peringatan

Kandungan Blog ini lebih kepada sejarah perjuangan orang Melayu dan isu-isu semasa........segala pandangan warisan ksl adalah pandangan peribadi sahaja......







Friday, January 1, 2010

Sejarah Penyata Reid-Ucapan Tunku Abdul Rahman di Persidangan Agung Tergempar UMNO pada 28 March 1957 di Kuala Lumpur

Sebelum Penyata Reid diterima oleh semua rakyat demi mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.Warisan ksl ingin membawa pembaca kembali menghayati bagaimana tergemparnya orang Melayu ketika itu jika orang Melayu menerima Syor-syor perlembagaan sebagaimana yang dirancangkan oleh Suruhanjaya Reid.Apakah bencana besar menimpa ke atas nasib-nasib orang -orang Melayu jika menerima syor-syor tersebut yang mana akhirnya Tunku Abdul Rahman sebagai YDP UMNO ketika itu membuat persidangan Agung tergempar untuk membincangkan perkara tersebut bagi memberi peluang kepada semua untuk berbincang dan bercakap sepuas-puas hati terhadap perkara tersebut.Persidangan itu telah dihadiri oleh 125 orang pegawai dan wakil UMNO negeri di seluruh Persekutuan dan Singapura.
Inilah ucapan Tunku Abdul Rahman tatkala membuka persidangan tersebut:

"Saya dengan sukacitanya mengalu-alu dan mengucapkan selamat atas kedatangan tuan-tuan dan puan-puan dari jauh dan dekat menghadiri Perhimpunan Agung ini.Saya telah meminta supaya diadakan Perhimpunan Agung ini di dalam keadaan yang tergempar dan sebelum tuan-tuan sekelian mendapat peluang yang sepenuh-penuhnya dan secukup-cukupnya untuk mengkaji dan menghalusi Syor Perlembagaan Persekutuan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid itu ialah kerana didalam soal kebangsaan yang begini besar yang akan menentukan  nasib kita dan bangsa kita turun temurun patutlah tiap-tiap seorang daripada kita memikul tanggungjawabnya dan beserta di dalam memberikan pandangan dan pendapat.

Saya menjemput tuan-tuan bersidang pada hari ini ialah kerana saya hendak mendengar fikiran dan pendapat tuan-tuan di dalam masalah yang besar ini dan di dalam pada itu daripada pihak saya pula,saya suka memberitahu kemajuan-kemajuan yang telah dicapai didalam soal Perlembagaan negara kita yang akan merdeka itu serta memberitahu tuan-tuan akan perkara-perkara yang menjadi ranjau dan duri di dalam perjalanan kita menuju ke hari kebesaran dan kemuliaan yang kita sama-sama menantinya itu.

Perkembangan yang ada di dlam kalangan UMNO hari ini dan kesedaran politik yang sihat pada ahli-ahlinya adalah memberikan peransang dan galakan yang kuat kepada saya dan rakan-rakan saya untuk meneruskan perjuangan kita sehingga tercapai segala maksud dan cita-cita kita semuanya.

Sekarang sudahlah sampai masanya yang boleh disifatkan sebagai yang teramat penting di dalam perjuangan kita untuk mencapai kemerdekaan.Dengan adanya persetujuan ini,negara persekutuan akan mempunyai seorang Yang Di Pertuan Besar daripada Raja-Raja Melayu,Ugama rasminya Islam,Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaannya Bahasa Melayu dan juga apa-apa hak Melayu yang telah diperuntukkan di dalam perjanjian-perjanjian dapat dikekal dan dipeliharakan.Persetujuan yang didapati antara ketiga-tiga parti ini di dalam perkara-perkara tersebut adalah persetujuan besar,yang mengandungi erti yang dalam.Apabila kita mendapat persetujuan itu kita telah berasa puashati dan bolehlah disifatkan persetujuan itu sebagai satu kemenangan yang besar bagi UMNO di dalam usahanya berkira bicara dengan rakan-rakannya di dalam Perikatan.

Penyata Reid adalah satu Penyata yang telah digubal oleh Suruhanjaya di dalam makna bebas sepenuhnya.Suruhanjaya di dalam makna bebas yang sepenuhnya.Suruhanjaya ini telah menimbangkan dengan samarata dan dengan tidak berat sebelah.Di dalam pada itu Suruhan jaya ini telah memberikan pertimbangan yang berat kepada orang-orang Melayu sebagi tuan punya negeri.Kalau ada apa-apa kekurangan di dalam penyata dan syor Perlembagaan itu,terpulanglah kepada kita untuk membetulkan mana-mana perkara yang patut dibetulkan.Di dalam syor Perlembagaan itu ada beberapa perkara mustahak diperbaiki supaya orang Melayu tidak hilang haknya dan lain-lain tidak teraniaya.

Inilah garis-garis atau perkara besar yang kita tuntut dengan sekuat-kuatnya dan kita tidak berganjak daripada itu atau menerima kurang daripada yang kita telah persetujukan itu.Tatkala menerangkan cara-cara hendak menukarkan negeri ini daripada tarafnya sekarang kepada taraf negara yang merdeka dan berdaulat pada 31 Ogos 1957 Dari segi undang-undang,mustahaklah dibatalkan Perjanjian Persekutuan yang ada pada hari ini lebih dahulu dan kemudian baharulah digantikan dengan Perlembagaan yang baharu apabila telah dipersetujui oleh semua pihak yang berkenaan.

Jalan atau cara yang dengannya Perjanjian itu boleh dibatalkan ialah dengan membuat satu perjanjian baharu diantara Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu dengan Baginda Queen yang didalamnya Baginda Queen menarik balik naungannya atas negeri ini dan Raja-Raja Melayu menarik balik ikrar mereka untuk menerima nasihat British dan tidak berhubung dengan Kerajaan asing dan juga Baginda Queen hendaklah menarik balik kuasa dan kedaulatannya atas Pulau Pinang dan Melaka dan menyerahkannya kepada persekutuan."
Maka itu Raja-Raja Melayu telah bersetuju dengan perbincangan yang dibuat diantara Pihak Tunku,
wakil wakil Working Party,Kerjaan British maka Raja-Raja Melayu akhirnya telah mengeluarkan wasiat yang lebih dikenali sebagaI 7 Wasiat Raja-Raja Melayu seperti di bawah:



Perkara-perkara yang diterangkan kepada wakil persidangan  oleh Tunku Abdul Rahman termasuklah mengenai:
  1. apa yang telah berlaku di dalam rundingan Badan Kerja(Working Party) yang terdiri daripada tiga pihak,kerjaan perikatan,Raja-Raja Melayu dan kerajaan British sejak bermulanya mesyurat tersebut dari tarikh 22 Febuari 1957.
  2. Persetujuan yang telah dicapai mengenai perkara-perkara besar berkenaan Ugama,Raja-Raja berkuasa di atas hal ugama di negerimasing-masing.Tetapi bagi Pulau Pinang dan Melaka terserah kepada Yang Di Pertuan Besar.
  3. Berkenaan Bahasa,tidak akan ada Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan di dalam negeri ini melainkan Bahasa Melayu sahaja.
  4. Soal Hak Istimewa orang Melayu terserah kepada Yang Di Pertuan Besar(Yang Di Pertuan Agung) untuk menjaga dan memeliharanya.
  5. Tanah reserve dikekalkan dan ditambah dengan kawasan-kawasan Melayu(Malay Settlements) di adakan di Pulau Pinang dan Melaka.
  6. Tentang kerakyatan tidak disetujui dengan 2 taraf kerakyatan dan telah dipinda dengan menentukan bahawa seorang yang hendaklah memutuskan kerakyatan negerinya yang asal.
Akhirnya setelah dibahaskan dan dibincangkan akhirnya semua perwakilan bersetuju dengan Penyata yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid yang mana akhirnya kita Merdeka dan kita bebas daripada penjajahan.
 

No comments: