peringatan

Kandungan Blog ini lebih kepada sejarah perjuangan orang Melayu dan isu-isu semasa........segala pandangan warisan ksl adalah pandangan peribadi sahaja......







Wednesday, December 9, 2009

MENANGANI CABARAN SISTEM PENDIDIKAN NASIONAL

Dalam sistem pendidikan Negara,anak-anak telah mula mempunyai hubungan dengan institusi pendidikan seawal usia empat tahun.Lazimnya mereka dihantar ke taman asuhan seterusnya ke sekolah.Mereka dilengkapi dengan buku dan alat tulis serta pakaian seragam serta mengikuti sesi persekolahan selama enam atau tujuh jam sehari.Itu belum termasuk jadual pendidikan sampingan anak-anak seperti tuisyen,kelas agama dan fardu ain(KAFA) atau kegiatan kokurikulum.Kehidupan seharian anak-anak yang diprogramkan sebegini rupa menunjukkan kepentingan budaya menimba ilmu.Hal ini penting dalam membentuk manusia yang seimbang nilai rohani,jasmani,emosi dan intelektualnya.

Syabas saya ucapkan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran yang mengembalikan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains kembali dalam Bahasa Melayu.Saya menaruh harapan beliau dapat memperjuangkan dan mempertabatkan Bahasa Melayu ditempat yang sepatutnya.

Isu Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) telah membuka mata semua pihak dalam semua golongan daripada cerdik pandai melayu kononnya serta semua golongan rakyat dan juga tidak dinafikan golongan ahli politik yang mengekplotasikan isu ini sampai berdemontrasi ditepi jalan.Konon-kononnya memperjuangkan bahasa melayu.Tidak salah untuk menentang PPSMI tetapi ingat;

“Kita bukan kroni.Kita merupakan komuniti Melayu Besar,kroni komuniti Melayu Kecil yang mempunyai adap dan tatasusila yang tinggi.”

Kenapa perlu berdemontrasi ditepi jalan bukankah kita ada saluran yang lebih baik dalam membincangkan isu tersebut.Akhirnya kita melihat tokoh-tokoh sasterawan dan cendikiawan melayu dan segelintir golongan bangsa melayu secara tidak sedar telah dipergunakan untuk mencapai cita-cita politik sesetengah pihak.

“Banyak perkara ingin disentuh ,tetapi dasarnya adalah tahap pemikiran orang Melayu atau mentaliti orang Melayu.Sekali lagi Melayu mudah lupa.Dalam banyak hal kita sebenarnya tidak tahu punca ilmu dan perkatakan.”

Sekarang PPSMI telah dimansuhkan.Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains akan diajar kembali dalam bahasa Melayu.Kini tiba masanya golongan-golongan yang mengaku cerdik pandai melayu,Sasterawan melayu membantu pihak kerajaan bagaimana hendak mempertabatkan bahasa Melayu dalam semua subjek pembelajaran Matematik dan Sains.Jangan hanya tahu berkarya dalam penulisan cerpen,sajak,bermadah dan berpuisi sahaja.Tetapi yang paling penting adalah memertabatkan bahasa melayu dalam bentuk “metodologi.”Mereka haruslah membantu kerajaan dalam menyediakan semua modul subjek pelajaran dari sekolah rendah,menengah dan dan seterusnya sampai ke universiti dalam bahasa Melayu.Itupun Kalau benar-benarlah hendak memperjuangkan bahasa Melayu.Saya teringat ketika saya melangkah keuniversiti.Saya berasal dari Sekolah aliran Melayu pada mula-mulanya sukar untuk menyesuaikan diri kerana buku pembelajaran semuanya dalam bahasa Inggeris.Amat sukar untuk mendapatkan buku-buku rujukan dalam bahasa melayu.Jika benar-benar la kita hendak membina satu Tamadun Melayu hendaklah diwajibkan semua pembelajaran dalam semua subjek tidak kira subjek akaun,arkitek,kejuruteraan,kedoktoran,pengajian perniagaan dan sebagai hendaklah diwajibkan dalam bahasa melayu.Para cendikiawan yang bergelar profesor atapun sasterawan inilah masanya bersama-sama mengembleng tenaga bersama-sama kerajaan dalam merangka pelan pembelajaran bahasa melayu dalam semua aspek pendidikan dari sekolah rendah ke universiti termasuk dalam menyediakan buku-buku rujukan subjek dalam bahasa melayu.Jikalau tidak pelajar melayu akan ketinggalan dalam semua aspek.Kepada badan-badan seperti Dewan Bahasa dan Institut Bahasa yang ditubuhkan kerajaan; mereka seharusnya berkerja keras dalam memperjuangkan Bahasa Melayu.Sudah lama ditubuhkan tetapi tidak nampak keberkesanannya.Harap-harap Kerajaan memandang serius perkara ini.Kalau boleh buat pengstrukturan semula terhadap dua badan tersebut.Berikan kuasa yang lebih luas dalam menguatkuasakan undang-undang mengenai penggunaan bahasa melayu.Kerajaan juga haruslah memberi ruang yang luas kepada mereka dalam membantu mempertabatkan bahasa Melayu di dalam kementerian pelajaran dan di universiti awam.

“Dinamika umat Melayu hanya menyerlah semula dengan kita membuka pintalan ikatan kejumudan fikiran,taksub,cepat membuat tafsiran.Umat yang terpanggil dengan iqra mendahului zaman.”

Kini kita perlu mengembeling tenaga dan kepakaranpelbagai bidang ilmu dan pendidikan untuk bangun menjadi umat yang dinamik.Kita mesti melepaskan diri dari ikatan ilmu-ilmu yang di bawa oleh sistem kapitalis.Kalau boleh kita melayukan semua bidang ilmu dan pendidikan tersebut.Melayukan semua sistem ekonomi.Segala urusan koporat dan perniagaan dibuat dalam bahasa melayu.Semua surat rasmi kerajaan dan swasta juga diwajibkan dalam bahasa melayu.Kita hendaklah mengubah persepsii dan cara berfikir jika mahu menjadi satu bangsa yang terbilang.Sejarah telah menyebut bahawasanya Bangsa Melayu pernah mempunyai satu Tamadun Melayu yang terbilang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.Kita berharap mempertabatkan kembali Bahasa Melayu dari semua aspek pentadbiran,ekonomi dan kehidupan dapat menjadikan Malaysia sebuah Negara yang dihormati oleh Negara-negara lain.

“Membina sesuatu Tamadun adalah sukar tetapi hendak meruntuhkannya adalah mudah dan sekelip mata sahaja”

Ketinggalan dalam ilmu,tertinggal juga dalam ekonomi.Bangsa Melayu dilabelkan sebagai bangsa yang mundur dan miskin.Adakah kita terus mahu dilabel demikian?

Tepuk dada Tanya hati…..

Saya berharap selepas ini tiada lagi pertukaran dasar pendidikan kerana Yang dapat kita lihat setiap kali berlaku pertukaran kuasa di dalam Kementerian Pelajaran maka dasar juga turut berubah.Ini kerana;

“pelajar bukannya satu subjek ujikaji.”

Ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah adalah untuk menuntut kecermelangan dalam akademik dan korikulum.

Dalam kemelut politik,banyak retorik.Jika kita gagal balik ke pangkal jalan ,akhirnya kita sesat.Melayu sesat akan dikata.Sinonimnya,Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu.Tidak ada perkataan mualaf dalam kamus Melayu,yang ada ‘ masuk Melayu’,begitu juga bumiputera,yang ada pribumi.Negara Malaysia tidak akan wujud jika Rakyat berpecah belah.Seharusnya kita sebagai rakyat haruslah menyokong Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Dato Seri Najib Tun Razak .

Bagi pendapat warisan ksl sistem meritokrasi hendaklah dimansuhkan.Ianya tidak banyak membantu pelajar Melayu.Kita jangan lupa sejarah.Pemimpin-pemimpin kita terdahulu mewujudkan biasiswa bukannya pinjaman kepada pelajar melayu.Kita berharap Kerajaan tidak tunduk dengan desakan golongan yang menuntut persamaan hak dalam pemberian biasiswa kepada pelajar cemerlang.Akibat kita tunduk dengan desakan mereka akhirnya kita dapat melihat yang nisbah peratusan pelajar melayu layak menerima biasiswa menurun.

Kita sedia maklum kedudukan orang Melayu dalam ekonomi adalah lebih berkurang jika hendak dibandingkan dengan bangsa Cina dan India.Adakah patut dengan kedudukan orang Melayu sebegini, sistem meritokrasi terus diwujudkan.Kita sebagai Orang Melayu tidak berani menyuarakan hak kita.Sedangkan hak istimewa orang Melayu tercatat di dalam perlembagaan.

“Bila kita sebagai Orang Melayu menyuarakan hak kita?Kita dilabel “Racis”.Tetapi Siapa sebenarnya “Racis”.

Sesungguhnya jika kita renung berdasarkan fakta maka kita akan dapat membuat penilaian terhadap sesuatu pekara.Janganlah kita menilai berdasarkan persepsi semata-mata.Maka kita tidak akan dapat membuat penilaian yang tepat ke atas sesuatu isu.

Marilah kita membentuk semula perpaduan dikalangan orang melayu dan meletakan kedaulatan Raja-raja Melayu pada tempatnya.Marilah kita kembalikan indentiti Bahasa Melayu ketahap yang tertinggi.Mari Kita kembalikan hak biasiswa kepada pelajar melayu dengan sewajarnya.kita jangan tunduk dengan desakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mempertikaikan hak istimewa orang melayu kerana hak istimewa orang melayu ada tercatat  dalam Artikel 152 dan 153 pelembagaan Malaysia.Kepada kita sebagai orang melayu sahajalah yang mengolahnya.Samada hendak baik maka baiklah ia atau kalau buruk maka buruk jugalah ia.

Marilah kita menolak politik kebencian kerana ianya memecah belah dan melemahkan orang melayu.Marilah kita merenung di dalam hadis Rasulullah:

Rasulullah bersabda;

Perbandingan orang mukmin yang dalam cinta menyintai,sayang menyayangi dan saling mengerti ibaratnya satu jasad.Jika salah satu jasad berasa sakit maka berinjak-injaklah ianya keanggota badan yang lain yang mana sama-sama berasa sakit dan berjaga malam.Demikianlah perpaduan dan persaudaraan dikalangan umat Islam.

Oleh itu kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan marilah kita merapatkan barisan dan bersatu padu dalam apa juga keadaan demi anak cucu cicit kita pada masa hadapan.

“Bulat Air Kerana Pembentung,Bulat Manusia kerana Muafakat”

Sekian,Wassalam .

No comments: