peringatan

Kandungan Blog ini lebih kepada sejarah perjuangan orang Melayu dan isu-isu semasa........segala pandangan warisan ksl adalah pandangan peribadi sahaja......







Saturday, December 26, 2009

Hishamudin!hoi Hishamudin.........


KUALA LUMPUR 24 Dis. - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mungkin diambil tindakan mengikut Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan kononnya Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock mati dibunuh.

Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan tersebut pada persidangan Konvensyen Pakatan Rakyat, baru- baru ini.
Sehubungan itu, satu laporan telah dibuat oleh polis sendiri di sebuah balai polis di Selangor.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar (gambar) berkata, sesiapa pun termasuk Guan Eng tidak mempunyai hak untuk membincangkan mana-mana perkara yang masih dalam inkues.
"Saya nasihatkan Yang Berhormat supaya tidak bercakap sesedap mulut. Bila bercakap pasal bunuh, ia boleh menghasut orang mempercayai yang mangsa dibunuh walhal inkues masih dijalankan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) yang ke-54 di Pangkalan PSP di sini hari ini.
Pada masa yang sama, Khalid meminta Setiausaha Agung DAP itu supaya tidak mengganggu perkara yang belum diputuskan.
Kata beliau, tindakan Guan Eng itu boleh diambil tindakan mengikut Akta Hasutan.

Banyak kali pemimpin pakatan pembangkang bersama dengan barua-barua dan pencacai-pencacai membuat kenyataan berunsur perkauman dan hasutan yang mana boleh menjejaskan kestabilan politik dan kententeraman kaum.

Wahai Dato Seri Hishamudin Menteri Kementerian Dalam Negeri kalau tidak berani membuat tindakan ke atas mereka warisan ksl berpendapat elok letak jawatan sebagai menteri atau menjaga kemeterian yang lebih ringan seperti kementerian wanita atau kementerian industri asas tani ke....

Dato Seri tak berani membuat tindakan ke? atau pun masih dibuai mimpi indah kerana memenangi jawatan Naib Presiden UMNO.......

Bangun Dato Seri!Bangun Dato Seri........Jangan jadi orang lembik.....!tunjukkan kewibawaan Dato Seri......

Campak pengkhianat ni semua di bawah Akta ISA.......CLIK SINI http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/ 

3 comments:

Datuk zulshaari said...

salam ayahanda..

warisan tmk said...

Amat bersetuju dengan gesaan sdra bahawa tindakan tegas perlu diambil ke atas mereka yang melanggar Akta Hasutan. Akta hasutan telah menggariskan dengan jelas perkara-perkara yang dianggap sensitif, termasuk HAK ISTIMEWA MELAYU.

Kenapa tidak banyak suara sumbang rakyat Singapura mengkritik kerajaan mereka? Kenapa tidak ada suara sumbang rakyat Cina mencerca Kerajaan Komunis Cina? Tidak lain dari penguatkuasaan undang-undang pencegahan mereka secara tegas. Malah, jika perlu, kereta kebal pun digunakan, sebagaimana di Tinnamen Square, Cina.

Koyok Jepun said...

Salam kpd Ayahanda