peringatan

Kandungan Blog ini lebih kepada sejarah perjuangan orang Melayu dan isu-isu semasa........segala pandangan warisan ksl adalah pandangan peribadi sahaja......







Tuesday, July 6, 2010

lupakan sengketa demi perpaduan UMNO


Petikan blog brother jinggo:
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin menyarankan agar Pemuda perlu berada di barisan depan untuk menjelaskan kepada rakyat isu-isu semasa dengan terperinci agar mereka mendapat maklumat dengan tepat dan betul.

Melihat serangan berbentuk fitnah yang tidak berasas daripada pihak lawan terutama di peringkat bawah perlu diberi tumpuan penting supaya rakyat tidak terkeliru dengan pelbagai fitnah berkenaan yang hebat menular sejak akhir-akhir ini.

Sebagai contoh kita dapat lihat bagaimana Felda difitnah dengan begitu dahsyat. Kenyataan yang dilontarkan kepada agensi berkenaan langsung tidak berasas.

Begitu juga dengan isu-isu lain yang berlegar di kedai-kedai kopi dan sebagainya.

Justeru adalah menjadi tugas pemuda di peringkat cawangan untuk menyatakan perkara yang hakiki kerana pembangkang hari ini dilihat mula agresif menyerang Umno/BN dalam usaha menghadapi pilihan raya umum nanti.

Pemuda Barisan Nasional (BN) harus menyerang parti-parti pembangkang terutama di negeri yang dikuasai mereka hari ini.

Dalam bola sepak pun, kalau kita nak gol, kita perlu melakukan serangan dan inilah yang perlu kita buat.

Disamping kita bertahan dengan memberi penjelasan sebaik mungkin, kita juga perlu menyerang pihak lawan.

Kalau kita asyik bertahan, sampai bila… Waktu sekarang adalah waktu terbaik menyerang pihak lawan kerana waktu pilihan raya semakin hampir dan kita tidak tahu bila akan diadakan pilihan raya umum ke-13.

Khairy juga menyeru agar ahli pergerakan itu mengutamakan kualiti dan bukannya kuantiti.

Pemimimpin silih berganti, namun apa yang penting adalah untuk mencari seseorang pemimpin yang benar-benar berbakat serta berwibawa dalam usaha meneruskan kesinambungan kecemerlangan pergerakan itu sebagai sayap parti.

Begitu juga dalam soal penambahan bilangan daftar pemilih muda. Kita bukan sahaja perlu kenalpasti ahli-ahli kita, malah golongan muda yang lain.

Cari seberapa ramai mungkin mereka yang layak untuk pastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menebus balik tsunami politik pilihan raya umum lalu.

Melihat, “trend” pengundi muda hari ini melihat kepada calon dan bukannya kepada parti.

Beliau sendiri telah membuat “survey” yang mana apabila kita tanya kepada mereka yang berumur apa parti yang mereka akan undi, mereka cakap akan pangkah dacing… Namun jika soalan yang sama ditanya kepada pengundi muda, mereka akan jawab tengok dulu… Kita tengok calon.

Sebab itulah pentingnya pemimpin muda hari ini untuk mendekati dengan lebih dekat golongan belia selain mereka perlu diberikan ruang yang sewajarnya agar golongan muda merasakan mereka diiktiraf.

Bagi pendapat warisan ksl memang betul dan ada kebenaran artikel yang di siarkan oleh Bro jinngo ini keranakita lihat pemuda UMNO sekarang ni semakin longlai dan macam tidak bersemangat dan tiada satu isu pun sejak akhir-akhir ini pemuda UMNO dapat menjadi juara yang dapat dilihat sekarang ini perselisihan dan pertikaian diantara satu sama lain baik di peringkat cawangan,bahagian,negeri mahupun pusat.Nampak dilihat Saudara KJ berseorangan dalam menangani sesuatu Isu.Isu pertikaman lidah diantara saudara KJ dengan Ibrahim Ali.Dapat dilihat tiada satu exco pun yang mempertahankan KJ.Sedangkan sepatutnya semua ahli exco semua peringkat mempertahankan kenyataan yang di buat oleh KJ dengan memberikan fakta-fakta yang tepat kenapa saudara KJ berkata demikian.Tapi malangnya perkara tersebut tidak berlaku.
Bagi pendapat warisan ksl selesaikan dahulu perselisihan dalam antara kalangan pemuda di semua peringkat,satukan mereka semua dan selalu turun padang ke seluruh kawasan pemuda bahagian.Beri penerangaan yang tepat seru mereka bersatu ibarat kata-kata Dato Seri Najib Tun Razak "Selesaikan perselisihan melalui permuafakatan".

Kepada semua ahli pemuda semua peringkat jawatan sudah-sudahlah berselisih faham.Buat kerja demi Parti.Yang penting kembalikan sokongan pengundi Muda.Tak guna pengundi muda mendaftar dengan ramai sebagai pemilih tetapi akhirnya mereka mengundi pembangkang.Wahai Pemuda UMNO jangan terperangkap dengan dakyah dan strategi yang di buat oleh pembangkang yang sentiasa memburukkan Saudara KJ KERANA ITU YANG PEMBANGKANG MAHUKAN supaya pemuda umno berpecah belah dan memberi pandangan negatif daripada ahli pemuda akar umbi dan juga orang-orang muda.

Pemilihan UMNO telah pun lama berlalu lupakan perselisihan.buat kerja dan yang paling penting kembalikan semangat ruh pemuda UMNO seperti yang di bawa oleh pemimpin-peminmpin pemuda dahulu seperti Datuk Harun dan ramai lagi.

Pemilihan UMNO akan datang barulah buat keputusan sama ada hendak kekalkan KJ atau tidak..Kurangkan bermain politik sesama sendiri.
"Sekarang tiba masa pemuda UMNO menyokong Saudara KJ dalam mempertababtkan kemabali Pemuda UMNO di mata masyarakat"



2 comments:

Anonymous said...

Salam Perjuangan,

Benar bagai yang ditulis. Orang melayu wajib bersatu padu, dikala gerakan laknatullah itu sedang melaga-lagakan kita. Cuma, pemimpin melayu hari ini mestilah berani, bijaksana dalam menentang laknatullah-laknatullah pimpinan si pengkhianat bangsa itu.

Tuan, mohon link ke blog saya yang masih hijau dalam perjuangan ini agar dapat kita bersama-sama berjuang demi Agama, Bangsa dan Negara:

http://warkahkalamtimur.blogspot.com/

Dan, mohon izin cilok beberapa gambar menarik di blog tuan ini. Terima kasih.

warisan ksl said...

ok tiada masaalah..