peringatan

Kandungan Blog ini lebih kepada sejarah perjuangan orang Melayu dan isu-isu semasa........segala pandangan warisan ksl adalah pandangan peribadi sahaja......







Wednesday, December 9, 2009

BIRO TATA NEGARA(BTN) DIKATAKAN "RACIS"

APAKAH YANG DIKATAKAN KURSUS BIRO TATA NEGARA(BTN)


Akhir-akhir ini Isu berkaitan KURSUS BIRO TATA NEGARA(BTN) menjadi panas akibat tindakan Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang dikuasai oleh Pakatan Pembangkang yang mana melarang kakitangan kerajaan negeri masing-masing menghadiri kursus anjuran BTN dengan alasan kursus ini bermotifkan politik dan menanamkan semangat perkauman.Tapi apakah sebenarnya modul kursus BTN ini memang benar-benar menanam semangat perkauman dan mencerminkan ketidakselarasan Konsep Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Dato Seri Najib Tun Razak?

Kenapa isu ini timbul selepas 30 tahun BTN ditubuhkan?Isu ini mula timbul apabila PM mengarahkan kepada semua ahli tidak kira semua peringkat dari ahli bawahan dan seterusnya sampai peringkat tertinggi tidak kira ahli UMNO tersebut mempunyai jawatan tertinggi parti mahupun berjawatsn Ketua tidak kiraketua pemuda,Ketua Wanita ataupun Ketua Puteri mahupun jawatan-jawatan lain diBahagian mahupun cawangan hendaklah wajib menghadiri kursus Biro Tata Negara.Kenapa pembangkang perlu takut akan BTN?

Jawapannya mudah sahaja iaitu di dalam modul Kurus BTN adalah lebih menekan kepada isu relevan dengan keadaan dan dasar semasa Negara seperti Wawasan 2020,modal Insan dan terbaru konsep 1Malaysia.Modul kursus 1Malaysia misalnya memberi tumpuan lebih kepada perpaduan serta lapan nilai asas-budaya selaras dengan perlembagaan Malaysia seperti :
kecermelangan,pemuliharaan,kemanusiaanpenerimaan,kesetiaan,meritokrasi,pendidikan dan intergriti.

Selain daripada itu juga ,modul ini juga menekankan dari segi politik,dimana ianya memberitahu kepentingan konsep perkongsian kuasa yang diamalkan oleh Negara selama ini dimana tidak mungkin mana-mana kaum dapat membentuk kerajaan tanpa bekerjasama dengan kaum lain.

Selain daripada itu Modul ini memberi kefahaman kepada peserta mengenai aspek Perlembagaan Persekutuan,Kontrak Sosial yang diamalkan,Pemberitahuan dan Kenyataan yang tepat mengenai definasi agama Islam bukan agama rasmi tetapi sebenarnya adalah Agama Persekutuan dan menyebut Hak-hak Istimewa orang Melayu seperti yang ada termaktub didalam perlembagaan.Memang tidak dinafikan memang menyebut didalam kursus tersebut mengenai apa yang sebenarnya terjadi seperti jikalau keadaan Negara huru hara,,kenapa terjadinya banyak tanah-tanah jatuh ketangan bangsa asing.Ini kerana tuan tanah itu sendiri jual kepada pemaju,kenapa projek-projek yang bumiputra yang diberikan kepada Syarikat Melayu oleh Kerajaan tapi akhirnya di “ALI BABA” kepada orang asing.Ini semua berlaku kerana persolan sikap orang melayu itu sendiri yang mahukan keuntungan dengan mudah tanpa bersusah payah.Perkara ini banyak terjadi kepada SEGELINTIR AHLI UMNO SEBELUM INI.Maka tujuan arahan kursus wajib kepada semua Ahli UMNO adalah untuk menangani dan mengubah sikap dikalangan ahli mengenai persoalan sikap tersebut.

Warisan KSL sendiri menghadiri kurus tersebut samada ianya perkauman atau tidak kursus ini adalah bergantung kepada persepsi masing-masing.Yang benar adalah hak istimewa orang Melayu memang ada didalam perlembagaan dalam Artikel 152 dan 153.” TIADA SIAPA PUN BOLEH MEMPERTIKAIKANNYA.”

Jika selama ini pembangkang menuduh kerajaan mengamalkan rasuah,pemimpin UMNO mencari projek kerajaan dan sebagainya maka Tindakan Dato Seri Najib Tun Razak yang mengakui akan kelemahan yang berlaku di dalam UMNO dan kerajaan BN dan seterusnya melakukan tindakan drastic dengan membuat penambah baikan didalam aspek pentadbiran kerajaan dan juga mengarahkan semua ahli menghadiri kursus wajib BTN bagi meningkat jati diri dan sayangkan Negara haruslah dipuji.Bagi pendapat Warisan KSL sebagai rakyat,,Warisan KSL bangga dengan Dato Seri Najib Tun Razak kerana berani mengakui kesalahan dan seterusnya membuat tindakanpembetulan ke atas kelemahan yang berlaku terhadap kerajaan selama ini.

Kesimpulannnya,pembangkang sepatutnya rasa berbangga kerana banyak isu yang dikeluarkan oleh mereka akhirnya kerajaan berani mengakui dan berani melakukan perubahan seperti yang diminta oleh mereka .ATAUPUN sebenarnya pembangkang tidak ikhlas dan mahukan kerajaan BN terus hanyut dan lalai dan dengan ini mempunyai peluang memenangi PU13 nanti dengan strategi mahukan rakyat terus mempercayai  bahawasanya kerajaan BN terus-menerus berada dalam kelemahan dan rosak.

 BAGI MANA-MANA YANG MENENTANG; PERGI DAHULU KURSUS BTN BARU TAHU ”Sesungguhnya ianya sangat menarik dan mencabar minda dan fizikal diri.Kurus ini tiada ditempat lain hanya ada di Biro Tata Negara.

3 comments:

Anonymous said...

BTN memang rasis tak sesuai dengan konsep Gagasan 1Malaysia.Kenapa perlu mengunkit kisah lama.Kan elok kalau orang melayu terus memandang ke hadapan dan bersaing dan berebut peluang secara adil dengan bangsa lain kalau tidak orang melayu akan terus tertinggal dan mundur ke belakang.Bukti dah ada...orang melayu memang ketinggalan dalam apa segi pun...

warisan ksl said...

Saudara anon!Warisan KSL tidak mahu menjelaskan apa-apa.Tapi warisan ksl cadangkan anon pergi dulu kursus BTN baru tahu....

Anonymous said...

tak kuasa aku nak pergi.BTN memang racis kau faham tak.Lebih baik aku pergi kursus macam mana boleh buat duit.Sape aje yang memerintah aku kena kerja juga.Tak kerja mana datang duit....