peringatan

Kandungan Blog ini lebih kepada sejarah perjuangan orang Melayu dan isu-isu semasa........segala pandangan warisan ksl adalah pandangan peribadi sahaja......







Friday, January 8, 2010

Ini yang Anwar Antartuk mahukan???


Warisan ksl mengecam sekeras-kerasnya tindakan membakar Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur tengah malam semalam.Aku mendengar khabar angin bahawasanya akan ada beberapa gereja akan turut di bakar.....

Bagi aku ini semuanya berpunca daripada manusia bernama Anwar Ibrahim seorang manusia yang bertopengkan syaitan yang mana sanggup menjual agama demi meraih undi bangsa asing yang mana akhirnya agama lain mula berani memperkotak katikkan orang Islam di Malaysia...Aku rasa ini semua salah satu sandiwara politik yang dibuat oleh mereka-mereka yang berkenaan untuk menakut-nakutkan orang bukan melayu supaya memandang kerajaan yang ada sekarang adalah "racist" dan bersifat perkauman.Apabila ketakutan mula ada pada mereka kemungkinan undi bangsa asing akan meningkat kepada PKR laknatullah...


Ataupun ini satu lagi plot permulaan kemarahan orang melayu atas isu "Allah" boleh digunakan di gereja.
Bagaimanapun kita tunggu laporan forensik untuk memastikan samada kebakaran tersebut akibat litar pintas ataupun perbutan khianat......

Wahai Anwar kenapa tiada sepatah perkataan kau pun keluar daripada mulut kau mengenai isu perkataan "Allah"...Kenapa berdiam diri?takut ke?atau satu strategi politik murahan kamu......Aku rasa kau patut bersara dari dunia politik dan tumpukan perbicaraan kes liwat kau tu....

Apa dah jadi PAS?Kenapa takut?Kenapa Bacul?Atau ini sebenarnya tanda-tanda awal Doa Tuan Guru Nik Ajis makbul.Dari kes menantu timbul,kemudian,perletakan jawatan setiausaha sulit beliau,kemudian kes saman,kenyataan yang tak sekata Nik Ajis sebelum ini dengan sekarang dan yang terbaru Nizar yang kemalanggan kereta baru-baru ni.Aku nasihat kat korang"Jangan undang Bala"Jangan riak dengan pakaian jubah dan serban....kalau hidung dicucuk macam lembu oleh orang kafir....tak guna dipanggil parti konon-kononnya memperjuangkan Islam.Aku pun "confuse"..PAS ni perjuangkan Islam apa?Islam LIBERAL KE?ATAU ISLAM DAP?atau ISLAM wahabi?Kepada yang pandai tolong beritahu kat aku?
Apapun perasaan mana-mana pihak mengenai isu penggunaan kalimah 'Allah' oleh pihak majalah Herald, perbuatan memusnahkan tempat ibadat seperti yang berlaku semalam langsung tidak boleh dipertahankan. Jika ada orang Islam yang bertanggungjawab terhadap insiden ini, mereka sepatutnya malu dan insaf dengan perbuatan mereka kerana Islam sendiri jelas menuntut umatnya menghormati kebebasan beragama orang bukan Islam.
Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan menyatakan, (1) "Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan". Boleh diamalkan secara bebas selagi ianya tidak menggugat perasaan dan ketenteraman penganut agama Persekutuan yang majoritinya lebih besar. Apa yang telah berlaku pada pagi 8 Januari 2010 di Gereja Assumption di Petaling Jaya, Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Gereja Life Chapel, Seksyen 17, Petaling Jaya menunjukkan bahawa terma aman damai dalam kebebasan beragama sudah tiada lagi.

Tidak pasti siapa punya angkara kebakaran gereja tersebut. Mungkin ada pihak ketiga yang cuba menaguk di air keruh. Tindakan menyerang gereja tersebut amatlah tidak wajar. Apa yang pasti ianya berkaitan dengan penggunaan kalimah Allah SWT yang dipohon penggunaannya oleh Herald Tribune dan Gereja Katholik. Di Sarawak pada awal penyebaran Kristian dulu, perkataan yang digunakan adalah "alloah" bukannya "Allah". Seharusnya pihak Gereja Katholik membuat semakan yang terperinci mengenai sejarah awal bukan menjadikan alasan permintaan daripada Vatican City untuk mencetuskan keadaan tidak aman dan damai di negara ini.

Benar, Allah adalah Tuhan untuk semua manusia dan sekalian alam. Namun yang membezakan antara orang Islam dan kafir adalah dua kalimah syahadah. Orang Islam bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah. Bezanya kafir tidak mengucap dua kalimah syahadah. Mereka hanya mahu gunakan satu kalimah sahaja. Kristian percaya bahawa "Jesus is son of God". Apa akan jadi kalau God itu digantikan dengan kalimah Allah oleh Kristian? Ini jelas sekali bertentangan dengan sifat-sifat Allah SWT. Mereka yang liberal tetap dengan fahaman mereka. Namun yang sedihnya, ada juga pemimpin mahasiswa yang memimpin Persatuan Islam di USM menyatakan "jadi tidak perlulah kita menjadi hero seolah-olah kita menjaga sungguh agama kita, sedangkan pada hakikatnya sebaliknya yang berlaku" Kumpulan Pro M ini pandangannya sudah sama dengan Anwar Ibrahim. Tidak berani mereka bercanggah pendapat biarpun perkara itu dikatakan wajib oleh Majlis Fatwa. Apakah YDP PMIUSM ini tidak membaca keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan .

Majlis Raja-Raja perlu menamatkan polemik isu kalimah Allah ini dengan segera. Fatwa yang sudah dikeluarkan pun diketepikan. Mungkin mereka yang menolak itu lebih alim dan warak dari mufti sendiri. Apa akan jadi di masa depan jika semakin ramai orang Islam yang sebegini. Pegang kuatlah pada dua kalimah syahadah dan ikutlah ajaran "imam" sebenar. Mengapa perlu menyokong permohonan paderi dan bishop-bishop, sedangkan pandangan mufti sendiri diketepikan. Penyelewengan Yahudi dan Nasara amat halus, berhati hatilah. Jagalah aman dan damai di negara ini.

Malaysia adalah sebuah negara majmuk; sudah pasti dari semasa ke semasa akan berlaku perselisihan faham dalam isu yang mempunyai dimensi perkauman atau keagamaan. Apa yang penting adalah sebuah rakyat yang bersatu mesti matang dalam menyelesaikan sebarang masalah dengan cara berhikmah serta sentiasa menghormati hak dan sensitiviti satu sama lain.

Warisan ksl berharap semua pihak akan berhati-hati dalam kenyataan dan perbuatan selepas ini serta menggesa pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab atas perbuatan jenayah ini, demi keselamatan dan keharmonian negara.

Warisan ksl tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Dr Siddiq Fadzil yang bertajuk "Allah inti akidah, kenapa mahu gugat?"seperti disiarkan oleh PenghuniGua.klik sinihttp://arifomar.blogspot.com/

Artikel tersebut seperti di bawah:


Selama berabad-abad Malaysia (dan sebelumnya Tanah Melayu) yang terbentuk daripada gabungan negeri-negeri Melayu ini dirujuk sebagai model negara berbilang-bilang kaum dan agama yang rukun, harmonis dan penuh tolerasi.Kejayaan mencipta kerukunan hidup antara agama adalah suatu prestasi ketamadunan dan kemanusiaan yang tidak ternilai.


Faktor kunci kejayaan ini tidak lain adalah sikap ramah bangsa Melayu-Muslim yang menjadi golongan majoriti dan sekali gus “tuan rumah”. Keramahan luar biasa yang memang menjadi watak bangsa inilah yang memungkinkan penganut pelbagai agama (Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain) di negara ini menikmati kebebasan dan keselesaan mengamalkan agama masing-masing tanpa gangguan.

Selama ini kerukunan hidup sedemikian itu dapat dipertahankan kerana adanya sikap menghargai keramahan (Melayu-Muslim) tersebut, di samping adanya rasa hormat terhadap kedudukan istimewa agama Islam sebagai agama persekutuan, juga kerana adanya kesedaran terhadap realiti kesejarahan dan kebudayaan negara ini.Memang dalam sejarahnya negeri-negeri Melayu adalah bahagian daripada warga rumpun besar Dar al-Islam.

Kesedaran tentang hakikat-hakikat inilah yang melatari keharmonian hubungan antara kaum dan agama selama ini.Justeru, kesedaran tersebutlah yang membentuk sikap saling memahami dan menghormati batas dan sempadan daerah keagamaan masing-masing. Kaum bukan Muslim umumnya cukup memahami daerah sensitiviti masyarakat Melayu-Muslim, dan demikian pula sebaliknya.Kerana itu, hal-hal yang berkaitan dengan kedudukan Melayu dan Islam biasanya tida diusik atau diganggu.

Ketegangan di sekitar isu pemakaian kalimat Allah ketika ini berpunca akibat kegagalan menghayati tradisi menjaga sensitiviti umat Melayu-Islam. Mereka yang berkeras mahu menggunakan kalimat Allah dalam konteks agama Katholik bukan tidak tahu tentang keberatan umat Islam terhadap tuntutan mereka.Sikap tersebut tidak lain adalah gejala hilangnya kepedulian terhadap perasaan dan pendirian orang lain.

Seharusnya mereka berusaha untuk cuba memahami keberatan umat Melayu-Muslim terhadap pemakaian nama Allah dalam konteks agama selain Islam. Bagi umat Islam, Allah di atas segala-gala. Demikianlah hakikatnya, Allah selama-lamanya ultimate concern bagi kaum Muslimin. Syahadat pertama keislaman mereka adalah kesaksian tentang hakikat ketiadaan tuhan selain Allah (Yang Maha Esa).Hanya Dia yang bernama Allah, nama yang dipilih sendiri oleh Allah khusus untuk diri-Nya, tidak siapa pun boleh memakainya selain Allah sendiri. Ia adalah al-ism al-a'zam, nama agung bagi dhat yang wajib al-wujud.


Ia adalah nama yang merujuk Dhat yang meliputi seluruh sifat ketuhanan.Sebagai nama khusus-Nya, ia berbeza daripada nama-nama-Nya yang lain seperti al-Qadir, al-'Alim, al-Rahim yang boleh dipakai oleh yang lain-lain. Kerana kekhususannya itu jugalah nama-nama-Nya yang lain itu dinisbahkan kepada nama Allah, lalu disebut asma'u 'Llah (nama-nama Allah).Al-Sabur, al-Shakur, al-Qadir misalnya disebut sebagai nama-nama Allah, tetapi tidak boleh disebut sebaliknya, Allah adalah nama al-Shakur atau al-Sabur.

Demikianlah hakikat kalimat Allah sebagai nama khas ('alam) yang tidak dipakai untuk selain-Nya.Allah bukan nama am yang siapa sahaja boleh memakainya, dan bukan juga kata umum tanpa makna dan definisi tertentu sehingga siapa sahaja boleh memaknainya. Andainya kalimat Allah dimaknai lain daripada makna dan definisi hakikinya, jelas akan menimbulkan kekacauan semantik yang serius.

Bagi umat Melayu-Muslim, sejak mula kalimat Allah sudah sedia terpadu dengan definisi yang mantap dan muktamad, definisi yang diungkapkan oleh Allah sendiri dalam surah al-Ikhlas, “Katakanlah: Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.”Penurunan surah tersebut dilatari peristiwa kedatangan sekumpulan orang Yahudi meminta Nabi SAW memberikan pemerian tentang Tuhannya.

Kerana itu surah ini bermula dengan kata Qul (katakanlah) yang kemudian diikuti dengan ayat-ayat yang mengandungi rumusan definisi tentang Allah.Ternyata Allah adalah nama yang menyebatikan makna bersifat tauhid, nama yang menolak syirik, dan sekali gus nama yang menafikan faham tritunggal (tidak beranak dan tidak diperanakkan). Kerana itu surah ini disebut juga dengan nama Suratu 't-Tawhid.Memang ia surah yang merumuskan faham tauhid yang semurni dan semutlaknya. Ayat-ayat dalam surah ini juga dengan jelas mengungkapkan makna bahawa Allah adalah "...a personality", bukan sekadar suatu konsep falsafi yang abstrak.Surah al-Ikhlas adalah antara sekian banyak surah dan ayat al-Qur'an yang membawa mesej peralatan konsep (conceptual correction) terhadap pemakaian nama Allah di kalangan masyarakat pra-Islam termasuk sebahagian suku-suku Arab jahiliah dan kaum Nasrani.

Mereka memakai nama Allah dalam konteks faham syirik, termasuk faham al-tathlith atau tritunggal. Ayat-ayat korektif tersebut rata-rata membawakan makna dan nada ketidakrelaan Allah terhadap pemakaian nama-Nya dalam konteks yang menyimpang daripada prinsip kemurnian dan kemutlakan tauhid.Demikianlah kalimat dan nama Allah yang difahami oleh umat Melayu-Muslim umumnya, lalu bagaimana mungkin mereka yang saban hari membaca dan menghayati surah al-Tawhid akan dengan senang merelakan Nama Suci dan Agung ini dipakai dalam konteks faham syirik.

Sikap berkeras mahu menggunakan juga kalimat Allah (sekalipun dengan mengguris perasaan sebahagian besar umat Melayu-Muslim) menimbulkan tanda tanya, ada apa sebenarnya? Selama ini, sejak ratusan tahun, tanpa memakai nama Allah, para penganut Katholitik telah dapat mengamalkan agama mereka dengan leluasa.Ajaran Katholik dapat difahami oleh para penganutnya, malah telah dikembangkan tanpa masalah. Lalu kenapa sekarang isu ini dibangkitkan dan diperjuangkan dengan cara yang begitu provokatif?

Mereka bukan tidak tahu betapa sensitif dan eksplosifnya isu ini. Mereka juga bukan tidak tahu bahawa isu ini menyentuh jantung ajaran agama Islam.

Rasanya wajar sekali kita merenung kata-kata Gopal Raj Kumar yang kami petik di bawah ini:

What Catholics appear to be seeking here is an extension to that form of racism that whatever non Malays and non Muslims wish to do in the name of religion has to be tolerated in the name of a half written constitution.


Whilst at the same time arguing against everything that the Malays as a majority in a democracy do as wrong and racist.Catholics must learn to reciprocate in kind to a people in whose country they have been treated with much reverence, dignity and respect over centuries.Malaysia although fundamentally a Muslim state has, advocated for and advanced Catholic (and other religious causes and purposes) without the let or hindrance of religious intolerance like that imposed on them by the Thais, Burmese, Philippines, Australians, Chinese and more recently the Swiss.Much of the reason we are able to debate such issues and to read and write about it today it is often argued is the result of a good Catholic education.


Wrong! It is equally the result of Malay Muslim generosity in allowing the propagation of the faith, its schools and other institutions to thrive and its tolerance of their values.It is a pity that in return all that the Catholic church has to offer is an insult to the Malays and Malay Muslims in persuing such a worthless policy of provocation.In a demonstration of its faith in its own credo of Good Christian Charity and goodwill, the Catholic Church ought to withdraw the ridiculous and provocative demand now legitimised by a flawed decision.


It should demonstrate that it ought not to be allowed the sinister use of one Arabic word Allah which is clearly a thorn in the side of its Malay majority hosts.The church may do so without any embarrassment to itself. On the contrary with one fell act of goodness and respect it would build a bridge of understanding likely to last forever as a monument to its credo, rather than for the blemishes in its record of insults, abuse, its betrayal to the colonials and the undermining of the cultural and religious sensitivities and heritage of Malaysia's majority http://takemon.wordpress.com.

Isu ini seharusnya diselesaikan secepat dan sebijaksana mungkin. Semakin lama dipolemikkan, akan semakin panjang rentetan persoalannya. Sikap berkeras mahukan sesuatu yang jelas-jelas tidak dapat diberikan akan menimbulkan dugaan adanya agenda terselubung di balik tuntutan tersebut.

Ia akan ditafsirkan sebagai strategi “lulus jarum, lulus kelindan”, selepas kalimat Allah akan banyak lagi istilah-istilah Islam yang dikatholikkan seperti kalimat syahadat, solat, zakat, haji dan lain-lain lagi. Isu ini akan memarakkan spekulasi bahawa ia adalah bahagian daripada agenda besar mengherotkan Islam dengan memakai istilah-istilah Islam yang dirobah erti dan isinya.Masyarakat Islam akhirnya akan mengalami kekeliruan yang serius dan tidak lagi mengenal Islam yang murni.

Lebih jauh lagi isu ini akan membangkitkan semula kenangan pedih masa lalu, zaman awal kedatangan penjajah Barat yang membawa agenda pengkristianan rakyat peribumi Melayu.Arkitek penjajahan Inggeris di rantau ini Stamford Raffles tidak datang hanya untuk mengaut kekayaan, tetapi juga datang dengan misi dan cita-cita pengembangan Bible Society. Kegiatan menyebarkan agama Kristian di kalangan peribumi Melayu itu dilakukan atas nama “...cultivating the waste and barren soil of the native mind”.

Usaha mengkristiankan orang Melayu telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, termasuk dengan menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Melayu. Untuk itu mereka telah mendapatkan khidmat Abdullah Munsyi. Bagaimanapun orang Melayu berpegang kuat dengan Islam.Abdullah Munsyi yang terlibat dalam penterjemahan Bible mendapat gelar ejekan "Abdullah Paderi".Catatan tersebut seharusnya sudah menjadi "perkara masa lalu" yang sudah tidak relevan lagi dalam konteks semangat masa kini, era membina kesatuan dalam kepelbagaian.

Provokasi-provokasi keagamaan sehausnya dihindari, dan tuntutan yang menjadi keberatan umat Melayu Islam ini harus dihentikan.Apapun yang berlaku pada pemakaian kalimat Allah di luar Malaysia tidak semestinya relevan dengan masyarakat kita. Isu ini harus dilihat secara kontekstual. Realiti sejarah dan budaya Malaysia memang tidak memungkinkan pemakaian kalimat Allah di luar konteks keislaman.

Fiqh kita mengambil kira 'uruf ahl al-balad (budaya warga setempat). Antara yang harus menjadi pertimbangan utama dalam isu ini ialah mafsadah atau kesan buruknya yang perlu dihindari.

Kesimpulan yang warisan ksl buat daripada artikel di atas adalah Pandangan ini bagus untuk kita semua fikirkan. Lagi baik dibaca dan difikirkan oleh semua orang Islam tidak kira apa parti pun.Janganlah kerana kuasa politik kita sanggup menggadaikan maruah agama demi kepentingan dan dendam peribadi.Janganlah kerana kita tidak setuju ke atas sesuatu perkara kita sanggup menghalalkan segala tindakan yang di buat oleh orang bukan Islam.


 Kepada  yang menyokong penggunaan kalimah ini oleh pihak gereja katolik dengan alasan bahawa ia satu dakwah, tak usah nak berbelitlah. Kalau nak dakwah , pergi le terus kepada golongan ini. Bukan membenarkan mereka gunakan kalimah ini. Tak kena caranya. Pernah PAS berdakwah untuk mereka? Jauh sekali. !!!!

Cukuplah!!!janganlah lagi bersandiwara ibarat "mulut manis tapi lidah berkait" ataupun ibarat "mulut disapu madu tetapi buntut bawa sengat"akhir nya tanpa kita sedar yang merosakkan agama Islam di negara Malaysia kita kelak bukanlah penganut agama lain tetapi adalah orang Islam yang tidak sedar mereka telah menjual dan melacurkan agama Islam itu kepada orang bukan Islam....

1 comment:

Koyok Jepun said...

Salam Saudari Warisan KSL!
saya bersetuju dengan Pendapat saudara! Dimanakah pejuang2 melayu yang lain!Bangunlah anak bangsaku.

Aku tak faham lah fungsi Menteri Dalam Negeri! Menteri Penerangan!

mana Pejuang2 Umno, PAS & PKR yg lain!elizibeth bogel Geng Pembangkang korang sibuk defence,ni agama nak kena bogel korang semua dok senyap lagi,bodoh btl la korang2 ni semua yg dok senyap lagi!Dah La Bebal,Bodoh,sombong pulak tu