mereka mendapat tawaran mengikat bata,plaster,membina lintor,stefner.Kerja tersebut memerlukan pekerja yang ramai akhirnya Sparkath melantik pula individu dan syarikat dengan menawarkan pada harga tertentu untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut.Dikira sub atas sub.Di snilah kemelut itu bermula.

Maklumat yang diperolehi salah satu syarikat yang dilantik oleh Sparkath Technology Sdn Bhd adalah Glory Must Holding Sdn Bhd,RK Enterprise,Panorama dan ramai lagi.Di sinilah kegagalan Technology Sdn Bhd tidak membayar kepada sub kontraktor seperti apa yang ditawarkan dalam tawaran arahan kerja yang mana akhirnya sub kontraktor tersebut mengalami kerugian.

Kita memohon supaya pihak bertanggung jawab tidak menyiasat Kontraktor Utama iaitu Maya Maju kerana mereka telah melaksana tanggungjawab mereka dengan baik sekali0016.Yang patut disiasat adalah sub kontraktor seperti Technology Sdn Bhd.Maklumat yang diterima adalah biasanya kekocohan dan ketidakpuasan hati akan berlaku ketika pembayaran dibuat oleh Sparkath Technology Sdn Bhd.Kebanyakan sub kontraktor tersebut ramai yang telah menarik diri.Kisah sebenar yang berlaku tidak dapat dipastikan kesahihannya kecuali berjumpa dengan sub-sub kontraktor yang pernah bekerja di bawah Sparkath Technology Sdn Bhd.

Di sini isu yang sebenarnya adalah kerajaan telah memainkan peranan yang sangat baik dan kontraktor utama iaitu Maya Maju telah membuat pembayaran atas kerja-kerja yang dilakukan oleh sub-sub kontraktor dengan amat baik sekali.Yang tidak bagusnya adalah apabila ada sub kontraktor melantik sub kontraktor di bawah mereka untuk melaksanakan kerja.

Maklumat yang diterima Maya Maju juga telah berjanji untuk menyelesaikan masalah diantara sub kontraktor di bawah sub kontraktor yang di lantik oleh Maya Maju dengan membuat pembayaran terus kepada sub kontraktor terbabit.Tidak melalui lagi Sparkath

Sunday, July 4, 2010

Adakah strategi PAS dengan bekerjasama dengan DAP akan memakan diri mereka sendiri

Mengapa PAS sanggup bersongkol dengan DAP yang berfahaman sosialis!

Berdasarkan perlembagaan Pas, tidak ada peruntukan bagi memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa Melayu. Ini bermakna bahawa tidak ada hak istimewa bangsa Melayu dan Bumiputera. Justeru, tidak ada lagi apa yang disebutkan pada hari ini sebagai Ketuanan Melayu.

Malahan dilaporkan sebuah akhbar (15 September 1985), Pas berjanji dengan masyarakat Tionghua Terengganu pada 14 September 1985 bahawa Pas akan menghapuskan Hak Istimewa orang Melayu jika mereka berkuasa.

Kalau dalam perlembagaan sebelum pindaan 1987 ada peruntukan untuk bangsa Melayu, misalnya dalam hal kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu dan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan Islam, dalam pindaan 1987 tidak ada lagi yang berhubung dengan Melayu.

Fasal 6 Perkara (11) melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan Pas ke dalam dan ke luar. Jelas dalam perkara tersebut tercatat bahawa Pas juga tunduk dan akur kepada Perlembagaan Malaysia.

Pas melalui Presidennya,Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan yang Pas bersedia memimpin negara dengan berpegang kukuh kepada prinsip “kontrak sosial” sekiranya mereka dapat mengambil alih tempat BN untuk memerintah negara. Beliau menegaskan pendirian itu berasaskan kepada “kontrak sosial” yang telah dipersetujui semasa negara ini merdeka bahawa kepimpinan kerajaan perlu diketuai oleh orang Melayu Islam.

Tambahnya, kepimpinan kerajaan juga perlu meneruskan prinsip-prinsip yang digunapakai sekarang iaitu bahasa Melayu dan Islam sebagai agama Rasmi. Tetapi tidak berani pula menyebut untuk menubuhkan Negara Islam Pas. Katanya, Pas akan terus mempertahankan kontrak sosial yang diasaskan semasa negara merdeka, Islam serta bahasa Melayu di samping masalah perpaduan rakyat pelbagai kaum mesti diselesaikan dengan adil dan bukan secara perkauman.

Pelik tapi benar. Sejak bila pula Presiden Pas itu pandai berbicara tentang kontrak sosial? Asas pembentukan negara ini berpaksikan kepada kontrak sosial seperti bahasa kebangsaan sebagai penyatu kaum-kaum di negara ini, hak-hak istimewa Melayu dan juga hak-hak politik, ekonomi dan sosial kaum bukan bumi dijamin oleh perlembagaan, serta kerjasama parti-parti politik antara kaum-kaum terbesar melalui gagasan BN serta adanya pengiktirafan terhadap DPK dan DEB oleh pelbagai kaum semasa pembentukannya dahulu. Tidakkah semuanya ini bercanggah dengan perlembagaan parti Pas yang dipinda oleh mereka sendiri?

Adakah kita telah lupa semasa kempen pilihanraya tahun 2004 yang lalu. Apakah yang dijanjikan oleh Pas yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada masa itu. Pas sedia memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan jika mereka berjaya memerintah dan membentuk sebuah negara Islam ala parti pembangkang jika menang di dalam pilihanraya umum 2004.

Menurutnya, ia bagi memastikan keadilan kepada semua pihak tanpa mengira keturunan, kaum dan jantina, sebaliknya mengutamakan amalan meritokrasi. Ia ( hak istimewa orang Melayu ) masih boleh dipakai tetapi apabila tiba masanya apabila orang Melayu boleh berdikari, maka pada masa itu tidak perlu lagi. Ianya merupakan usaha berterusan parti Pas untuk mendapatkan sokongan rakyat terutama bukan Islam pada pilihan raya umum pada masa itu. Ia memberi tumpuan khusus kepada kedudukan bukan Islam dalam konteks pelaksanaan negara Islam.

Mengapa pada kali ini nadanya berbeza. Kalau hendak berpegang kukuh pada kontrak sosial, mengapa hendak memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu. Mursyidul Am Pas,Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat pula ada mengatakan yang di dalam Islam tidak ada "hak istimewa sesuatu kaum".

Inilah sebenarnya perjuangan kabur Pas yang hanya pandai berkata-kata. Mereka begitu bijak menutupi segala kelemahan yang ada di samping sering menuding jari mencari kesalahan orang lain. Rakyat tidak seharusnya terus membiarkan diri terperangkap dengan helah politik Pas ini. Jika rakyat dari sekarang terus leka dan tidak berhati-hati ketuanan Melayu akan hancur dan agama Islam sukar dipertahankan.
Muktahir ini banyak isu yang membabitkan mengenai mengenai agama Islam PAS sanggup menjadi tunggangan DAP dengan tujuan mendapat sokongan daripada bukan Melayu untuk memenangi Pilihanraya.Kita tahu tujuannya PAS berbuat bergini adalah untuk strategi politik mereka dan kita juga tahu tujuan mereka adalah pada PRU 13 kelak mereka akan meletak seberapa ramai calon PAS dibanyak kawasan Melayu dan bukan Melayu.Tujuannya apabila PRU13 kelak di andaikan PR menang dan membentuk kerajaan.Manakala  PAS akan mendapat kerusi parlimen yang dimenangi lebih banyak dari  DAP dan PKR.Apabila ini berlaku PAS akan boleh membuat keputusan yang lebih besar dalam membuat Dasar kerajaan yang baru dibentuk kelak.PAS beranggapan bahawa DAP dan PKR adalah bodah dan boleh diperkotak katik kan...

Persoalannya adakah DAP dan PKR tidak tahu atau tidak sedar akan strategi yang di bawa oleh PAS ini?Sebenarnya mereka sedar akan perancangan dan strategi yang digunakan PAS tetapi mereka BUAT-BUAT TAK TAHU dan akan terus berpura-pura kerana mahukan kekuatan yang ada pada PAS dalam menarik pengundi Melayu.Percayalah jika ini berlaku pada PRU13 kelak...yang akan mendapat keuntungan besar adalah DAP.Sekarangpun kita sudah lihat dan ianya terbukti di Selangor di mana PAS dan PKR tidak mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan Dasar di Negeri Selangor.Semuanya di kawal oleh DAP....Ini baru kerajaan negeri Selangor.Bayangkanlah apabila PR dapat merampas Malaysia daripada Kerajaan Barisan Nasional pada PRU 13 kelak.Di manakah nasib orang Melayu kelak..
Kita takut strategi PAS ini akhirnya akan memakan diri sendiri dan khususnya kepada orang Melayu..Ketika itu tiada guna menangis air mata darah sekalipun..kalau negara kita akhirnya dipimpin oleh golongan cauvius-cauvius ini...
Berhati-hatilah tindakan kita pada hari ini akan memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju nasib bangsa kita pada masa hadapan.

Wednesday, April 21, 2010

Janji tinggal janji.....................


















Wahai Anwar Ibrahim,Khalid Ibrahim dan Zaid Ibrahim sebelum kalian mengeluarkan janji-janji baru di hulu selangor.Tunaikan janji-janji pilihanraya umum yang ke 12 dahulu.Banyak janji yang telah korang buat tak tunai.Tunaikan janji lama dulu.Tu la ingat senang ke nak tadbir negeri.Kalau rasa tak mampu jangan berjanji yang tidak-tidak.Kan dah susah macam cacing kepanasan kena simbah dengan air panas.Tak payah create isu yang tidak-tidak.jangan tabur fitnah kat orang,jangan lagi putar belit fakta.Yang penting tunai janji dahulu terlebih dahulu.

Ni aku senaraikan janji lepas yang masih tertunggak dekat negeri selangor.



















1.Memberi bantuan RM75 SEBULAN  bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri
2.memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra sekolah
3.memberi bantuan kewangan kepada anank-anak muda untuk mendirikan rumah tangga
4.membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia
5.memberi elaun ibu tunggal yang layak
 6.memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka
7.membantu setiap rakyat selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri
8.menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 tahun ke atas
9.galakan kepada belia dan wanita muda berniaga-sewa minimum/membayar  air dan  elektrik  dua tahun pertama
10.mengurangkan cukai pintu kediaman 20% dan cukai premis komersial 10 %
11.menggantikan sistem rukun tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan 

KALAU RASA-RASANYA KORANG TAK BOLEH TUNAIKAN SEMUA JANJI DI ATAS LEBIH KORANG TARIK DIRI DARIPADA BERTANDING DI HULU SELANGOR.....KALAU TIDAK MALU BESAR KORANG NANTI...........................................

Thursday, April 15, 2010

Rupa-rupanya dia..........................




Ketua Penerangan MIC P. Kamalanathan dipilih mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Command BN di Bukit Sentosa pada 5.05 petang ini.

Muhyiddin berkata Kamalanathan dipilih oleh oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas perbincangan dengan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.Penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu akan berlangsung Sabtu ini di Kuala Kubu Baharu manakala pengundian ialah pada 25 April.

Syabas di ucapkan kepada Calon BN Kamalanathan

Petang tadi warisan ksl ada pergi ke sana ketika pengumuman di buat oleh Tan Sri Mahyuddin Yasin.Pada mulanya warisan ksl terkejut kerana calon yang ditonjolkan tidak menepati ramalan warisan ksl.Aku mula fikir apa kelebihan calon ini....

Bila sahaja aku lihat dia berucap di hadapan khalayak ramai maka aku yakin beliau boleh membuat kejutan besar di dalam pilihanraya kecil ini. Jangan terkejut dengan kepetahan beliau berucap menggunakan bahasa melayu dengan fasih tanpa ada pelat orang india.....

Kepada Zaid Ibrahim Calon dari Pakatan Rapuh.Sebelum kau berjanji macam-macam dengan orang hulu selangor.Kalau boleh kau bantu balik orang-orang melayu yang kau bagi notis bankrup melalui syarikat kau.Orang yang tiada hati perut ni layak ke...aku salah seorang kena notis bankrup dari Syarikat Zaid and Co.Panas hati......Orang ni ke yang nak diangkat jadi pemimpin.....

Cukuplah!!!Pakatan Rapuh yang di ketuai oleh Anwar Antartuk menipu rakyat negeri Selangor.Bangun wahai pengundi Hulu Selangor.Betul dan berani memgundi BN supaya ianya menjadi titik tolak kemenangan BN pada masa akan datang...

Hidup BN!Hidup BN!Hidup BN!Jahanam PKR........................

Sunday, February 28, 2010

Ini Bukan Cobaan!Ini memang betul!betul!














Sebetulnya aku tak perlu mengucapkan kata-kata lagi kerana gambar di atas sudah memberi maksud bahawasanya sudah sahlah Ahmad Fairus Mantan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang telah keluar PKR dan seterusnya menyertai UMNO dalam menyambung kembali wadah perjuangan dalam menegakkan Agama,Bangsa dan Tanahair.

"Bumi mana tidak ditimpa hujan"."Sesat dihujung jalan,Baliklah kepangkal jalan"

Tapi warisanksl yakin selepas ini ramai lagi pemimpin PKR akan menyusul.Kita tunggu dan lihat.......

Saturday, February 27, 2010

lagi bekas pemimpin PKR masuk UMNO

Makluman!Tamparan kepada PKR(Parti Munafikin).Esok pukul 8 malam tarikh 28 Febuari 2010 bertempat di Hotel De Palma Ampang akan berlaku lagi upacara bersejarah iaitu seorang lagi bekas ahli undangan negeri di Pulau Pinang yang meletak jawatan baru-baru ni akan mengumumkan dirinya menyertai UMNO di hadapan Perdana Menteri Malaysia.

Kita tunggu dan lihat kenyataan rasmi beliau kenapa beliau menyertai UMNO......Tunggu......

Yang pasti UMNO bertambah kuat dan PKR bertambah lemah.......
Kepada ahli-ahli PKR yang lain tunggu apa lagi.Buat apa bersongkol dengan Anwar dan sekutu-sekutunya?Buat apa menegakkan benang yang basah....Keluar segera sementara masih ada masa.Kalau tidak korang akan menyesal kerana menyokong puak-puak yang sudi membenarkan negara Malaysia dijajah.Tak nampak lagi ke?Belum apa-apa sudah ada campur tangan negara Asing dalam menentukan pentadbiran dan sistem kehakiman negara......

Friday, February 26, 2010

Bloggers Goblok

Maaf kerana lama tidak menulis artikel menghentam pembangkang. Kesibukan yang teramat sangat. Saya sering mengikuti situasi politik Malaysia sekarang ni.Macam-macam isu aku dengar dalam tempoh aku tiada kat Malaysia kerana urusan kerja.Tetapi tahniah kepada semua bloggers yang Pro kerajaan yang masih tidak jemu-jemu berkarya tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada sesiapa.
Tetapi aku tertarik satu isu,mengenai isu "goblok" yang dilabelkan kepada para bloggers.Tetapi perkara ini aku sendiri pernah mengalaminya penghinaan secara terus oleh ahli pemuda yang pro KJ.Peristiwa tersebut berlaku ketika aku menghadiri kursus Biro Tata Negara.Apabila menceritakan mengenai IT; suku sakat puak ni terus menghentam bloggers yang tidak mahu bersongkol dengan mereka.Ada ke patut diorang panggil semua bloggers goblok."Siapakah yang sentiasa menerangkan dan menapis segala serangan dan fitnah yang dibuat pembangkang melalui alam Maya."Bukankah kita bloggers pro kerajaan yang digelar "goblok" ini.Kalau kita tidak berbuat sedemikian kemungkinan rakyat percaya bulat-bulat dengan segala berita dan fitnah yang dibuat pembangkang ahli neraka .Perkara ini pernah terjadi di zaman kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mana tiada pemantauan dan penjelasan yang cukup menyebabkan rata-rata pengundi terutama pengundi saluran 3 dan 4(orang muda yang celik IT dan sering melayari internet) mengundi pembangkang kerana percaya dengan cerita-cerita mengarut yang dibuat oleh blogger pro pembangkang yang diketuai oleh Raja Petra Kamaruddin(RPK) .Dia ni bapak munafik.Yang mana akhirnya Kerajaan Barisan Nasional hampir-hampir tumbang.Sedarlah dan buka minda jasa-jasa yang kami buat.Kami tidak berbayar.Tetapi hanya ini yang kami mampu sumbangkan kepada UMNO.

Memang betul aku ahli yang setia dengan UMNO tetapi aku tidak bersetuju sama sekali dengan Pemimpin Pemuda UMNO Malaysia.Kepada perwakilan G2 pemuda yang mengundi KJ.JAWAB LA KAT AKHIRAT.Sesungguhnya Allah tahu apa yang terjadi sebenarnya...
Apa yang telah KJ buat untuk UMNO selama ini dari ketika menjadi Naib sehinggalah menjadi Ketua Pemuda.Yang dibuat adalah lakonan semata-mata.Dimana ada PM merasmikan program dia akan turun.Sepatutnya buat apa dia nak mengampu PM.Lebih baik dia memperkasakan pemuda UMNO.Pasal apa? betul ke Pemuda UMNO setiap Bahagian bersatu.Turun padang Bro.Bukannya bermusim.Kepada exco-exco yang mengampu si KJ ni bawak-bawak bertaubat.Kepada Exco-exco seperti "Dato Suhaimi Sahadan(tak da jasapun boleh dapat dato jugak ke? dan rakan-rakan sewaktu dengannya" yang kaki bodek.Teruskanlah sikap tersebut sebab ahli-ahli akar umbi akan dapat menilai siapa anda semua.Tahniah kepada exco Pemuda seperti "Yeop" atau nama penuh Hishamuddin Bin Yahya yang berani berhadapan dengan puak-puak bangang niTeruskan tindakan berani tersebut yang benar tetap benar.Yang Batil tetap Batil....

Perlembagaan UMNO telah diubah.jangan haraplah mereka-mereka ni dapat menjawat jawatan yang lebih tinggi.Kuasa undi bukan berada pada semua G2.tetapi kuasa undi berada pada semua perwakilan dibahagian.Maka aku meramalkan puak-puak yang bersongkol dengan si KJ ni bersama dengan Bos mereka akan kalah dengan teruk.Kita tunggu dan lihat pemilihan yang akan datang.......klik:http://parpukari.blogspot.com/

Tetapi sorang ni memang aku respect dan suka walaupun aku dengar dia ni orang KJ tetapi dikalangan Exco pemuda dia yang paling banyak buat kerja.Pemuda ni adalah Lokman Adam bekas orang kuat Anwar Al-Juburi.Dia ni la yang ke sana sini berceramah menerangkan dan mempertahankan segala isu-su-isu yang dibuat pembangkang.Orang cakap dia bayar hutang dengan UMNO.Tapi bagi aku tahniah la kepada beliau.Rasa-rasanya dia kerja lebih dari lain-lain exco pemuda Malaysia.Lain-lain Exco tak tahu la wujud ke tak.....Teruskan usaha Bro....Besarkan lagi Unit Pidato tu....panggil lagi ahli-ahli akar umbi yang mempunyai bakat berpidato tapi kena tanam dekat bahagian supaya menyertai bro...Sesungguhnya UMNO tidak kurang dengan orang-orang yang hebat berpidato..klik.http://unitmediabaru.blogspot.com/
Bagi aku kalau pemuda UMNO nak kuat kembali seperti dahulu.Bagi pendapat aku orang-orang yang tak menyumbang apa-apa.Elok LEPASKAN JAWATAN.Bagi aje dekat orang yang lebih layak...Malas nak sebut contoh nama orang yang layak sebab.Penyakit dalam UMNO ni.Nanti kena pancung dan tanam hidup-hidup dalam politik tanahair kalau tahu awal-awal.

Bagi aku nak marah.Marah la...Aku menegur demi kebaikan UMNO juga.Kesian dekat Dato Seri Najib Tun Razak,Tan Sri Mahyuddin Yasin, Datuk Ahmad Maslan dan pemimpin-pemimpin UMNO lain yang berusaha keras menaikan imej UMNO.Disebabkan sikap buruk yang ada dalam segelintir pemimpin dalam sayap pemuda menyebabkan UMNO terus berada dalam dilema....klikhttp://warisan2057.blogspot.com/

Jangan marah ha.....Ini teguran membina.Kalau dah sesat balik lah ke pangkal jalan.Kita kena bantu Orang Melayu.Bukannya nak menjawat jawatan dengan mengampu....Adios.....

Wednesday, January 13, 2010

UMNO kena kembali kepada Asas Perjuangan.....Benarkah atau sekali lagi satu retorik politik....


Hari ni aku tak mahu komen mengenai pembangkang.psal diorang tu memang banggang sejak azali.Dah namanya pembangkang tentulah apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan tak kira baik atau tidak mestilah hendak dijadikan isu besar supaya mudah ditunggang langgang kan pemikiran rakyat yang buta hatinya.....

Aku hari ni nak cerita pasal UMNO.Aku tertarik dengan Ucapan Dato Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya yang mengatakan "kita ahli UMNO harus kembali kepada asas perjuangan".
Tetapi persoalannya adakah ahli UMNO itu sendiri sudi kembali kepada asas perjuangan?Pemimpin-pemimpin UMNO ingin berubah tetapi adakah ahli-ahli diakar umbi bersedia untuk berubah.Ini termasuklah ketua-ketua cawangan,ajk-ajk bahagian,ketua sayap pemuda,puteri dan wanita berni melakukan perubahan tersebut?
Tetapi apabila kenyataan mengenai "balik kepada asas perjuangan".Adakah ahli-ahli UMNO benar-benar faham balik yang macam mana?Apa yang dikatakan asas perjuangan UMNO?Kalau berdasarkan sejarah UMNO ditubuhkan untuk menentang Malayan Union dengan selogan "Hidup Melayu" kemudian ditukarkan kepada "Merdeka" selepas Malayan Union dimansuhkan.Jadi nak dikatakan menuntut kemerdekaan;negara kita dah merdeka.Kalau nak dikatakan Hidup Melayu.Sampai sekarang Melayu masih hidup.Jadi persoalannya kembali yang macam mana?

Perkara ini yang warisan ksl utarakan kepada beberapa ahli akar umbi.Jawapan yang aku dapat adalah menyedihkan.Mereka sebenarnya kabur dan tahu apa makna sebenar kembali kepada asas perjuangan.Warisan ksl juga bertanya kepada mereka bersediakah mereka yang menjawat ketua-ketua,Naib Ketua cawangan dan sebagainya melepaskan jawatan mereka untuk memberi laluan kepada orang yang lebih berhak.Jawapannya daripada mereka adalah tidak.Warisan ksl juga bertanya adakah di dalam hati mereka tak banyak atau sikitpun ada juga mahukan habuan atau projek-projek kerajaan.Jawapannya adalah Ya.Warisan ksl juga bertanya bersediakah mereka untuk mengorbankan salah satu samada kerjaya,perniagaan dengan politik.Kalau mahu menceburi politik tinggalkan dunia perniagaan.Kalau mahukan perniagaan tinggalkan dunia politik.Tujuannya adalah untuk mengelakkan perkara-perkara rasuah.Jawapan mereka juga tidak.
Pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu meninggalkan segala-galanya demi berjuang untuk agama,bangsa dan tanah air.Mereka benar-benar ikhlas.Kita jangan utarakan soalan ini kepada pemimpin-peminpin UMNO sekarang.Tetapi lebih baik kita bertanya kepada diri kita adakah kita benar-benar ikhlas berjuang dalam UMNO tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada pihak atasan demi berjuang untuk agama,bangsa dan tanahair.Jangan ditanya apa sumbangan pemimpin terhadap kita tetapi haruslah ditanya kepada diri kita sendiri apakah sumbangan kita kepada parti secara tidak lansung kepada agama,bangsa dan tanahair kita.Pernahkah kita terfikir kita tidak perlu menunggu  pemimpin UMNO untuk membantu rakyat dibawah.Kita sendiri boleh membantu sebagai tanggungjawab kita sebagai ahli UMNO.Kalau ada orang susah ditempat kita;kita sebagai ahli UMNO bantu mereka setakat yang kita mampu.Kita ahli akar umbi kena bantu pemimpin kita.Jangan asyik mengharapkan pihak atasan.Kita bawak imej UMNO dengan sebaik-baiknya.Barulah imej UMNO dimata masyarakat bertambah baik.
Kita balik kembali persoalan tadi kembali yang macam mana?Jawapan aku sebenarnya adalah mudah sahaja.

"Kita mesti kembalikan semangat dan roh pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu dan sematkan ke dalam diri kita yang mana kita harus iklas berjuang tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada manusia.Kita hanya mengharapkan balasan daripada ALLAH yang maha ESA."

"ITULAH YANG DIKATAKAN KEMBALI KEPADA ASAS PERJUANGAN UMNO"sila klikhttp://parpukari.blogspot.com/

Aku berharap jangan ianya hanya tinggal slogan semata-mata tetapi dari segi pratiknya hancur sama sekali.Kita harus menyokong apa pemimpin kita laksanakan.Kita juga kena buktikan kepada pemimpin kita dengan perbuatan dan bukan bercakap sahaja

Monday, January 11, 2010

Kebetulankah atau sememangnya disengajakan....



  


  
 
Aku bukan menuduh tetapi apabila aku melihat situasi terkini Agama Islam di Malaysia mula diperkotak katikkan kebetulan aku melawat satu blog.sila klik sini:http://amanah-land.blogspot.com
Aku mula risau dan bertanya kepada diri aku adakah gerakan free masion telah pun menyelinap masuk ke dalam Malaysia.Bertambah lagi aku mula risau apabila aku lihat lambang PKR dengan warnanya dan lambang se akan-akan dengan lambang free masion.Siapa-siapa yang tahu adakah gerakan free masion memang wujud dekat Malaysia tolong terangkan kat aku.Bukan apa!Kalau ianya benar adakah ini tandanya peperangan cara baru dalam menjajah negara kita oleh negara Barat....Tolong kerana kepala aku mula berserabut melihat situasi terkini....

Friday, January 8, 2010

Ini yang Anwar Antartuk mahukan???


Warisan ksl mengecam sekeras-kerasnya tindakan membakar Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur tengah malam semalam.Aku mendengar khabar angin bahawasanya akan ada beberapa gereja akan turut di bakar.....

Bagi aku ini semuanya berpunca daripada manusia bernama Anwar Ibrahim seorang manusia yang bertopengkan syaitan yang mana sanggup menjual agama demi meraih undi bangsa asing yang mana akhirnya agama lain mula berani memperkotak katikkan orang Islam di Malaysia...Aku rasa ini semua salah satu sandiwara politik yang dibuat oleh mereka-mereka yang berkenaan untuk menakut-nakutkan orang bukan melayu supaya memandang kerajaan yang ada sekarang adalah "racist" dan bersifat perkauman.Apabila ketakutan mula ada pada mereka kemungkinan undi bangsa asing akan meningkat kepada PKR laknatullah...


Ataupun ini satu lagi plot permulaan kemarahan orang melayu atas isu "Allah" boleh digunakan di gereja.
Bagaimanapun kita tunggu laporan forensik untuk memastikan samada kebakaran tersebut akibat litar pintas ataupun perbutan khianat......

Wahai Anwar kenapa tiada sepatah perkataan kau pun keluar daripada mulut kau mengenai isu perkataan "Allah"...Kenapa berdiam diri?takut ke?atau satu strategi politik murahan kamu......Aku rasa kau patut bersara dari dunia politik dan tumpukan perbicaraan kes liwat kau tu....

Apa dah jadi PAS?Kenapa takut?Kenapa Bacul?Atau ini sebenarnya tanda-tanda awal Doa Tuan Guru Nik Ajis makbul.Dari kes menantu timbul,kemudian,perletakan jawatan setiausaha sulit beliau,kemudian kes saman,kenyataan yang tak sekata Nik Ajis sebelum ini dengan sekarang dan yang terbaru Nizar yang kemalanggan kereta baru-baru ni.Aku nasihat kat korang"Jangan undang Bala"Jangan riak dengan pakaian jubah dan serban....kalau hidung dicucuk macam lembu oleh orang kafir....tak guna dipanggil parti konon-kononnya memperjuangkan Islam.Aku pun "confuse"..PAS ni perjuangkan Islam apa?Islam LIBERAL KE?ATAU ISLAM DAP?atau ISLAM wahabi?Kepada yang pandai tolong beritahu kat aku?
Apapun perasaan mana-mana pihak mengenai isu penggunaan kalimah 'Allah' oleh pihak majalah Herald, perbuatan memusnahkan tempat ibadat seperti yang berlaku semalam langsung tidak boleh dipertahankan. Jika ada orang Islam yang bertanggungjawab terhadap insiden ini, mereka sepatutnya malu dan insaf dengan perbuatan mereka kerana Islam sendiri jelas menuntut umatnya menghormati kebebasan beragama orang bukan Islam.
Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan menyatakan, (1) "Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan". Boleh diamalkan secara bebas selagi ianya tidak menggugat perasaan dan ketenteraman penganut agama Persekutuan yang majoritinya lebih besar. Apa yang telah berlaku pada pagi 8 Januari 2010 di Gereja Assumption di Petaling Jaya, Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Gereja Life Chapel, Seksyen 17, Petaling Jaya menunjukkan bahawa terma aman damai dalam kebebasan beragama sudah tiada lagi.

Tidak pasti siapa punya angkara kebakaran gereja tersebut. Mungkin ada pihak ketiga yang cuba menaguk di air keruh. Tindakan menyerang gereja tersebut amatlah tidak wajar. Apa yang pasti ianya berkaitan dengan penggunaan kalimah Allah SWT yang dipohon penggunaannya oleh Herald Tribune dan Gereja Katholik. Di Sarawak pada awal penyebaran Kristian dulu, perkataan yang digunakan adalah "alloah" bukannya "Allah". Seharusnya pihak Gereja Katholik membuat semakan yang terperinci mengenai sejarah awal bukan menjadikan alasan permintaan daripada Vatican City untuk mencetuskan keadaan tidak aman dan damai di negara ini.

Benar, Allah adalah Tuhan untuk semua manusia dan sekalian alam. Namun yang membezakan antara orang Islam dan kafir adalah dua kalimah syahadah. Orang Islam bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah. Bezanya kafir tidak mengucap dua kalimah syahadah. Mereka hanya mahu gunakan satu kalimah sahaja. Kristian percaya bahawa "Jesus is son of God". Apa akan jadi kalau God itu digantikan dengan kalimah Allah oleh Kristian? Ini jelas sekali bertentangan dengan sifat-sifat Allah SWT. Mereka yang liberal tetap dengan fahaman mereka. Namun yang sedihnya, ada juga pemimpin mahasiswa yang memimpin Persatuan Islam di USM menyatakan "jadi tidak perlulah kita menjadi hero seolah-olah kita menjaga sungguh agama kita, sedangkan pada hakikatnya sebaliknya yang berlaku" Kumpulan Pro M ini pandangannya sudah sama dengan Anwar Ibrahim. Tidak berani mereka bercanggah pendapat biarpun perkara itu dikatakan wajib oleh Majlis Fatwa. Apakah YDP PMIUSM ini tidak membaca keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan .

Majlis Raja-Raja perlu menamatkan polemik isu kalimah Allah ini dengan segera. Fatwa yang sudah dikeluarkan pun diketepikan. Mungkin mereka yang menolak itu lebih alim dan warak dari mufti sendiri. Apa akan jadi di masa depan jika semakin ramai orang Islam yang sebegini. Pegang kuatlah pada dua kalimah syahadah dan ikutlah ajaran "imam" sebenar. Mengapa perlu menyokong permohonan paderi dan bishop-bishop, sedangkan pandangan mufti sendiri diketepikan. Penyelewengan Yahudi dan Nasara amat halus, berhati hatilah. Jagalah aman dan damai di negara ini.

Malaysia adalah sebuah negara majmuk; sudah pasti dari semasa ke semasa akan berlaku perselisihan faham dalam isu yang mempunyai dimensi perkauman atau keagamaan. Apa yang penting adalah sebuah rakyat yang bersatu mesti matang dalam menyelesaikan sebarang masalah dengan cara berhikmah serta sentiasa menghormati hak dan sensitiviti satu sama lain.

Warisan ksl berharap semua pihak akan berhati-hati dalam kenyataan dan perbuatan selepas ini serta menggesa pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab atas perbuatan jenayah ini, demi keselamatan dan keharmonian negara.

Warisan ksl tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Dr Siddiq Fadzil yang bertajuk "Allah inti akidah, kenapa mahu gugat?"seperti disiarkan oleh PenghuniGua.klik sinihttp://arifomar.blogspot.com/

Artikel tersebut seperti di bawah:


Selama berabad-abad Malaysia (dan sebelumnya Tanah Melayu) yang terbentuk daripada gabungan negeri-negeri Melayu ini dirujuk sebagai model negara berbilang-bilang kaum dan agama yang rukun, harmonis dan penuh tolerasi.Kejayaan mencipta kerukunan hidup antara agama adalah suatu prestasi ketamadunan dan kemanusiaan yang tidak ternilai.


Faktor kunci kejayaan ini tidak lain adalah sikap ramah bangsa Melayu-Muslim yang menjadi golongan majoriti dan sekali gus “tuan rumah”. Keramahan luar biasa yang memang menjadi watak bangsa inilah yang memungkinkan penganut pelbagai agama (Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain) di negara ini menikmati kebebasan dan keselesaan mengamalkan agama masing-masing tanpa gangguan.

Selama ini kerukunan hidup sedemikian itu dapat dipertahankan kerana adanya sikap menghargai keramahan (Melayu-Muslim) tersebut, di samping adanya rasa hormat terhadap kedudukan istimewa agama Islam sebagai agama persekutuan, juga kerana adanya kesedaran terhadap realiti kesejarahan dan kebudayaan negara ini.Memang dalam sejarahnya negeri-negeri Melayu adalah bahagian daripada warga rumpun besar Dar al-Islam.

Kesedaran tentang hakikat-hakikat inilah yang melatari keharmonian hubungan antara kaum dan agama selama ini.Justeru, kesedaran tersebutlah yang membentuk sikap saling memahami dan menghormati batas dan sempadan daerah keagamaan masing-masing. Kaum bukan Muslim umumnya cukup memahami daerah sensitiviti masyarakat Melayu-Muslim, dan demikian pula sebaliknya.Kerana itu, hal-hal yang berkaitan dengan kedudukan Melayu dan Islam biasanya tida diusik atau diganggu.

Ketegangan di sekitar isu pemakaian kalimat Allah ketika ini berpunca akibat kegagalan menghayati tradisi menjaga sensitiviti umat Melayu-Islam. Mereka yang berkeras mahu menggunakan kalimat Allah dalam konteks agama Katholik bukan tidak tahu tentang keberatan umat Islam terhadap tuntutan mereka.Sikap tersebut tidak lain adalah gejala hilangnya kepedulian terhadap perasaan dan pendirian orang lain.

Seharusnya mereka berusaha untuk cuba memahami keberatan umat Melayu-Muslim terhadap pemakaian nama Allah dalam konteks agama selain Islam. Bagi umat Islam, Allah di atas segala-gala. Demikianlah hakikatnya, Allah selama-lamanya ultimate concern bagi kaum Muslimin. Syahadat pertama keislaman mereka adalah kesaksian tentang hakikat ketiadaan tuhan selain Allah (Yang Maha Esa).Hanya Dia yang bernama Allah, nama yang dipilih sendiri oleh Allah khusus untuk diri-Nya, tidak siapa pun boleh memakainya selain Allah sendiri. Ia adalah al-ism al-a'zam, nama agung bagi dhat yang wajib al-wujud.


Ia adalah nama yang merujuk Dhat yang meliputi seluruh sifat ketuhanan.Sebagai nama khusus-Nya, ia berbeza daripada nama-nama-Nya yang lain seperti al-Qadir, al-'Alim, al-Rahim yang boleh dipakai oleh yang lain-lain. Kerana kekhususannya itu jugalah nama-nama-Nya yang lain itu dinisbahkan kepada nama Allah, lalu disebut asma'u 'Llah (nama-nama Allah).Al-Sabur, al-Shakur, al-Qadir misalnya disebut sebagai nama-nama Allah, tetapi tidak boleh disebut sebaliknya, Allah adalah nama al-Shakur atau al-Sabur.

Demikianlah hakikat kalimat Allah sebagai nama khas ('alam) yang tidak dipakai untuk selain-Nya.Allah bukan nama am yang siapa sahaja boleh memakainya, dan bukan juga kata umum tanpa makna dan definisi tertentu sehingga siapa sahaja boleh memaknainya. Andainya kalimat Allah dimaknai lain daripada makna dan definisi hakikinya, jelas akan menimbulkan kekacauan semantik yang serius.

Bagi umat Melayu-Muslim, sejak mula kalimat Allah sudah sedia terpadu dengan definisi yang mantap dan muktamad, definisi yang diungkapkan oleh Allah sendiri dalam surah al-Ikhlas, “Katakanlah: Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.”Penurunan surah tersebut dilatari peristiwa kedatangan sekumpulan orang Yahudi meminta Nabi SAW memberikan pemerian tentang Tuhannya.

Kerana itu surah ini bermula dengan kata Qul (katakanlah) yang kemudian diikuti dengan ayat-ayat yang mengandungi rumusan definisi tentang Allah.Ternyata Allah adalah nama yang menyebatikan makna bersifat tauhid, nama yang menolak syirik, dan sekali gus nama yang menafikan faham tritunggal (tidak beranak dan tidak diperanakkan). Kerana itu surah ini disebut juga dengan nama Suratu 't-Tawhid.Memang ia surah yang merumuskan faham tauhid yang semurni dan semutlaknya. Ayat-ayat dalam surah ini juga dengan jelas mengungkapkan makna bahawa Allah adalah "...a personality", bukan sekadar suatu konsep falsafi yang abstrak.Surah al-Ikhlas adalah antara sekian banyak surah dan ayat al-Qur'an yang membawa mesej peralatan konsep (conceptual correction) terhadap pemakaian nama Allah di kalangan masyarakat pra-Islam termasuk sebahagian suku-suku Arab jahiliah dan kaum Nasrani.

Mereka memakai nama Allah dalam konteks faham syirik, termasuk faham al-tathlith atau tritunggal. Ayat-ayat korektif tersebut rata-rata membawakan makna dan nada ketidakrelaan Allah terhadap pemakaian nama-Nya dalam konteks yang menyimpang daripada prinsip kemurnian dan kemutlakan tauhid.Demikianlah kalimat dan nama Allah yang difahami oleh umat Melayu-Muslim umumnya, lalu bagaimana mungkin mereka yang saban hari membaca dan menghayati surah al-Tawhid akan dengan senang merelakan Nama Suci dan Agung ini dipakai dalam konteks faham syirik.

Sikap berkeras mahu menggunakan juga kalimat Allah (sekalipun dengan mengguris perasaan sebahagian besar umat Melayu-Muslim) menimbulkan tanda tanya, ada apa sebenarnya? Selama ini, sejak ratusan tahun, tanpa memakai nama Allah, para penganut Katholitik telah dapat mengamalkan agama mereka dengan leluasa.Ajaran Katholik dapat difahami oleh para penganutnya, malah telah dikembangkan tanpa masalah. Lalu kenapa sekarang isu ini dibangkitkan dan diperjuangkan dengan cara yang begitu provokatif?

Mereka bukan tidak tahu betapa sensitif dan eksplosifnya isu ini. Mereka juga bukan tidak tahu bahawa isu ini menyentuh jantung ajaran agama Islam.

Rasanya wajar sekali kita merenung kata-kata Gopal Raj Kumar yang kami petik di bawah ini:

What Catholics appear to be seeking here is an extension to that form of racism that whatever non Malays and non Muslims wish to do in the name of religion has to be tolerated in the name of a half written constitution.


Whilst at the same time arguing against everything that the Malays as a majority in a democracy do as wrong and racist.Catholics must learn to reciprocate in kind to a people in whose country they have been treated with much reverence, dignity and respect over centuries.Malaysia although fundamentally a Muslim state has, advocated for and advanced Catholic (and other religious causes and purposes) without the let or hindrance of religious intolerance like that imposed on them by the Thais, Burmese, Philippines, Australians, Chinese and more recently the Swiss.Much of the reason we are able to debate such issues and to read and write about it today it is often argued is the result of a good Catholic education.


Wrong! It is equally the result of Malay Muslim generosity in allowing the propagation of the faith, its schools and other institutions to thrive and its tolerance of their values.It is a pity that in return all that the Catholic church has to offer is an insult to the Malays and Malay Muslims in persuing such a worthless policy of provocation.In a demonstration of its faith in its own credo of Good Christian Charity and goodwill, the Catholic Church ought to withdraw the ridiculous and provocative demand now legitimised by a flawed decision.


It should demonstrate that it ought not to be allowed the sinister use of one Arabic word Allah which is clearly a thorn in the side of its Malay majority hosts.The church may do so without any embarrassment to itself. On the contrary with one fell act of goodness and respect it would build a bridge of understanding likely to last forever as a monument to its credo, rather than for the blemishes in its record of insults, abuse, its betrayal to the colonials and the undermining of the cultural and religious sensitivities and heritage of Malaysia's majority http://takemon.wordpress.com.

Isu ini seharusnya diselesaikan secepat dan sebijaksana mungkin. Semakin lama dipolemikkan, akan semakin panjang rentetan persoalannya. Sikap berkeras mahukan sesuatu yang jelas-jelas tidak dapat diberikan akan menimbulkan dugaan adanya agenda terselubung di balik tuntutan tersebut.

Ia akan ditafsirkan sebagai strategi “lulus jarum, lulus kelindan”, selepas kalimat Allah akan banyak lagi istilah-istilah Islam yang dikatholikkan seperti kalimat syahadat, solat, zakat, haji dan lain-lain lagi. Isu ini akan memarakkan spekulasi bahawa ia adalah bahagian daripada agenda besar mengherotkan Islam dengan memakai istilah-istilah Islam yang dirobah erti dan isinya.Masyarakat Islam akhirnya akan mengalami kekeliruan yang serius dan tidak lagi mengenal Islam yang murni.

Lebih jauh lagi isu ini akan membangkitkan semula kenangan pedih masa lalu, zaman awal kedatangan penjajah Barat yang membawa agenda pengkristianan rakyat peribumi Melayu.Arkitek penjajahan Inggeris di rantau ini Stamford Raffles tidak datang hanya untuk mengaut kekayaan, tetapi juga datang dengan misi dan cita-cita pengembangan Bible Society. Kegiatan menyebarkan agama Kristian di kalangan peribumi Melayu itu dilakukan atas nama “...cultivating the waste and barren soil of the native mind”.

Usaha mengkristiankan orang Melayu telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, termasuk dengan menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Melayu. Untuk itu mereka telah mendapatkan khidmat Abdullah Munsyi. Bagaimanapun orang Melayu berpegang kuat dengan Islam.Abdullah Munsyi yang terlibat dalam penterjemahan Bible mendapat gelar ejekan "Abdullah Paderi".Catatan tersebut seharusnya sudah menjadi "perkara masa lalu" yang sudah tidak relevan lagi dalam konteks semangat masa kini, era membina kesatuan dalam kepelbagaian.

Provokasi-provokasi keagamaan sehausnya dihindari, dan tuntutan yang menjadi keberatan umat Melayu Islam ini harus dihentikan.Apapun yang berlaku pada pemakaian kalimat Allah di luar Malaysia tidak semestinya relevan dengan masyarakat kita. Isu ini harus dilihat secara kontekstual. Realiti sejarah dan budaya Malaysia memang tidak memungkinkan pemakaian kalimat Allah di luar konteks keislaman.

Fiqh kita mengambil kira 'uruf ahl al-balad (budaya warga setempat). Antara yang harus menjadi pertimbangan utama dalam isu ini ialah mafsadah atau kesan buruknya yang perlu dihindari.

Kesimpulan yang warisan ksl buat daripada artikel di atas adalah Pandangan ini bagus untuk kita semua fikirkan. Lagi baik dibaca dan difikirkan oleh semua orang Islam tidak kira apa parti pun.Janganlah kerana kuasa politik kita sanggup menggadaikan maruah agama demi kepentingan dan dendam peribadi.Janganlah kerana kita tidak setuju ke atas sesuatu perkara kita sanggup menghalalkan segala tindakan yang di buat oleh orang bukan Islam.


 Kepada  yang menyokong penggunaan kalimah ini oleh pihak gereja katolik dengan alasan bahawa ia satu dakwah, tak usah nak berbelitlah. Kalau nak dakwah , pergi le terus kepada golongan ini. Bukan membenarkan mereka gunakan kalimah ini. Tak kena caranya. Pernah PAS berdakwah untuk mereka? Jauh sekali. !!!!

Cukuplah!!!janganlah lagi bersandiwara ibarat "mulut manis tapi lidah berkait" ataupun ibarat "mulut disapu madu tetapi buntut bawa sengat"akhir nya tanpa kita sedar yang merosakkan agama Islam di negara Malaysia kita kelak bukanlah penganut agama lain tetapi adalah orang Islam yang tidak sedar mereka telah menjual dan melacurkan agama Islam itu kepada orang bukan Islam....

Saturday, January 2, 2010

Balak oh balak -PAS sembunyi fakta


Sumber dari klik  http://kickdefella.wordpress.com/

Fakta yang sahih mengenai  Isu Balak Kelantan:


1- Pemberian konsesi balak kepada syarikat Timbermine dibuat pada tahun 1964 oleh Menteri Besar PAS Datuk Ishak Lofti

2- Manakala pembatalan konsesi balak pula dibuat oleh Menteri Besar gabungan PAS-BN iaitu Datuk Muhammad Nasir, 10 tahun kemudian pada tahun 1974
3-Alasan pembatalan ialah kerana kawasan  balak di kawasan Hulu Kelantan yang diberikan terlalu besar seolah olah menggadai Negeri Kelantan.

4-Kerajaan BN semasa pemerintahan Datuk Muhammad Yaakub telah berunding dengan syarikat konsesi balak supaya sebahagian tanah diberikan kepada Kerajaan Persekutuan bagi projek KESEDAR. Sebagai pampasan sebanyak RM3.5 juta telah diberikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

5- Budget Tahunan seluruh Negeri Kelantan adalah RM 400 juta setahun. Kes saman ini melibatkan jumlah  2 tahun budget iaitu RM 800 juta!.

KETERANGAN

 PAS dan Harakah Daily semuanya menipu. Kerja mereka sebaik buka mata di pagi hari ialah menipu dan memfitnah. Fakta diselewengkan bagi mengaburi mata rakyat. Diwar-warkan oleh PAS, TGNA , Husam dan Harakah Daily bahawa kerajaan BN yang meluluskan konsesi ini. Keadaan sebaliknya iaitu konsesi ini diluluskan oleh kerajaan PAS oleh  Ishak Lofti oleh Menteri Besar PAS.

Dalam isu konsesi balak di mana PAS di arah membayar gantirugi/ pampasan RM 800 juta kepada syarikat balak tersebut jelas penipuan seluroh pemimpin PAS Kelantan.
Manakala pembatalannya pula di buat oleh Menteri Besar PAS BN pada tahun 1974, ialah Dato’ Muhammad Nasir.


PAS telah menyertai Barisan Nasional selepas penubuhannya pasca Mageran akibat rusuhan kaum 1969. Dalam pilihanraya 1974 PAS telah bertanding seiring dengan UMNO menentang pimpinan PAS yang menyisihkan diri kerana tidak bersetuju menyertai BN. PAS menang lebih kurang 22 kerusi dan UMNO menang lebih kurang 13 kerusi (harap dapat pembaca membetulkan jumlah kerusi ini kerana saya belum dapat membuat semakan).

PAS masih dominan didalam kerajaan BN yang memerintah Kelantan. Diantara sebab pembatalan perjanjian dengan Timbermine Sdn Bhd ialah kerana rakan kongsi baru PAS didalam BN iaitu UMNO merasa amat tidak selesa dengan pemberian tanah balak seluas itu seolah-olah PAS mahu menggadai Negeri Kelantan.

Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri PAS kemudiannya telah mengusulkan undi tidak percaya kepada Menteri Besar mereka sendiri kerana antara sebabnya mereka merasakan Dato’ Muhammad Nasir adalah pilihan BN dan bukan kehendak Parti PAS. Muhammad Nasir tumbang dan berlaku rusuhan di Kota Bharu. Darurat kemudiannya diisytiharkan.Akibat daripada itu maka PAS kemudiannya disingkirkan daripada BN.

PAS berusaha mencadangkan nama baru untuk jawatan Menteri Besar sebaliknya permohonan mereka di tolak dan satu pilihanraya negeri di panggil pada tahun 1978.Didalam pilihanraya 1978, UMNO telah habis-habisan menggunakan isu pemberian kontrak balak sebagai bukti bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan.Keputusan pilihanraya itu cukup menyedihkan bila PAS hanya tinggal 2 kerusi di Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Maka akibat kemenangan besar yang bersejarah tersebut maka Menteri Besar baru, Tan Sri Muhammad Yaacob diangkat mewakili Barisan Nasional.Di sini hendak dimaklumkan  bahawa satu rundingan diadakan diantara Kerajaan Negeri Kelantan ketika itu dengan Timbermine Sdn Bhd yang melibatkan tanah yang kemudiannya diberi kepada Kerajaan Persekutuan untuk dimajukan oleh KESEDAR. Pihak Kerajaan Negeri membayar sejumlah pampasan untuk kepada Timbermine Sdn Bhd bagi kawasan tersebut.

Manakala berhubung berhubung fakta dan rentetan kejadian demi kejadian diantara Timbermine Sdn Bhd dengan Kerajaan Negeri Kelantan adalah diharap pihak Kerajaan Negeri ataupun pihak Timbermine Sdn Bhd sendiri dapat mengemukakannya. Rakyat Kelantan sudah pasti ingin tahu apa sebenarnya yang terjadi dan lebih penting bagaimana tanah sebegitu luas di berikan kepada pihak swasta.

Semoga rakyat Kelantan dapat mengambil iktibar dari sejarah ini. Bajet tahunan Kerajaan Negeri adalah sekitar RM400 juta sahaja setahun. Perintah bayaran pampasan berjumlah RM800 juta adalah bersamaan 2 tahun bajet Kerajaan Negeri.

Kalaupun rayuan diterima dan tetapi Kelantan tetap diarah membayar pampasan dengan jumlah pampasan dikurangkan kepada RM200 juta, ia masih jumlah yang amat-amat besar bagi sebuah negeri seperti Kelantan. Dengan defisit terkumpul yang dikatakan hampir mencecah RM1 Billion, apakah Kelantan diambang kemuflisan?

Inilah rupa dan wajah sebenar mereka yang mengaku lebih Islam dari yang lain. Semuanya menipu dan cuba mencuci tangan.

Kerajaan PAS yang memberikan dan meluluskan konsesi ini yang luasnya 1/3 dari negeri Kelantan kepada satu syarikat balak amat memalukan . Kemudian diletakkan kesalahan bahawa kerajaan BN yang bertanggungjawab.

Kepada rakyat Kelantan dan para penyokong PAS yang ada nilailah sendiri  mereka ini. Semua halal bagi mereka asalkan ia membawa untung kepada politik mereka. Berbohong daan menipu juga halal. Lihat le , esok atau lusa, mesti ada dalil bagi mereka ini untuk menghalalkan pembohongan dan penipuan mereka.

"Kalau la ulama semuanya suka mencarut dan melacurkan agama Islam untuk kepentingan politik.Aku rasa dunia nak kiamat agaknya"

"Semakin meluat dan naik menyampah!!!!!!!!!!!!!!. Allah MahaBesar. Terus ditunjukkan pembohongan ulama dan pekerti pemimpin parti pembohong ini. MB nya hanyalah patung yang tidak tahu apa dan kerap ditipu oleh penasihat dan pembantu beliau. Layakkah mereka ini mentadbir negara?"

"WAHAI PEMIMPIN PAS DAN PARA PENYOKONG YANG SEWAKTU DENGANNYA AKU BAGI SATU PEPATAH MELAYU KAT KORANG............."

"SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI PEMIMPIN PAS SUKA CAKAP BOHONG AKHIRNYA BALAK DAN TANAH NEGERI KELANTAN HABIS KENA CURI.........."KLIK
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/

Friday, January 1, 2010

Maha Firaun tahun 2010(PAS IDOL & KRISTIAN IDOL

CELAKO, CELAKO, CELAKO!!

PAS IDOL




Mengapa seorang yang digelar Ulama bersikap demikian????Sanggup menghamburkan kata-kata yang boleh menyakiti hati orang lain. Agaknya Nik Aziz bergurau cara kasar kot?

Fikir-fikirkan lah.......
  1. Dulu kata tuduh Tun Mahathir sebagai Maha Firaun kerana hendak memerintah Malaysia sampai mati tetapi akhirnya Tun lepaskan jawatannya juga tapi Nik Ajis bila nak berhenti perintah Kelantan.....
  2. Dulu tuduh Tun Mahathir mengamalkan koronisme dan nepotisme tapi sekarang Nik Ajis juga sama jua mengamalkannya dengan melantik Menantunya jadi CEO Perbadanan MB Negeri Kelantan.
  3. Dulu kata Tun Mahathir Amal rasuah dan akhirnya Nik Ajis pun sama juga.....
  4. Ulamak apa ? kalau asyik mencarut aje.....kesian!Biarkan Si LUNCAI TERJUN DENGAN LABUNYA.......
"Paku dulang paku serpih,kata kat orang rupanya dia yang lebih......."

KRISTIAN IDOL






Tahniah YB, tahniah YB Khalid. Tahniah. Liberalnya islam anda sehingga anda lupa bahawa perlembagaan negara melarang penyebaran agama lain kepada masyarakat islam. Dengan ALLAH boleh diguna oleh Kristian , adakah Khalid tidak berfikir ini akan mengelirukan umat islam dalam jangka panjang? Bukan semua umat islam / melayu yang kuat pegangan agamanya? Berapa ramai sudah melayu di kristiankan. Mengapa hal ini YB tidak perjuangkan?


2. Mengapa sebelum ini , kristian di Malaysia tidak mengunakan perkataan Allah? Mengapa tiada kristian di negara lain di dunia ini menggunakan perkataan Allah? Mengapa baru sekarang mereka menggunakan perkataan ALLAH di Malaysia?

3. Tiada sebab lain: hanya kerana beberapa kerat pemimpin Melayu islam yang memberi muka dan membiarkan mereka besar kepala. Tahniah YB Khalid dan PAS juga serta beberapa pemimpin melayu / islam dalam PKR. Tahniah atas sumbangan anda.

4. Selepas ini YB Khalid boleh cadangkan kepada semua agama di Malaysia iaitu Allah untuk agama Hindu dan Allah untuk agama Buddha dan Allah untuk agama Bahai. Kalau ikut tafsiran YB Khalid ini tak salah. Juga boleh tukar kuil , gereja, tok kong kepada masjid, Sami-sami dan paderi boleh menggunakan perkataan haji, boleh guna juga perkataan quran untuk kitab suci kristian, buddha, dan hindu, boleh guna perkataan solat untuk sembahyang bagi semua agama dan semua boleh lah. Liberal katakan. Apa salahnya. Betul tak YB. Betul apa!

5. Renunglah pengundi muda. Adakah pemimpin jenis ini yang kita mahukan? Mereka ini hanya pelacur jalanan . Tak lebih dari itu. Tahniah YB Khalid, tahniah PAS dan tahniah pemimpin Melayu / islam dalam PKR terutama pemimpin islam liberal kita DSAI. Tahniah DSAI. Inilah sumbangan besar anda kepada islam di Malaysia.
Kami tahu YB seorang terpelajar lagi lebih faham tentang agama.Tapi bagi aku kau ni adalah

"bodoh tak boleh diajar!!! pandai tak boleh diikut"
Ini bukan bangang namonya!!! tapi bingai..........

6. Tahniah, tahniah, tahniah atas keliberalan anda. Nasib baiklah ada YB Zulkifli Nordin . Klik http://zul4kulim.blogspot.com/ pandangannya yang menarik  Dia bukan pelacur politik seperti YB Khalid Samad. Tahniah YB Zulkifli kerana tidak melacurkan agama untuk politik. Yang lain semuanya pelacur dan dayus. Pemimpin lain semua dayus dan tidak bertelor. Kerana politik, agama sanggup dipermainkan dan digadai. Mana pejuang-pejuang dan ulama PAS? Kecuali Taib Azamuddin. Yang lain hanya ulama jahat, yang langsung tidak bersuara dalam isu yang sepertin ini. Lain kali jangan cakap le hal agama dan menunjuk alim dan sebagainya. Semuanya sampah sarap. Semua ulama jahat.Tapi sejauh mana suara YB dapat mengubah tanggapan mereka?

Mengapa puak-puak PAS seolah-olah terpaku dengan desakan ini....... kerana kuasa dan jawatan..... inilah perjuangan Islam PAS untuk menipu umat Islam.... mana perginya suara Tantawi pakar peruntuh rumahtangga orang..... senyap bacul juga sudahnya...
 
Satu lagi keistemweaan Islam dicabar...Kepada SEMUA UMAT MELAYU ISLAM..Lihatlah kalau kita berpecah kaum lain ambil peluang untuk mencabar hak istemewa kaum Melayu kerana kaum Melayu dah kurang kuasa...Cuba bayangkan kalau kaum lain berkuasa, apa akan jadi pada Melayu/Islam di Malaysia ini..BERSATULAH MELAYU TAK KIRA DALAM PAS, PKR, UMNO DAN LAIN-LAIN...BERSATULAH...
 
Wahai orang Islam M'sia,


Sedarlah siapa yang melacurkan agama Islam kita kpd orang2 Kafir?
Di PRU13 nanti, pilihlah wakil rakyat dgn lebih berhati2 jika mahu selamat di dunia dan di akhirat.
Allah hu Akbar!
Allah hu Akbar!
Allah hu Akbar!

klik sini http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/

Sejarah Penyata Reid-Ucapan Tunku Abdul Rahman di Persidangan Agung Tergempar UMNO pada 28 March 1957 di Kuala Lumpur

Sebelum Penyata Reid diterima oleh semua rakyat demi mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.Warisan ksl ingin membawa pembaca kembali menghayati bagaimana tergemparnya orang Melayu ketika itu jika orang Melayu menerima Syor-syor perlembagaan sebagaimana yang dirancangkan oleh Suruhanjaya Reid.Apakah bencana besar menimpa ke atas nasib-nasib orang -orang Melayu jika menerima syor-syor tersebut yang mana akhirnya Tunku Abdul Rahman sebagai YDP UMNO ketika itu membuat persidangan Agung tergempar untuk membincangkan perkara tersebut bagi memberi peluang kepada semua untuk berbincang dan bercakap sepuas-puas hati terhadap perkara tersebut.Persidangan itu telah dihadiri oleh 125 orang pegawai dan wakil UMNO negeri di seluruh Persekutuan dan Singapura.
Inilah ucapan Tunku Abdul Rahman tatkala membuka persidangan tersebut:

"Saya dengan sukacitanya mengalu-alu dan mengucapkan selamat atas kedatangan tuan-tuan dan puan-puan dari jauh dan dekat menghadiri Perhimpunan Agung ini.Saya telah meminta supaya diadakan Perhimpunan Agung ini di dalam keadaan yang tergempar dan sebelum tuan-tuan sekelian mendapat peluang yang sepenuh-penuhnya dan secukup-cukupnya untuk mengkaji dan menghalusi Syor Perlembagaan Persekutuan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid itu ialah kerana didalam soal kebangsaan yang begini besar yang akan menentukan  nasib kita dan bangsa kita turun temurun patutlah tiap-tiap seorang daripada kita memikul tanggungjawabnya dan beserta di dalam memberikan pandangan dan pendapat.

Saya menjemput tuan-tuan bersidang pada hari ini ialah kerana saya hendak mendengar fikiran dan pendapat tuan-tuan di dalam masalah yang besar ini dan di dalam pada itu daripada pihak saya pula,saya suka memberitahu kemajuan-kemajuan yang telah dicapai didalam soal Perlembagaan negara kita yang akan merdeka itu serta memberitahu tuan-tuan akan perkara-perkara yang menjadi ranjau dan duri di dalam perjalanan kita menuju ke hari kebesaran dan kemuliaan yang kita sama-sama menantinya itu.

Perkembangan yang ada di dlam kalangan UMNO hari ini dan kesedaran politik yang sihat pada ahli-ahlinya adalah memberikan peransang dan galakan yang kuat kepada saya dan rakan-rakan saya untuk meneruskan perjuangan kita sehingga tercapai segala maksud dan cita-cita kita semuanya.

Sekarang sudahlah sampai masanya yang boleh disifatkan sebagai yang teramat penting di dalam perjuangan kita untuk mencapai kemerdekaan.Dengan adanya persetujuan ini,negara persekutuan akan mempunyai seorang Yang Di Pertuan Besar daripada Raja-Raja Melayu,Ugama rasminya Islam,Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaannya Bahasa Melayu dan juga apa-apa hak Melayu yang telah diperuntukkan di dalam perjanjian-perjanjian dapat dikekal dan dipeliharakan.Persetujuan yang didapati antara ketiga-tiga parti ini di dalam perkara-perkara tersebut adalah persetujuan besar,yang mengandungi erti yang dalam.Apabila kita mendapat persetujuan itu kita telah berasa puashati dan bolehlah disifatkan persetujuan itu sebagai satu kemenangan yang besar bagi UMNO di dalam usahanya berkira bicara dengan rakan-rakannya di dalam Perikatan.

Penyata Reid adalah satu Penyata yang telah digubal oleh Suruhanjaya di dalam makna bebas sepenuhnya.Suruhanjaya di dalam makna bebas yang sepenuhnya.Suruhanjaya ini telah menimbangkan dengan samarata dan dengan tidak berat sebelah.Di dalam pada itu Suruhan jaya ini telah memberikan pertimbangan yang berat kepada orang-orang Melayu sebagi tuan punya negeri.Kalau ada apa-apa kekurangan di dalam penyata dan syor Perlembagaan itu,terpulanglah kepada kita untuk membetulkan mana-mana perkara yang patut dibetulkan.Di dalam syor Perlembagaan itu ada beberapa perkara mustahak diperbaiki supaya orang Melayu tidak hilang haknya dan lain-lain tidak teraniaya.

Inilah garis-garis atau perkara besar yang kita tuntut dengan sekuat-kuatnya dan kita tidak berganjak daripada itu atau menerima kurang daripada yang kita telah persetujukan itu.Tatkala menerangkan cara-cara hendak menukarkan negeri ini daripada tarafnya sekarang kepada taraf negara yang merdeka dan berdaulat pada 31 Ogos 1957 Dari segi undang-undang,mustahaklah dibatalkan Perjanjian Persekutuan yang ada pada hari ini lebih dahulu dan kemudian baharulah digantikan dengan Perlembagaan yang baharu apabila telah dipersetujui oleh semua pihak yang berkenaan.

Jalan atau cara yang dengannya Perjanjian itu boleh dibatalkan ialah dengan membuat satu perjanjian baharu diantara Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu dengan Baginda Queen yang didalamnya Baginda Queen menarik balik naungannya atas negeri ini dan Raja-Raja Melayu menarik balik ikrar mereka untuk menerima nasihat British dan tidak berhubung dengan Kerajaan asing dan juga Baginda Queen hendaklah menarik balik kuasa dan kedaulatannya atas Pulau Pinang dan Melaka dan menyerahkannya kepada persekutuan."
Maka itu Raja-Raja Melayu telah bersetuju dengan perbincangan yang dibuat diantara Pihak Tunku,
wakil wakil Working Party,Kerjaan British maka Raja-Raja Melayu akhirnya telah mengeluarkan wasiat yang lebih dikenali sebagaI 7 Wasiat Raja-Raja Melayu seperti di bawah:



Perkara-perkara yang diterangkan kepada wakil persidangan  oleh Tunku Abdul Rahman termasuklah mengenai:
  1. apa yang telah berlaku di dalam rundingan Badan Kerja(Working Party) yang terdiri daripada tiga pihak,kerjaan perikatan,Raja-Raja Melayu dan kerajaan British sejak bermulanya mesyurat tersebut dari tarikh 22 Febuari 1957.
  2. Persetujuan yang telah dicapai mengenai perkara-perkara besar berkenaan Ugama,Raja-Raja berkuasa di atas hal ugama di negerimasing-masing.Tetapi bagi Pulau Pinang dan Melaka terserah kepada Yang Di Pertuan Besar.
  3. Berkenaan Bahasa,tidak akan ada Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan di dalam negeri ini melainkan Bahasa Melayu sahaja.
  4. Soal Hak Istimewa orang Melayu terserah kepada Yang Di Pertuan Besar(Yang Di Pertuan Agung) untuk menjaga dan memeliharanya.
  5. Tanah reserve dikekalkan dan ditambah dengan kawasan-kawasan Melayu(Malay Settlements) di adakan di Pulau Pinang dan Melaka.
  6. Tentang kerakyatan tidak disetujui dengan 2 taraf kerakyatan dan telah dipinda dengan menentukan bahawa seorang yang hendaklah memutuskan kerakyatan negerinya yang asal.
Akhirnya setelah dibahaskan dan dibincangkan akhirnya semua perwakilan bersetuju dengan Penyata yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid yang mana akhirnya kita Merdeka dan kita bebas daripada penjajahan.